Completed
6108
Jatuh! tak pasal-pasal aku dengan Farah Accident.Terlepas daripada tahanan dan kena saman tapi..tak terlepas daripada hukuman.Hukum karma.Percuma saja..berbaloi-baloi!
Minggu itu mama tiba-tiba sahaja menelefon suruh aku balik rumah.Cuti semester dah tak lama..kenapa nak kena balik pula? Kepala aku mulalah berfikir yang bukan-bukan.Mama..macamlah aku tak kenal.Ada-ada sahaja rancangannya.Apa pun..dia tetap mama!
“Assalamualaikum mama!”
“Waalaikummussalam..hah inilah dia anak saya yang saya ceritakan tu, Rosnah!”
Tiba-tiba sahaja mama terus meluru kepadaku di muka pintu.Tubuhku dipaut lalu mama mendorongku berjalan bersama-sama dengannya.
“Err..tapi..” Kata-kata mama tiba-tiba ternoktah di situ.
“Pstt..Suria..kenapa tiba-tiba Suria pakai macam ni?” Ternyata mama terkejut dengan penampilan baruku itu.Mata mama membulat seolah sebiji bola golf.Memang mama takkan percaya dengan apa yang sedang dilihatnya.
“Manisnya..sopan sungguh orangnya.” Puji kawan mama yang bernama Rosnah itu.
“Marilah duduk dekat mak cik ni,Suria.” Kawan mama sudah berganjak sedikit untuk memberikan ruang tempat duduk di sofa bersebelahan dengannya.
Aku hanya menurut.Wajah wanita di hadapanku itu aku perhatikan.Wajah keibuan.Tapi.. ada sesuatu di situ.Mukanya ada iras-iras..?
“Eh, lambat betul pula Si Allan ni.Mana perginya tak sampai-sampai lagi ni!” Kawan mama yang bernama Rosnah itu menyebut Allan? Allan mana pula agaknya.Kenapa namanya macam biasa sahaja aku dengar? macam..eh takkanlah!
“Assalamualaikummm!” Satu suara menerjah gegendang telinga.
Share this novel