BAB 2

Family Completed 619

"Dato', boleh saya berbicara sebentar?" tanya Dr Nazri dengan suara yang mendatar sahaja

"Silakanlah,"

"Macam mana dengan jenazah anak Dato', Mohd Ilham? Bila Dato' nak uruskan?"

Dato' hanya diam membisu. "Macam mana aku nak uruskan semua ni? aku tak tahu apa-apa? Adoi, apa aku perlu buat?" Dato' Hisham bermonolog dalam hati.

"Dato!" tegur Dr Nazri membuatkan Dato' Hisham kembali tersedar.

" Macam mana ye saya nak cakap ni," Dato' Hisham bingung memikirkan yang dirinya tidak tahu apa-apa tentang pengurusan jenazah dan tak tahu apa yang perlu dilakukan. Nak berterus terang malu. Yela umur dah 40 tahun dan seorang usahawan yang disegani, kan ke malu kalo orang tahu dia tak reti langsung dalam hal ehwal pengurusan jenazah malah segala macam aturan hidup islam langsung dia tidak ambil tahu selama ini. Kekayaan yang dimiliki membuatkan dia benar-benar hanyut ikut cara hidup orang barat tanpa batasan halal mahupun haram.

"Dato' ada masalah ke?" tanya Dr Nazri

"Dr boleh tolong saya?"

"Cubalah Dato' bagitau saya apa masalahnya, kalo saya boleh tolong, saya tolong,"

"Terus terang saya katakan, saya langsung tak tahu nak uruskan jenazah ni. Selama ni saya sangat jauh dari islam DR," terang Dato' dengan perasaan malu yang tinggi menggunung. Dan jauh disudut hatinya hadir sedikit kekesalan diatas kelalaian dia selama ini.

"Astagfirullahalazim," Dr Nazri beristigfar, dia benar-benar terkejut dengan kenyataan Dato' Hisham. Bagaimana seorang yang disegani seluruh Malaysia tidak tahu asas yang berkaitan islam.

"Ya Allah ampunkanlah aku, aku tidak baik pandang buruk pada Dato', terima kasih jua Ya Allah kerana menghadirkan peristiwa ini sebagai peringatan buat diriku," Dr Nazri cepat-cepat tersedar dari kekhilafan diri yang memandang buruk pada Dato' Hisham.

"Baiklah Dato' saya akan uruskan semuanya sehingga pengebumian jenazah nanti. Dan bab kenduri arwah pula macam mana?" tanya Dr Nazri

"Boleh awak tolong uruskan sekali? berapa je kosnya, saya akan bayar. Dan Dr, saya harap Dr tidak ceritakan segala perbualan kita ni pada sesiapa ye,"

"Insyaallah Dato' saya akan uruskan semuanya. Dato' jangan bimbang, perkara ni hanya antara kita berdua je," Dr Nazri memberi jaminan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience