Rate

1. Humairah

Romance Series 3853

"Hai. Ko sihat tak??" sapa Ariana pada Humairah.

Humairah terlopong melihat kawan baiknya itu. Mereka berkawan dari tingkatan satu sehinggalah ke tingkatan enam.

Mereka terpisah sejak Ariana menyambung pelajarannya ke Korea manakala Humairah di salah sebuah universiti tempatan sahaja.

"Ariana ke ni?? Babe cantiknya kau sekarang. Aku sampai dah tak kenal kau. Aku ingatkan awek Korea mana yang tegur aku tadi."

Humairah terpegun tengok kawannya yang semakin cantik itu.

"Kau ni tak berubah ubah dari dulu kan. Kerja nak menyakat aku je. Aku masih sama la macam dulu cuma mungkin sikit lah aku ada buat pembedahan plastik sikit kat mulut, hidung, mata. Tu jela" bohong Ariana.

"Serius laaaaa???" Humairah terpedaya.

Ariana gelak besar dengar pertanyaan kawannya itu. Hahahaha.

"Kau ni banyak pulak duit aku nak buat semua tu. Aku tipu jelah. Janganlah pembaris sangat." Ariana geli hati dapat kenakan kawan baiknya itu.

"Manalah aku nak tahu. Kalau kau tipu aku pun, memang aku percayalah. Korea kan memang terkenal dengan pembedahan plastik semua tu" marah Humairah.

"Taklah aku gurau je. Muka aku ni natural beauty okey. Takde plastik plastik. Original dari Malaysia, okey" sengih Ariana.

"Yelah aku percaya. Tapi kan bila aku tengok kau sekarang kan teringat aku kat arwah mak kau".

"Muka kau sebiji macam makcik Dewi. Cantik. Ayu. Manis. Saling tak tumpah betul macam makcik" puji Humairah.

Muka Ariana terus berubah kelat dan suram. Mengenangkan arwah ibunya itu mengembalikan beliau ke realiti dan tujuan sebenar beliau berjumpa dengan kawan baiknya itu.

"Babe, aku nak tanya kau something boleh?" tanya Ariana.

"Boleh. Apa dia??" Humairah pelik, kawannya itu tiba tiba suram dan sedih.

"Kau masih lagi ke di Wisham Holdings??" tanya Ariana.

" Yes. Aku masih lagi di situ. Lagipun aku baru setahun kat situ so sayang la nak tukar kat tempat lain walaupun aku dah lari bidang dari akauntan pegi ke setiausaha

..tapi aku seronok kerja situ, bos aku pun baik. Handsome lagi tau. Dah la bachelor terkenal kat Malaysia ni. hihi." puji Humairah untuk bos handsome dia tu.

"Handsome lah sangat kan. Kau tu macam aku tak tahu, mamak yang tengah tebar roti canai ni pun ko rasa handsome kan??" Ariana juihkan mulutnya ke arah mamak yang tengah menebar roti canai di kedai mereka itu.

Humairah pusing dan melihat ke arah mamak yang ditunjukkan Ariana itu.

"Weyh kau agak agak la. Kau ingat aku ni teruk sangat. Takde taste. Aku pulas mulut kau ni nanti haaa baru tahu" Humairah ingin memulas mulut cantik kawannya itu yang dihiasi sebiji tahi lalat di bawah bibirnya itu.

"Kau tak percaya takpe. Aku memang taknak kau percaya pun sebab nanti mungkin kau akan jatuh hati kat bos aku tu. Bahaya bahaya. Aku taknak kau jadi 'mem besar' aku pulak nanti" Humairah menggeleng gelengkan kepalanya.

"Mengarutlah kau ni. Memang taklah aku nak kahwin dengan bos kau tu. Kahwin memang takde dalam kamus hidup aku buat masa ni faham??" jawab Ariana.

"Seriuslah babe?? So maknanya kau masih single lah ni. Muka cantik macam kau pun takde boyfriend. Macam tak percaya je aku" bulat mata Humairah mendengar jawapan kawannya itu.

"Yer betul. Tolonglah percaya. Okey?? Back to the main question. Aku nak minta tolong kau boleh tak??" Ariana meminta pertolongan kawannya itu.

"Minta tolong apa?? boleh je takde masalah. Untuk kau apa saja boleh." ujar Humaira sungguh.

"Aku nak apply kerja dekat Wisham Holdings kau tu boleh?? Kalau boleh kerja yang dekat dengan bos besar kau. Tengku Hisham Tengku Ismail." Ariana memegang tangan kawannya itu dengan muka yang penuh dengan pengharapan.

"Boleh takde masalah. Aku boleh tolong.Tapi kenapa kau nak kerja yang dekat dengan Tengku Hisham tu." Humairah mengerutkan dahinya kerana berasa pelik dengan permintaan kawannya itu.

"Sebab aku admired dengan dia. Sangat admired. Jadi aku nak timba pengalaman lah dengan idola aku tu. Tu yang aku nak kerja dekat dengan dia kalau boleh" bohong Ariana.

"Okey boleh. Tak silap aku lah kan, Kak Mary, setiausaha Tengku Hisham tu dah sarat. Bulan depan dia akan cuti. Memang haritu dia suruh aku cari sorang yang boleh ganti tempat dia tiga bulan ni. Tapi part time lah. Tiga bulan je.

...Takkan lah kau yang ada jurusan kejuruteraan perisian, lulusan dari luar negara lagi tu nak kerja part time setiausaha je" Humairah sinis.

Ariana tersenyum puas hati dan menarik nafas panjang dengan tawaran kawannya itu.

"Eh takpe aku okey jer. Lagipun kan aku cakap tadi, yang aku nak timba pengalaman dari idola aku tu. So aku kira beruntunglah dapat jadi orang kanan dia.

... Mesti banyak benda yang aku boleh belajar dari dia kan. Kau anggap jelah yang kau dah jumpa pengganti Kak Mary tu.

... Tiga bulan pun okey. Cukup je masa untuk aku balas ..." Ariana terlepas kata.

"Balas apa Ariana apa??" tanya Humairah.

"Balas jasa kau tolong aku cari kerja ni dengan kerja betul betul kat situ" Ariana cuba mencari alasan.

"Ouh takde apa la. Aku suka kalau kau jadi kerja kat situ. Aku ada kawan. Okey macam ni. Esok aku akn inform Kak Mary yang aku dah jumpa pengganti sementara dia. So kalau dia nak interview kau ke. Nanti aku inform kau balik okey". ujar Humairah.

"Okey. Terima kasih tau Humairah. Kau memang kawan baik aku. Dari dulu sampai sekarang". Ariana berterima kasih dengan kawannya itu.

Jauh di dalam hatinya, dia tersenyum puas. Akhirnya dendam dia pada Tengku Hisham akan terlaksana tak lama je lagi.

Ibu. Ibu sabar yer. Tak lama je lagi ibu. Hatinya merintih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience