Di rumah En.Rosman......
Ya Allah,kenapa semua ini perlu berlaku kat aku.Ya Allah,kenapa harus aku Ya Allah.Kenapa ibuku sanggup memaksaku untuk terima pinangan itu Ya Allah.Kau kuatkanlah aku.Aku tak mampu dan tidak berani nak melawan cakap ibu ayah ku.Ya Allah,sekiranya ini jalan yang terbaik untuk aku membalas jasa ibu dan juga ayahku.Aku redha dengan takdir ku.....Aamin Aamin Ya Rabbal Alaamin.....
Seusai Solat...Fathul duduk berteleku di atas sejadahnya.Sambil teringat akan perkara petang tadi iaitu sewaktu Fathul baru balik dari kerjanya.....
Throwback....
Fathul memberi salam semasa memasuki rumahnya itu.Dan disambut oleh ibunya dengan muka yang nampak ceria dan membuatkan si Fathul agak kaget kerana jarang melihat ibunya senyum sebegitu dan sedia menunggunya balik di depan pintu rumah itu.
Pn.Rosmina pon menjawab salam Fathul dan cepat2 menarik Fathul supaya duduk di sofa di ruang tamu mereka dengan muka yang masih gembira semacam itu....
Fathul...aku ade bende sikit nak bagi tahu kau.Dan aku harap kau tak bantah dan ikut cakap aku.Kalau kau nak bantah jugak,kau tunggu je nasib kau dan kau akan menyesal.Faham...!!....Amaran keras diberikan terlebih dahulu,sebelum memberi tahu Fathul perkara sebenar....
Haa..menyesal..?
Perkara apa tu ibu,macam serius je....Tanya Fathul kaget...
Kau tak nampak ke barang2 ni kak...Dah tentu2 ade orang nak masuk meminang kau.Eh...rugi tau kalau kau tak terima dia,aku dengar dia anak orang kaya.Tapi aku pelik kenapalah ade orang nak masuk meminang kau.dahlah kau ni belajar tak tinggi pastu kita ni pulak bukan orang senang....Tiba2 adeknya puteri menyampuk perbualan antara ibu dan kakaknya....
Hish....kau ni..Tak reti nak diam sikit ke.Sibuk jer nak bagi tahu kakak kau ni....Marah pula Pn.Rosmina pada Puteri....
Ha!!.....ade orang masuk meminang.Siapa ibu...Ibu baik ibu pulang balik semua tu.Fathul taknak,Fathul taknak kahwin lagi....Tolong ibu,Fathul merayu...Fathul taknak kahwin ibu....Rayu Fathul sebaik sahaja mendengarkan kata2 adeknya itu....
Heh....Kau patut beesyukurlah.Bukan nak menolak pulak!.Kau tahu tak bakal mak mertua kau tu orang kaya.Aku tak kira,kau suke ke tak suke ke.Aku nak kau terima jugak,sebab aku memang dah terima dah pinangan diaorang.Ingat ye Fathul,aku buat nipon,sebab aku naklah kau merasa hidup senang bile kau kahwin dengan orang kaya tu nanti......Tegas sungguh Pn.Rosmia bercakap dengan Fathul dan memaksa Fathul itu untuk menerima pinangan dengan Tuan Muda Luqman itu.....
Tapi...Ibu,kenapa ibu terima tanpa tanya dengan Fathul....Ibu tak adil.Selama ni,Fathul tak pernah lagi nak lawan cakap ibu.Pliss ibu,Fathul taknak kahwin dengan dia.....Rayu Fathul lagi....
Dengan segera Pn.Rosmina menampar pipi anaknya sendiri...Heh....Fathul...Keputusan aku muktamad,kau suka ke tak suka ke,kau kene jugak kahwin dengan budak tu...Kau nak sangatkan,aku jarang naik tangan kat kau,dan jangan sampai badan kau pulak lebam2 nanti....Marah Pn.Rosmina lagi....
Sementara itu,En.Rosman pula cuba untuk menghalang pertengkahan isteri dan anaknye itu...Sudahlah Ina...Fathul sayang,Fathul terima ya pinangan tu.Ayah izinkan Fathul untuk kahwin.Dan anggaplah jodoh Fathul dah sampai ye....Ayah yakin budak tu akan jaga anak ayah ni baik2....Sungguh berhati2 En.Rosman menegur anaknya dan meyakinkan bahawan lelaki yang Fathul akan berkahwin nanti akan menjaganya sebagai mana dirinya menjaganya....
Ayah...tolong Fathul ayah...Fathul taknak kahwin lagi....Pliss ayah...Ayah sayang Fathul kan....Fathul taknak ayah....Fathul masih mengaharapkan ihsan ayahnya itu.Supaya tidak memaksanya untuk berkahwin....
Fathul sayang ayah kan.?
Fathul sayang ibu kan.?
Kemudian Fathul mengangguk pertanyaan ayahnya itu...
Kalau macam tu,Fathul ikut je cakap kami.Ayah yakin,Fathul akan bahagia dengan dia.....Sungguh cermat En.Rosman menasihati dan meyakinkan bahawa Fathul akan bahagia dengan Luqman itu...
Ayah.....tolong Fathul ayah,Fathul taknak kahwin lagi.....Fathul merayu sangat2 kat ayah...Ibu,pliss ibu,jangan paksa Fathul kahwin lagi.....Fathul masih tidak berputus asa dengan rayuannya itu pada Ibu dan ayahnya...
Eh..kau ni Fathul kenapa degil sangat....Aku suruh kau kahwin tu,kau kahwin jelah.Asal lah kau degil taknak dengar cakap aku....Aku tak kira,kau akan kahwin jugak dengan budak Luqman tu.....
Hati Fathul sewaktu itu mahu meraung sepuasnya.Kerana paksaan ibu dan juga pujukan ayahnya....Ibu,ayah...Kalau itu membuatkan ibu dan ayah gembira.Dan juga sekiranya perkara itu adelah suatu pahala Fathul untuk jejak ke Syurga...,Fathul akan ikut....Akhirnya Fathul membuat keputusan untuk mengikut kata2 ibu ayahnya.Walaupon hatinya berat,tapi kalau itu dapat membuatkan ibu ayahnya bahagia dia akan lakukan walau terpaksa....
Ha...Kan senang cakap macam tu dari tadi.Takde lah aku ni sampai naik tangan kat kau.Sekarang ni,aku nak kau benti kerja kau.Dan siapkan diri kau pergi kursus kahwin dan juga buat pemekriksaan diri kau kat klinik.Sebab mak mertua kau kata,lagi 2minggu kau akan berkahwin dengan anak dia.Dan aku nak kau jangan keluar rumah selain dari yang aku kata tadi.Ingat tuh....Kalau kau lupe atau kau cuba2 nak lari,siap kau aku kerjakan.......Amaran yang diberikan kepada Fathul itu sangat tegas dan menggerunkan bagi Fathul....
Dan Fathul akhirnya redha dengan nasibnya.Sekiranya perkara itu dapat membalas jasa kedua orang tuanya yang menjaganya dari kecik sehingga pada hari ini.Dan mengatur langkahnya ke biliknya dengan pelbagai perasaannya sewaktu itu.......
End Throwback.........
Dan mata Fathul pon semakin lama semakin layu dan Fathul akhirnya terlelap tidor dengan kain telekungnya masih di badannya.......
...........................
2 hari selepas perkara itu....
Fathul pon pergi ke klinik ditemani oleh Pn.Rosmina kerana mahu membuat pemeriksaan diri dan saringan HIV....Untung sahaja semasa Fathul sekolah,Fathul sudah mengahdiri kursus kahwin sewaktu di tingkatan 4 kerana kursus kahwin itu ditanggung sepenuhnya oleh pihak sekolahnya......
Dah kau jangan pernah terfikir untuk lari ya Fathul.Aku taknak dengar alasan apa2 pon dari kau.Yang aku tahu,kau kene bersedia untuk perkahwinan tu...Pn.Rosmina sentiasa mengingatkan Fathul tentang perkahwinan Fathul yang berbaki 1minggu lebih sahaja itu....
Baik ibu....Balas Fathul pendek.Dan sudah melakukan kata2 ibunya itu untuk berhenti kerja di tempat ayah Amna .Dan tidak kemana2 selagi Fathul belum berkahwin dengan Tuan Muda Luqman itu.....
Aku tahu kau anak yang baik dan memang tak pernah lagi nak lawan kata aku.Tapi,aku buat ni semua untuk kebaikkan kau Fathul....Dah jom balik,esok pulak datang nak tahu keputusan kau....Ajak Pn.Rosmina kepada Fathul untuk pulang ke rumah mereka....
Walaupon Fathul sudah menerima permintaan ibu ayahnya.Tapi sejujurnya dirinya masih belum bersedia sepenuhnya untuk menjadi isteri dalam usia yang begitu muda baginya..Dan Luqman pula sudah tidak semakin sabar dengan hari perkahwinannya itu.Dan adakah Fathul akan betul bahagia dengan perkahwinannya kelak....
Tunggu tau...jumpa next pulak...>_u
Share this novel