Rate

6

Romance Completed 18429

Aina memandang Eriq yang sedang koma.Arrayan telah selamat dikebumikan seminggu yang lepas.

"Awak..bangunlah.Saya tunggu ni..."Aina mengalirkan air matanya.

"Aina....Aina balik dulu ye.Kalau dia sedar..papa call."Aina menggelengkan kepalanya.

"Aina nak tunggu dia."Datuk Kamal mengehembuskan nafasnya dengan berat dari keluar dari wad itu.

Eriq tersedar.Dia melihat Aina yang tidur di atas sofa.

"Ai...Aina.."katanya dengan tersekat sekat.Aina tersedar dari tidurnya.Dia memandang Eriq yang sudah sedar.

"Awak?"Aina berlari ke arah Eriq.

"Awak sihat?"tanya Eriq kepada Aina.Aina mengangguk.Mereka tersenyum bahagia.

*************

"Mr.Eriq.Saya dah masak makanan kesukaan awak!"Eriq memeluk Aina.Tiga hari selepas Eriq sedar...mereka berdua berkahwin.Hari ini genap 7 bulan mereka berkahwin.

"Sayang...kalau abang tak de esok...sayang akan buat apa?"Aina mengerutkan dahinya.

"Saya akan menangis."Eriq ketawa.

"Kalau abang tak ada lagi.Abang tak nak sayang lemah.Abang nak sayang kuat.Bride of Mr.Eriq mesti kena kuat.Mr.Eriq kan kuat..."Mereka ketawa riang.Hari itu mereka meluangkan masa bersama seperti esok sudah tiada.

**********

"Abang...bangun."Aina mengejutkan Eriq.Namun tiada respon yang di beri..."Abang?"Dia menggoncang tubuh Eriq berkali kali.Nadi...diam.

"Awak..dah tinggalkan saya...Pergilah.Rehatlah dengan tenang.Saya harap kita akan jumpa kembali sebagai suami isteri lagi...."Aina mengalirkan air matanya.

**********

Angin sepoi sepoi bahasa terasa di muka Aina.Hari ini cukup 1 bulan Eriq tiada.

Dia memandang cincin di tangannya.Cincin pernikahan dia dan Eriq.

"Tanpa pengorbanan tiada kebahagian.Tanpa kesedihan tiada kegembiraan.Hargai masa yang ada bukan mengira.Saya akan ingat kata kata awak Eriq dan cinta saya pada awak lebih luas dari lautan.."Aina berlalu pergi dan melihat ke arah pantai.Di mana tempat dia dan Eriq pertama kali berjumpa....

"Selamat tinggal...kenangan.."

**********

Imbas kembali....

"Awak...maaf.Saya tak nampak tadi."kata Aina dengan kalut.

Eriq tersenyum melihat respon Aina.

"Takpe...jom minum kat sana.Boleh kita berkenalan."Aina ikut tersenyum.

"Okay!"Mereka berjalan bersama sama menuju ke kafe.

"Aina....Bride of Mr.Eriq..."kata Eriq dengan perlahan....

(TAMAT)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience