Selepas seminggu berkerja dengan Endah Holdings, Lisa sudah semakin menyukai tugasannya. Kekadang Lisa membawa pulang kerja ke rumah kerana tidak punya masa yang cukup untuk menyelesaikan di waktu pejabat.
Danish juga semakin selesa dengan bossnya, Cik Nurlisa. Pada hemat Danish, Nurlisa seorang boss yang sangat mengambil tahu semua task untuk setiap staffnya. Selama seminggu, Nurlisa pairing dengan setiap staffnya untuk belajar scope kerja mereka.
Semua access to company systems juga sudah dapat, bermakna semua task harus melalui systems, setiap task juga harus mendapat online approval sebelum proceed to next step.
Danish masih teringat pesanan CEO Tuan Syed berkenaan Cik Nurlisa. Dia tidak tahu siapa Nurlisa kepada CEOnya, tetapi pesanan CEOnya itu memberi makna yang sangat tepat.
“Danish, ini adalah tugasan baru awak and its unrecorded task. Saya nak awak memberi sebanyak mana ilmu kepada Nurlisa, make sure dia familiar dengan semua job scope dia. Saya nak dalam masa sebulan, dia nak boleh handle end to end. Saya nak awak bawak dia ke semua meeting penting then handover semua kepada Nurlisa,” perkataan yang keluar dari mulut CEO itu terang dan tepat. Tidak ada satu pun yang Danish tidak faham.
Melihat kedutan di wajah Danish, CEO itu menambah lagi
“Saya ada plan untuk awak. Melihat cara awak berkerja, cara awak handle project, saya nak lantik awak sebagai Event Manger. Awak akan report direct to Corporate Management nanti. Tempat tu dah lama kosong. Jadi Nurlisa kena tahu semua job scope dia dalam masa sebulan. Insyallah Yayasan juga akan perlukan khidmat Event Mangement nanti. Sebab banyak event Yayasan yang Nurlisa akan handle nanti.” Terang CEO satu persatu.
Danish tersenyum malu, matanya tepat memandang CEO muda dan kacak itu.
“Terimakasih Tuan Syed, murah rezeki saya sejak terlibat dengan Yayasan ni. Insyallah Tuan, saya akan guide Cik Nurlisa. Saya Nampak Cik Nurlisa tekun dengan kerja dia. Dalam masa seminggu ni, semua dah dalam otak dia. Saya yakin Tuan Syed akan dapat aura baru pada Yayasan nanti. Orang perempuan ni cara dia berkerja lain, teliti sangat,” ujar Danish sambal tersenyum.
Danish menambah lagi.
“Alhamdulilah sebab Allah mengurniakan Cik Nurlisa pada kita. Dengan cara berkerja dia, dengan full of new idea, perwatakan dia yang sopan, tinggi lampai ala ala model, bergaya humble pulak, saya yakin Yayasan kita akan terus memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan. Saya sangat yakin Tuan Syed,” Danish berkata benar, supaya CEO tahu pilihan dia sangat tepat.
CEO muda itu tersenyum kacak, dia tahu aturan dia pasti mendapat redha Allah. Dia juga pasti, Nurlisa juga sudah menjadi sebutan di kalangan staffnya, menjadi silauan mata Board of Directors. Ayahnya juga ada bertanya tentang Nurlisa semalam.
Ayahnya terpegun melihat cara Nurlisa memberi perbentangan tentang project setahun di di bawah Yayasan semasa mesyuarat Board Director semalam. Dia sengaja menjemput Nurlisa ke mesyuarat itu, supaya mereka tahu kredibiliti Nurlisa mengendali Yayasan.
CEO muda itu berharap perancangannya membuahkan hasil.
************************************************
Hari ni hari Jumaat.
Nurlisa memeriksa bilik bossnya, kerana isnin depan bossnya akan masuk. Dia berhajat untuk singgah di MPH untuk membeli beberapa buku untuk di letakkan di bilik bossnya. Setakat hari ini, semua tugasan untuk bilik bossnya selesai.
‘Alhamdulilah, semoga awak suka dengan bilik awak ya boss’, Nurlisa tersenyum mesra dengan dirinya sendiri.
Seperti biliknya, semuanya putih, dari sofa terus ke bunga lily. Hurmmmmmm…. Dia tidak tahu kenapa bunga Lily harus di letakkan di bilik itu, tapi bunga itu membuatkan jiwanya tenang, rasa pada otak juga tenang, sentuhan pada jiwa juga damai.
‘Terimakasih Allah kerana mencipta bunga yang hebat itu’ Lisa berkata sendiri.
Selepas keluar dari bangunan pejabat itu, dalam masa beberapa minit berjalan kaki, Lisa sudah menjejak kaki di butik buku yang terkenal itu. Kalau di Johor, tempat yang paling damai adalah kedai buku. Lisa boleh duduk berjam jam hanya untuk memilih buku sebagai tambahan bahan bacaannya.
Hobi membaca buku Lisa dapat daripada ayahnya. Sampaikan kertas bungkus nasi lemak pun menjadi bahan bacaan Lisa. Mendamaikan…
Selepas mengambil beberapa buku, Lisa duduk bersila di lantai butik buku itu. Ada 10 buku ilmiah dan motivasi di tanganya. Dia harus memilih untuk di letakkan di office nya sendiri dan bilik bossnya.
Lisa tidak kenal bagaimana perwatakan bossnya, jadi dia harus berhati hati memilih supaya tidak terlalu berat untuk di jadikan bahan bacaan. Karya hebat sepanjang 2019 menjadi pilihannya. Semuanya hebat untk menjadi bahan bacaan bossnya.
Sedang tekun Lisa memilih buku di dalam keadaan bersila, pandangannya terhalang oleh seorang lelaki yang juga sedang memilih buku. Langkahnya terhalang dengan Lisa yang bersila di atas lantai.
Melihat situasi lelaki itu tersekat, Lisa bangun dari duduknya dan memberi ruang kepada lelaki untuk berjalan ke depan. Dek kerana kebas kakinya, buku di tangan Lisa terjatuh di lantai dan terkena kasut lelaki tersebut.
Dengan pantas, Lisa meminta maaf seraya mengutip buku buku tersebut. Tetapi perbuatan Lisa untuk tidak mendapat perhatian lelaki tersebut. Tetapi sesuatu yang menarik perhatian Lisa. Bau lelaki itu. Bau itu yang menjadikan Lisa hampir gila. Bau perfume YSL itu yang tidak akan Lisa lupakan sampai mati. Bau yang melekat di badannya selama dia di rumah agam itu.
Lisa cepat cepat beristighfar, kenapa dengan aku ni, Lisa memarahi dirinya sendiri. Takkan “dia” seorang yang pakai perfume itu. Lisa memarahi dirinya lagi.
“Excuse me”, kedengaran suara lelaki itu.
“Sorry”, Lisa menjawab pantas seraya memberi laluan kepada lelaki itu. Tapi sesuatu yang trigger Lisa, ‘suara itu. Itu suara dia, memang itu suara dia. Itu memang suara dia’ suara hati Lisa bertempik, memberi isyarat kepada otaknya untuk berfikir. Lisa tertunduk mengigil. Jantungnya seperti mahu berhenti..
‘Ya Allah, sampai bila aku harus begini, semua yang berlaku di depan aku mengingatkan aku kepada dia, sudah 5 tahun. Ya Allah, berilah peluang aku untuk hidup bahagia. Tolong lah aku ya Allah’ Lisa merayu di dalam hatinya.
Apabila berdaya untuk mengangkat kepalanya, kelibat lelaki itu sudah tiada. Lisa menarik nafas lega. Tetapi di dalam masa yang sama, mata dia melilau mencari kelibat lelaki itu. Lelaki yang sangat di rinduinya. Tetapi tiada sesiapa pun disekeliling, kelibat itu sudah hilang.
Selesai membayar 10 buku itu, Lisa berjalan pulang ke kondonya. Selama seminggu ini, Lisa berjalan ke officenya. Perjalanan yang mengambil masa 15 minit itu tidak menjadi masalah kepada Lisa.
Usai solat isyak, Lisa menerima panggilan telepon daripada Haiqal. Semenjak perjumpaan di kampung that day, ini adalah panggilan pertama darinya.
“Assalamualaikum Lisa, apa khabar, kerja semua ok tak?”, kedengaran suara Haiqal di hujung talian. Suara yang penuh kerisauan.
“Waalaikummusalam abang, alhamdulilah, Lisa sihat, kerja pun ok. Abang pula apa khabar? Bila nak datang KL?,”Lisa bertanya ramah. Lisa masih teringat semua kata nasihat untuk dirinya semasa di Perlis. Kalau di hitung, boleh muat sebakul dengan peraturan apabila duduk sendiri di KL.
‘Lisa harus jaga diri’
‘jangan buka pintu kepada orang tak kenal’
‘ jangan ambil gula gula dari orang yang’
‘Jangan berkawan dengan sebarangan lelaki’
‘Jangan bergaduh di jalanan semasa bawa kereta’
‘Jangan itu’
‘Jangan ini’
Lisa tersenyum sendiri.
‘Kalau dia tahu apa yang berlaku pada aku, entah entah nak pandang aku pun tak sudi’ Lisa berkira sendiri.
“Abang nak datang KL minggu depan, mungkin jumaat. Abang ada interview kat Damasara. Nanti Lisa teman abang ya..Lisa boleh ambik cuti satu hari tak?,” suara Haiqal kedengaran jelas di telinga Lisa.
Lisa tersenyum sendiri
“Abang nak Lisa teman abang interview ke? Nanti Lisa apply cuti. Lisa tak janji, tapi Lisa cuba,” Lisa menjawab mesra.
‘Best juga kalau Haiqal datang, boleh lepak kat kedai buku sama sama. Ada kawan nak sembang pasal motivasi’, Lisa bermonolog sendiri.
Usai bercakap dengan Haiqal, Lisa berkira kira untuk shopping esok, untuk membeli baju kurung dan pakaian untuk kerja. Lisa juga berkira kira untuk membeli perfume YSL. Lisa rindu sangat dengan bau itu. Debaran tentang “lelaki” di butik buku tadi masih bersisa.
Selamat Malam untuk Jumaat ini, jumpa esok wahai sabtu.
**Tidak salah untuk terus jatuh cinta pada kenangan, kerana kenangan itu akan menjadikan kita manusia yang hebat**CikSyid
Share this novel