BAB 3

Family Completed 619

Alaisya adalah diriku, Mohd Ilham abang aku. Kami dua beradik sahaja. Dato' Hisham pula Daddy aku dan Datin Suraya Mummy aku. Bapaku seorang ahli perniagaan yang berjaya. Kami sekeluarga mampu miliki apa saja yang kami inginkan semudah abc.

"Dato', Datin, boleh saya tahu, Alaisya ni sudah berkahwin ke belum?" Dr Nazri bertanya inginkan kepastian

"Kenapa Dr tanya macam tu?" Mummy menjawab juga dengan pertanyaan.

"Maaf Dato' dan Datin, berat untuk saya bagitau sebenarnya. Tapi saya terpaksa juga bagitau,"

"Cakap je la Dr apa halnya ni?" soal Daddy dengan nada suara yang agak keras sedikit

"Hasil pemeriksaan, saya dapati Alaisya mengandung,"

"What? Impossible Dr, Alaisya masih belajar di tingkatan 5 dan tahun ni dia akan ambil SPM. Mana mungkin Dr," jerit Mummy yang nyata terkejut dengan berita yang disampaikan Dr Nazri.

"Saya tak percaya Dr, ini mesti ada kesilapan!" Daddy pula cuba menyangkal kenyataan Dr Nazri.

Oleh kerana tidak mahu mendatangkan masalah, Dr Nazri membawa aku ke bilik khas membuat ultrasound untuk mendapatkan jawapan yang pasti. Mummy dan Daddy melihat sendiri segala proses ultrasound yang dijalankan. Setelah membuat ultrasound, ternyata sememangnya aku mengandung, ada denyutan nadi dalam rahimku. Mummy benar-benar terkejut dengan keputusan ini. Mummy merasakan satu tamparan hebat sehinggakan rasa seperti ingin bunuh diri.

Mummy meraung meratapi segala yang berlaku. Disaat aku masih koma, setiap hari ditepi katilku Mummy akan cerita tentang kandunganku. Mummy menangis kerana dia kesal sangat, aku telah jauh hanyut disebabkan didikan barat dia dan Daddy.

Kemewahan yang melingkari hidup kami sekeluarga membawa kami jauh dari arus kehidupan sebagai orang islam. Hidup kami tiada batasan halal mahupun haram. Sebut je nama pub di seluruh K.L ni, semua kami dah pernah pergi. Begitu juga dengan arak, semua jenama kami dah rasai. Dari yang terbaik sampailah yang paling murah.

Pemergian abangku dan berita kehamilanku benar-benar menghadirkan keinsafan pada aku, Mummy dan Daddy. Kemalangan yang berlaku dua bulan lepas benar-benar merubah cara hidup kami 100%. Disebabkan kemalangan itu juga, aku koma selama sebulan dan abangku pergi untuk selamanya. Pemergian yang tak akan kembali tapi hadirnya sebuah cahaya murni.

"Dr, tolonglah gugurkan kandungan tu, kami malu untuk berhadapan dengan masyarakat. Mana mungkin seorang ahli perniagaan yang berjaya seperti kami bakal mempunyai anak luar nikah," Daddy menyuarakan pendapat gilanya pada Dr Nazri. Dr Nazri mengucap panjang mendengar permintaan Daddy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience