BAB 5

Romance Completed 868

Dua bulan berlalu..

Jantung Bunga Idriani laju gila mengepam darah ke seluruh badan. Sekejap sahaja lagi status dirinya bakal bertukar. Sukar untuk dia percaya. Sekejap sahaja masa berlalu. Pertemuan dia dan Tengku Adrian kali kedua di tanah suci bakal mengikat dia kepada lelaki itu. Pulang sahaja dari sana, kedua orang tua mereka mengatur semuanya dengan lancar hingga ke detik ini dan dalam tempoh dua bulan itu juga dia mengenali Tengku Adrian. Ternyata lelaki itu jauh bezanya daripada Rizman. Dia seorang yang terlalu berpegang pada agama biarpun lagaknya begitu bersahaja. Sepanjang Bunga Idriani rapat dengannya, Tengku Adrian sering mengingatkan dia perihal solat, aurat dan soal agama yang lain. Dia juga seorang yang cukup menjaga batas pergaulan, seorang yang cukup tegas pendiriannya namun di sebalik itu dia seorang yang cukup romantis. Kata-kata dan keprihatinannya sudah cukup membuat Bunga Idriani.

“Rian, kacaknya bakal suami kau. Sesuai sangat dengan kau,” Nad tersenyum-senyum mengusik Bunga Idrian sebaik Tengku Adrian bersila menghadap Datuk Idham, wali yang akan menikahkan mereka berdua.
Bunga Adrian hanya tersipu malu. Dia akui bakal suaminya itu terlalu segak dengan baju melayu putih bersongket merah jambu itu. Sedondon dengan busana yang digayakan Bungan Idriani.

“Bismillahirrahmanirrahim, Tengku Adrian bin Tengku Ahmad.” Suasana dewan tak semena menjadi sunyi sepi apabila Datuk Idham memulakan acaranya.

“Ya, saya,” jawab Tengku Adrian.

“Aku nikahkan akan dikau dengan anakku Bunga Idriani binti Idham dengan mas kahwinnya empat dinar tunai,” lafaz akad diungkapkan Datuk Idham satu-persatu.

“Aku terima nikahnya Bunga Idriani binti Idham dengan mas kahwinnya empat dinar tunai.”

“Sah?”

“Sah!”

Akhirnya dengan sekali lafaz sakinah itu, penyatuan dua jiwa antara Bunga Idriani dan Tengku Adrian akhirnya termeterai. Usai doa dialunkan, Tengku Adrian menghalakan penglihatannya pada Bunga Idriani. Secalit senyuman bahagia dilemparkan buat si isteri di sudut sana. Hanya dengan bahasa mata, Bunga Idriani sudah faham apa yang dimaksudkan suaminya. Tengku Adrian mahu menjadi imamnya buat kali pertama. Dia mahu mereka sama-sama melaksanakan solat sunat. Rancangan ini sejak awal dulu lagi. Ketika mereka mahu menempah busana. Tengku Adrian inginkan busana yang simple tetapi elegant dan yang penting menutup aurat.Sesuai untuk dibuat solat.

“Mummy, Rian nak solat sunat dengan Adrian,” pintanya pada Datin Imah.

Datin Imah dan Tengku Asnah saling berpandangan dan mereka serentak mengangguk. Nad dan Shiela masing-masing memimpin Bunga Idriani ke tempat yang dikhususkan untuk mereka menunaikan solat.

“Ya Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kami bersyukur padaMu kerana akhirnya termetrai jua hubungan yang suci ini. Moga rumah tangga kami diiringi sakinah dan rahmatMu. Jadikanlah kami pasangan yang Engkau redhai. Dengan izinMu dan kuasaMu, kurniakanlah kami penyejuk di mata dan penawar di hati kami yang taat pada perintahMu. Rabbana atina fid dunya hasanah, wa fil akhirati hasanah, wa qina azabannar. Amin Ya Rabbal Alamin.” Tengku Adrian meraup tangan ke wajahnya usai doa selepas solat dibacakan. Begitu juga Bunga Idriani.

“Sayang..” seru Tengku Adrian yang kini sedang duduk menghadap Bunga Idriani. Inilah kali pertama dia memanggil Bunga Idriani dengan panggilan itu.

“Abang..” balas Bunga Idriani dengan suara yang bergetar.

Tengku Adrian tersenyum. Dia mencapai tangan Bunga Idriani lembut dan cincin yang dihulurkan Tengku Asnah disarungkan ke jari manis isterinya. Bunga Idriani turut melakukan perkara yang sama dan sejurus cincin disarungkan ke jari manis suaminya, dengan penuh rasa hormat dia mencium belakang tangan Tengku Adrian. Setitis air mata menitik dan cepat-cepat Tengku Adrian memaut dagunya. Dua pasang mata itu bertaut.

“Abang cintakan Bunga Idriani seumur hidup abang,” ucapnya seraya menghadiahkan satu kucupan syahdu pada ubun-ubun Bunga Idriani.

“Terima kasih untuk segalanya, abang,” tutur Bunga Idriani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience