Completed
6108
Peperiksaan berjalan dengan lancar.Lega! Selepas semua pelajar dibenarkan pulang..sekali lagi aku buntu.Macam mana aku nak balik kalau kasut aku dah hilang? Wedges aku yang tersadai dekat surau tadi ternyata dah..hilang! Siapa pula yang ambil? jangan-jangan sudah dikutip pekerja pembersihan lalu dibuang? alahai apalah nasib badan..
“Farah! tumpangkan aku balik.Aku tak ada kasut ni..”
Cemas.Takkanlah aku kena balik naik bas berkaki ayam? oh..tidak!!
“Okey!” Nasib baiklah Farah setuju nak hantar aku balik naik skuter pink dia..kalau tidak baliklah aku dengan berkaki ayam.
Baju cantik-cantik, macam wanita melayu terakhir, siap feeling-feeling tepi pantai lagi dengan pario aku..tapifail bab kasut.Selipar tandas tu jugalah yang akhirnya jadi penyelamat aku.Kalau tak..kaki ayamlah masuk dewan peperiksaan.Stail baru!
Vroooomm..vrommm!!
Farah menekan minyak.Skuter pink panther Farah pun mengaum.
“Eh, sekejap.Aku nak pergi pulangkan selipar jamban ni kat surau balik.Nanti tak berkat pulak ambil harta orang!” Aku berpatah balik.
Farah memberhentikan skuter betul-betul depan surau.Lepas aku letakkan balik selipar jamban itu di raknya aku pun berjalan melenggang-lenggok dengan berkaki ayam naik skuter Farah.
Vromm..vrommmmm!! Sekali lagi skuter Farah mengaum.
Aku pun naik atas skuter.Duduk ala-ala wanita melayu terakhir dengan tak berkasut.Noktah.Kaki ayam! dan pario aku pun beralun-alun ditiup angin bak di tepian pantai.Mulalah..feeling-feeling lagi ada dekat tepi pantai.
“Leesa!” Laung Allan yang ditemani rakan-rakannya yang lain.
“Woii..naik skuter kaki ayam!” Joe menegur.
Share this novel