Rate

2

Fantasy Series 2280

Malam harinya, aku menyayi di luar rumah sambil bermain gitar.saja menghibur diri sendiri.
"Sedapnya suara dean"

"Eh, mak ngah terkejut saya" kata aku mengurut dadaku terkejut dengan kehadirannya yang tiba-tiba sahaja.

"Hihi,sorry terperanjatkan kau, best lagu ni penyayi dia siapa? nanti boleh dengar kat youtube" kata mak ngah liza meminta maaf kerana membuat aku terkejut tadi.

"Ouh, lagu ni saya sendiri yang cipta, tak ada dekat youtube pun" beritahuku.

"wow,pandainya anak buah mak ngah ni buat lagu nanti mesti jadi kompeser terkenal sebab mak ngah dengar lagu tu pun best"puji mak ngah liza.

"Taklah mak ngah, dean buat lagu ni pun suka2 je tak berniat pun nak jadi kompeser lagu."

" ouh macam tu, ermm mak ngah pun pandai buat melodi, tapi tak pandai nak buat lirik, nanti lirik boleh tak dean yg buat?" tanya mak ngah liza.

"Boleh je, mak ngah pun pandai dengan muzik rupanya" kataku kagum.

"Tak adalah pandai sangat tapi adalah belajar dulu masa muda2 dulu" beritahu mak ngah liza.

"Dean nak tanya sikit,mak ngah ni umur berapa sebenarnya? sebab nampak macam budak baru lepas ambik spm je?"

Mak ngah liza tergelak mendengar kata-kataku.

" kau ni dean pandai betul nak membodek mak ngah, iyalah nanti mak ngah belanja pergi sunway lagoon eh"

"Apalah mak ngah ni, mana ada bodek lah, memang betul pun mak ngah nampak muda,mak ngah tak bagitahu lagi umur mak ngah" kataku.

"Umur mak ngah dah empat puluh enam tahun" beritahu mak ngah liza.


" tak percayalah,mak ngah nampak muda, umur ibu tiga puluh lima jadi dean ingat mak ngah 36 tahun ke?"

" betulah mak ngah 46, buat apa nak tipu, meh sini gitar, mak ngah nak main pula" kata mak ngah liza mengambil gitar dari pegaganku lalu duduk di sebelahku di atas pangkin.

Aku tergamam tiba2 terasa ada perasaan halus masuk ke dalam hatiku apabila mak ngah liza duduk di sebelahku, perasaan yang menyenangkan terasa dada sedikit berdebar perasaan ni seperti perasaan bila kau duduk sebelah crush kau sungguh x boleh nak gambarkan.

Mak ngah liza memainkan gitar memainkan melodi yang indah hingga aku sendiri terpaku.tiba2 mak ngah liza memandangku sambil tersenyum jarinya masih ralit memetik gitar terasa nak gugur jantung aku ketika itu juga apabila melihat senyumnya.

Mak ngah liza memetik gitar dengan penuh perasaan hinggalah lagu itu selesai.

"Macam mana okey tak?" tanya mak ngah liza.

"Oooookey...best melodi tu" kata ku agak tergagap kerana masih terkejut dengan perasaanku sendiri.

" Thank you,dean" kata mak ngah liza mengucapkan terima kasih padaku.

" Ermm, dean esok kerja ke?"tanya mak ngah liza.

" kerja, kenapa?" tanyaku.

" ouh, xlah ingat kalau dean tak kerja esok mak ngah nak minta tolong dean bawak mak ngah jalan sekitar kl ni , yalah mak ngah kan jarang balik malaysia jadi ingat2 lupa jalan kl ni.lau dean ada boleh dean tunjukkan tempat2 menarik nanti bolehlah mak ngah nak ambil gambar cantik2, tapi dean kerja pula, tak apalah mak ngah guna maps je nanti"beritahu mak ngah liza.

" Eh, boleh je, yg pasal kerja tu alah sikit je, esok kan? boleh2 dean boleh je temankan mak ngah" kataku

"Aik, boleh pulak? tak marah ke kawan2 dean lau dean sesuka hati je cuti?" tanya mak ngah liza.

"sebelum diorang nak marah, saya yang marah diorng nanti, lagipun cuti tahunan saya ada 1 hari lagi, boleh je guna" beritahuku.

" Ermm, kalau macam tu okeylah, tapi kalau tak boleh cuti tak apa, mak ngah okey je, jangan paksa diri, okeylah ambil gitar kau ni, mak ngah nak masuk tidur mengatuk pula" kata mak ngah liza memberikan semula gitar kepada aku.

Mak ngah mula ingin menapak untuk masuk ke rumah.

" mak ngah,"panggilku.

mak ngah liza berhenti menapak dan berpaling padaku.

" Ada apa?" tanya mak ngah.

" Errr, tak tak ada apa2" kataku tergagap.

" Hish, kau ni dean, panggil memain lagi siap kau" ugut mak ngah kemudian meneruskan menapak memasuki rumah.

Aku memegang dadaku, masih berdebar walaupun mak ngah sudah hilang di mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience