14

Romance Completed 6711

Hari perkahwinan antara Tuan Muda Ahmad Luqman Farhan dan Nur Fathul Qaisara.......

Selepas beberapa kali percubaan Luqman untuk melafaz akadnya dengan tok kadi itu.Akhirnya Luqman berjaya melafazkan akad dengan bapa mertuanya itu hanya dengan sekali lafaz.

Dan Nur Fathul Qaisara pon sudah menjadi isteri kepada Tuan Muda Ahmad Luqman Farhan.....

Semua yang ada di majlis pernikahan itu,menadah tangan selepas akad dilafazkan dan semasa tok kadi membaca doanya itu bagi memberkati kedua pasangan itu....

Walaupon majlis itu diadakan kecil2 lan.Kerana Puan Sri Katerina lagi sudah awal2 memberi tahu suaminya,malas mahu membuat majlis yang besar,kerana tidak mahu menanggung malu bagi dirinya sekiranya ade yang bertanya tentang perkahwinan anaknya dan bukan menantu pilihan....

Seleps itu,Luqman datang menghampiri Fathul....Dan memanggil Fathul dengan gelaran Sara.Kerana sejak dia mendengarkan nama Penuh Fathul itu,Luqman lebih meminati nama isterinya dengan panggilan Sara.....

Sara...Kita dah kahwin,awak pulak dah selamat jadi isteri saya.Terima kasih tau,sebab sudi jadi isteri saya....Ucap Luqman kepada Fathul isterinya yang baru dinikahinya tadi.Dan menghulurkan tangannya kepada Fathul,walaupon Luqman agak kekok,tapi di hulurkan juga dengan sebaik mungkin kepada isterinya itu...

Manakala Fathul pula menyambut huluran tangan suaminya itu,Dan menyalam serta mencium tangan milik suaminya itu.Hanya Allah sahaja yang tahu,betapa debarnya dan betapa kekoknya Fathul menyalam insan bergelar lelaki itu,selapas ayahnya.....

Dan Luqman pon mencium dahi Fathul selepas bersalaman dan pembatalan air sembayang.Walaupon dirinya dalam keadaan sebegitu,tapi sempat Luqman di ajar oleh seorang ustaz yang ditugaskan untuk mengajar Luqman msngenai ilmu agama dan mengajar Luqman mengaji....

Tapi disebalik kemesraan Luqman dan Fathul,ade juga mata2 yang memandang mereka berdua dengan pandangan meluat dan menyampah dan ade juga kurang enak bila melihatkan si suami yang dikatakan seperti gile itu,dan si isteri yang masih muda,dan ade juga menganggap bahawa Fathul sengaja mencari suami kaya sebab nak hidup senang....

Dan pada pandangan Puan Sri Katerina pula...Hish..kau ingat aku akan terima kau ke.Aku akan pastikan kau terseksa hidup dalam rumah ni.Kau jangan ingat anak aku bile dah kahwin dengan kau,maksudnya aku akan terima....Herm...memang taklah aku akan terima menantu macam kau ni....Dan kalau anak aku dah sihat sekali pon,aku akan pastikan kau akan berpisah dengan anak aku,sebab aku yakin ade pempuan lebih layak jadi isteri Luqman.....Gumam Puan Sri Katerina dalam hatinya.....

Manakala Pn.Rosmina pula....
Yess....Tak lama lagi,duit tu akan jadi milik aku,Dapatlah aku merasa beli emas banyak2 dan perbelajaan Puteri nanti takdelah asyik lambat jer bayar...Hai maklomlah,besan orang kayalah katakan....Untung Betul aku dapat budak Luqman tu,walaupon perangai dia macam tu.Tapi boleh jugak aku tumpang kesenangan dengan si Fathul ni....Gumam pula Pn.Rosmina dalan hatinya....

Alhamdulillah,selesai juga majlis anak kita ye En.Rosman....Tuan Sri Idham mengucapkan syukur sebaik sahaja Luqman dan Fathul telah sah menjadi suami isteri...

Alhamdulillah,Tuan Sri...Terima kasih sebab sudi terima anak saya untuk jadi menantu Tuan Sri...Ucap syukur dan beterima kasih pada Tuan Sri Idham besanya itu....

Tapi saya nak minta maaf,pasal majlis ni sebab buat kecil2 lan jer.Sebab agak mengejut..Tuan Sri Idham meminta maaf pada besanya kerana majlis yang diadakan ala kadar sahaja dan tetamu pula terdiri oleh ahli keluarga yang dekat dan beberapa teman rapat Tuan Sri dan Puan Sri itu.....

Eh..takpe tuan Sri...Janji perkara yang wajib kita buat dulu.Saya faham lagi2 anak saya baru habis sekolah.Dan memang muda lagi,tapi saya anggap sahaja yang jodoh Fathul sudah sampai.....

Betul tu.Janji buat yang wajib kann...Kalau nak buat majlis risepsi ke majlis bersanding ke.Kita boleh buat bila kedua2nya dah bersedia....Sokong Tuan Sri pada besanya....

Dan kemudian meraka menjamu selera selepas majlis akad nikah selesai dan sesi bergambar bersama ahli keluarga buat kenang kenagan.....

Sara.....Saya penatlah....Saya ingat kahwin ni senang,tapi susah jugakkan...?
Yerlah,dari tadi tak dapat rehat lebih2,sekarang nak layan orang yang datang pula.Saya dah rimaslah...Jom kita naik rehat nak...Ajak Luqman pada Fathul......

Ya Allah,siannya anak mommy ni.Penat ye...Dah Luq pergi naik dulu ye..Sebab mommy ade bende sikit nak cakap ngan isteri Luq...Celah Puan Sri Katerina dan menyuruh anaknya itu supaya naik dahulu ke biliknya....

Selepas Luqman naik...Cepat2,Puan Sri manarik Fathul ke balakang sedikit,...
Best jadi menantu aku...?
Aku nak ingatkan kau,aku bagi kau kahwin ngan anak aku,sebab dia tau.Bukan sebab aku boleh terima kau.Kau ingat tuh...Satu lagi,kalau depan anak aku,kau boleh panggil mommy,tapi kalau bukan depan dia,kau jangan sekali2 panggil aku mommy,tak kuasa aku layan menantu macam kau ni.Aku tak hingginlah bermenantukan kau.Kau jangan ingat,kau dah masuk dalam keluarga ni....Kau boleh hidup senang ye...Ingat tuh....!!
Dah pergi naik,nanti anak aku ingat aku ni larang kau naik pulak....Tuh barang2 kau tu bawak naik,jangan ingat ade maid pulak nak tolong....!!!
Amaran dan kata2 yang diberikan Puan Sri Katerina pada Fathul itu,sangat membuatkan hati Fathul ketika itu remuk dan sedih.....

Babaik..Puan Sri...Saya akan ikut cakap Puan Sri...Tapi,saya nak ucap terima kasih,sebab sudi terima saya,untuk menjadi isteri pada Tuan Muda Luqman..Saya minta diri dulu.....Dan Fathul pon meminta diri sambil mengangkut beg2nya naik ke tingkat atas.......

Sementara itu pula,Ibu ayah Fathul awal2 lagi meminta diri untuk pulang dan juga para tetamu juga sudah beransur balik seorang demi seorang.Dan sehinggalah tiada siapa lagi orang lain selain orang yang yang memang tinggal di rumah yang dkatakan mewah lagi megah itu.Kerana dikategerikan banglo paling mewah sekali dan paling unik hiasan dan dekorasi yang menarik.Memang berbeza rumah banglo itu dengan rumah keluarga milik Fathul.....

.................................

Semasa di bilik Luqman.....

Setelah beberapa minit,Fathul melilau2 mencari bilik suaminya itu.Fathul pon terserampak dengan abang sulung Luqman....

Kenapa...You macam cari bilik jer.You nikan isteri pada Luqman...Ouh lupe,you mesti pelikkan I ni siapa...I abang kepada Luqman.Tapi you boleh panggil I abang Am atau abanglong...Sapa Amsyar pada Fathul itu...

Ouh....Abang Luqman,maaf,saya tak tahu tadi....Haah nak cari bilik Luqman....Berkata Fathul sopan....

Okey,Fathul right,..?
Okey bilik Luq tu depan tu jer.Nak I tolong ke....Tanya Amsyar lagi...

Ouh...Terima kasih ye abanglong.Takpe saya boleh bawa sendiri...Saya minta diri dulu ye....Fathul pon meminta diri setelah tahu kedudukan bilik suaminya itu....

Dan sampai sahaja Fathul di depan pintu bilik Luqman...Dengan lafaz bismillah,Fathul membuka pintu sambil mengangkut bagnya....

Semetara itu,Luqman sengaja menyorok belakang pintu,kerana mahu mengenakan isterinya yang akan masuk tidak lama lagi....

Apabila pintu terbuka,cepat2 Luqman membuat rupa mengejutkan kepada Fathul.Dan Fathul pon terkejut sambil menjerit,dan beg2nya terlepas dan terhempas atas kakinya...Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan Fathul itu,kerana baru diingatkan oleh ibu mertuanya sendiri,dan suaminya pula mengejutkan dirinya sebegitu......

Selepas itu,Luqman pon melihat Fathul yang terduduk sambil tertunduk itu...Cepat2 Luqman duduk mencakung,dan bertanya pada isterinya....

Sara..sara...,kekenapa awak nangis ni.Saya ade buat apa2 salah ke.Saya minta maaf,saya cuma nak bergurau dengan sara tadi....Sara janganlah nangis....Dan tanpa izin,Luqman pon memeluk Fathul itu erat dan mengusap2 bahu Fathul sambil memintak maaf pada isterinya itu....

Sementara itu,Fathul terasa sakit dan pilunya hilang seketika kerana dipeluk oleh suaminya itu.Fathul berasa selamat semasa Luqman memeluknya sebegitu.Dan juga semasa pertama kali Fathul menyalam tangan milik suaminya.....

Dah2...jangan nangis ye Sara.....Saya janji tak buat dah macam tadi....Luqman masih memeluk erat Fathul dan memujuk Fathul itu lagi...

Awak....saya,saya nak ucap terima kasih kat awak.Tapi kenapa awak pilih saya sebagai isteri awak.Dan kenapa awak sangat berharap yang awak akan bahagia bile kahwin dengan saya.Saya ni manusia biasa dan bukanlah orang senang macam awak dan Family awak....Ucap Fathul dan masih mahukan jawapan kenapa harus dia yang dipilih menjadi isteri pada Luman itu.....

Sara...pliss jangan tanya saya.Saya tak retilah nak jawab soalan macam tu.....Yang saya tahu,Sara dah jadi isteri saya,dan kalau boleh lepas ni panggil saya dengan gelaran Hubby...Boleh tak Sara......

Hubby...Dan kemudian Fathul pon mengangguk dan berkata boleh pada suaminya itu......

Hubby...Panggil Fathul buat kali pertama dan Laju sahaja Luqman mengangguk dan memandang ke arah isterinya...Ye Sara....Hubby sukalah bila Sara panggil hubby....Terima kasih Sara....Ucap Luqman sambil mengeratkan lagi pelukannya.....

Dan Fathul pon membalas pelukan suaminya itu.Dan kemudian Fathul pon mengemas barangnya untuk diletakkan di rak pakaian milik suaminya......

Nampak cam best lak tengok Fathul ngan Luqman kan...Tapi lagi best kalau semua ahli keluarga Luqman dapat menerima Fathul dengan baik kankanakan....?

Keylah jumpa next chapter pulak....>_u

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience