Rate

1

Fantasy Series 2280

Namaku izzudin tapi family dan kawan rapat aku panggil aku dean je berumur 19 tahun aku tak sambung belajar sebab aku lebih sukakan pengalaman bekerja dari belajar.aku bekerja di sebuah bistro yang menyajikan makanan seafood.hari ni aku off day jadi aku menemankan ibuku mengambil kakaknya iaitu mak ngah aku di lapangan terbang KLIA.Mak ngahku itu dari Australia mahu kembali ke malaysia kerana ada urusan kerja.mak ngah ku itu belum berkahwin lagi dan kerjanya adalah seorang photografher profesional yang akan travel di seluruh pelosok dunia untuk mengambil gambar yg cantik.ouh lupa nak beritahu mak ngah ku itu namanya nurliza dan dia mahu menumpang di rumahku selama sebulan sebelum dia berangkat ke jepun untuk mengambil gambar pokok sakura yg berbunga pada musim bunga.ibuku sangat gembira maklumlah jarang sangat nak jumpa mak ngah ku itu apalagi kakaknya itu mahu menumpang rumahnya lebih lama rasa seronok tu membara dalam hati ibuku.siap ibuku kemas rumah sebersihnya dan memasak masakan kesukaan mak ngah kerana terlalu gembira dengan kehadiran kakaknya itu.
Kami menunggu dengan sabar, aku memegang sepanduk bertuliskan nama mak ngahku supaya mudah dia mencari kami nanti.
Tiba2 terasa ada seseorang yang memegang bahuku.aku berpaling untuk melihat gerangan orangnya dan terlihat di hadapanku seorang gadis berpakaian ala tomboy dan berambut panjang yang menawan tersenyum manis pada ku.
"Dean,kan? dah besar dah anak buah mak ngah ni dulu masa mak ngah jumpa dean masih pkai pampers" kata gadis itu ramah kepadaku.aku blur sekejap tetapi bila dia membahasakan dirinya mak ngah barulah aku tahu dia adalah kakak kepada ibu ku.aku tidak terlalu mengingatinya kerana ketika itu aku masih terlalu kecil.
"kak liza,"tegur ibuku pada mak ngah
"lidya, rindunya lama tak jumpa kau"kata mak ngah berpelukan melepas rindu mereka.
"kak liza, muka kak liza tak berubah eh masih macam dulu,pakai susuk eh," usik ibuku.

"Hish kau ni lidya, tak baik tuduh aku macam tu, kau kan tahu aku ni dari dulu makan ulam-ulaman kampung dan tak suka makanan yang bergoreng dan tak minum air manis,tu lah kau main bedal je makan, kan nampak tua dh dari aku"

" iya, aku tahu la kak, kau nampak muda sebab jaga makan kalaulah aku ikut tabiat kau ni mesti aku pun nampak muda lgi...jeleslah aku gn kau kak" kata ibu ku agak cemburu melihat mak ngah yang seperti tidak di makan usia.

"Hah, kalau macam tu mulai hari ni jaga makan jangan main sumbat je benda sedap2" nasihat mak ngah.

" iyalah kak, ni nak kenalkan dean, anak lidya yang kak liza suka sangat cabut puting dia sampai dia nangis, orang suruh jaga kejap bukannya jaga menyakat lagi budaknya tu"kata ibuku memperkenalkan diriku kepada mak ngah nurliza.
Aku menyalami tangan mak ngah nurliza.
"Dah besar dah kau ya dean,ni lidya takkan dean je anak2 kau yang lain mana?" tanya mak ngah liza.

"Aih kak liza,dean sorang je anak tunggal aku dah tak adanya lagi"jawab ibuku.
"sorang je ? okey lah tu, ni laki kau tak ikut sekali ke?"soal mak ngah liza lagi.

" ouh laki aku outstation sebulan nanti kau pergi jepun dia baru balik rumah , eh jomlah balik kak, dekat rumah nanti boleh sambung lagi cerita, dean, angkat beg mak ngah kau tu" kata ibuku menyuruh aku mengangkat beg ibu saudaraku itu.

" Eh, dean angkat ni je ringan sikit, bagasi ni biar mak ngah yang bawa"kata mak ngah liza menghulurkan sebuah beg yang aku rasa adalah kamera dia.

" baik mak ngah," kataku sambil tersenyum.

Setibanya di rumah, ibuku membawa mak ngahku ke bilik tetamu.

Aku meletakkan begnya itu di atas katil.

"thank you budak baik" ucap mak ngah liza berterima kasih kepadaku kerana membawakan begnya itu.

"sama2, mak ngah" jawabku.

"kak, kau mandi dululah, lepas mandi nanti turunlah bawah, aku ada masakan makanan favourite kau," kata ibuku.

"maksud kau, sup ikan merah ke?" tanya mak ngah liza.

"semestinya," kata ibuku tersenyum

"Ya Allah, lidya dah lama aku tak maka sup ikan merah thank you sangat2 sebab masakkan untuk aku" kata mak ngah liza terharu.

" iya kak, aku tahu sangat mesti sebab busy kau dah lama tak makan makanan favourite kau tu, sebab tu lah aku masakkan, cepatlah mandi...sup ikan merah sedang menunggu tu" kata ibuku.

"Sepantas kilat aku siap, " kata mak ngah ku mengambil tuala di dalam bagasi.

Aku dan ibuku tersenyum sesama sendiri melihat ibu saudaraku itu yg seperti tidak sabar untuk menikmati makanan kegemarannya itu.

"Jom dean kita turun bawah" kata ibuku.

" baik ibu," kataku mengikuti ibuku menuruni tangga rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience