Rate

2

Romance Completed 18439

Eriq melihat mesej yang belum dibacanya.

Eriq..awak kat mana?-Ika

Kerja..kenapa?-Eriq

"Eriq,teman saya jalan jalan boleh?"tanya Aina.

Eriq menangkap kembali handphonenya yang 'terbang' tadi."Sejak bila Cik ada kat sini?"soal Eriq yang kebingungan.

"Baru je.Anyway,boleh tak?"Eriq menganggukkan kepalanya.

"Tugas saya..."

**********

Eriq terpegun melihat pelbagai jenis bunga di hadapannya sekarang.

"Ni lah tempat yang saya akan datang kalau saya serabut."Eriq tersenyum mendengarnya.

"Hati kita pasti akan tenang apabila kita memikirkan tentang alam semula jadi dan memori terindah."Eriq memandang ke arah Aina.

"Maksud Cik?"Aina duduk di kerusi bangku yang disediakan.

"Maksud saya,saya akan tenang kalau lihat pokok or bunga.Air.Saya juga akan hilangkan tekanan saya dengan mengingati balik kenangan indah."Eriq menghidu bau bunga ros di hadapannya.

Aina tersenyum dalam diam melihat tingkah laku Eriq."Awak ni..macam tak pernah hidu bau bunga."kata Aina.

"Bukan tak pernah tapi dah lama tak hidu.Busy.Hampir 3 bulan saya tak hidu bau bunga tau."Aina ketawa kecil.

"Patutla macam orang senget je bila jumpa bunga."Eriq memandang Aina.

"Eh,sesedap hati Cik je kata saya macam tu...Cik tu lagi teruk.Otak tak betul!"Eriq kembali menghidu bunga selepas berkata begitu.

Aina mengambil peluang untuk menangkap gambar Eriq."Cute."Entah kenapa perkataan itu keluar dari mulutnya.

"Awak!Datang la sini."Eriq berjalan menuju ke arah Aina.

"Kenapa?"soalnya apabila tiba.

"Jom selfie."katanya lalu menarik Eriq mendekatinya.

"Untuk?"Tanya Eriq.Dia tak pernah selfie kecuali mengambil gambar orang.

"Nah,pegang."Eriq mengira dan klik!Beberapa keping gambar diambilnya.

"Nanti saya hantar kat awak."Eriq tidak menghiraukannya.

***************

"Eriq,kenapa awak jaga saya.Dulu...saya kurang ajar."Eriq memandang wajah perempuan di tepinya.

"Saya nak Cik jadi orang yang kuat.Saya tak nak orang buli Cik.Dan....saya harap Cik akan jadi orang yang berjaya bila saya....pergi."Perkataan terakhir itu diperlahankan.

"Apa?"tanya Aina.Eriq menggelengkan kepalanya.

"Thank you Eriq.Awak je yang memahami saya.My parents hanya nak saya berjaya.Saya perlu penuhi kehendak diorang tapi mereka tak pernah tanya apa yang saya nak."Aina meluahkan rasa yang telah lama terpendam di dalam hatinya.

"Well,lebih baik macam tu.Walaupun diorang tak tanya tapi mereka ada bila kita susah.Itu lebih baik kan?"Aina tersenyum.

"Eriq,jom beli ice cream tu."Eriq bangun dan berjalan di hadapan Aina.

Aku benci melihatnya pada pertama kali.Namun sekarang rasa itu sudah bertukar.Sifatnya,lawak dia...akan ku rindukan."

********

(2/5/2017)

"Eriq,awak perasan tak kita hanya ada tujuh bulan lagi."Eriq mengangkat bahunya.

"Kita tak perlu kira.Apa yang kita perlu buat adalah hargai masa yang di berikan itu.Dulu,saya tak pernah hargai masa."Eriq berasa sayu.Ya,dia amat menyesal kerana tidak menghargai masanya.

"Saya tak faham la."Kata Aina yang kebingungan.

"Nanti awak akan faham."Kata Eriq pula.Dia sudah menjadi kawan kepada Aina.

"Saya nak pergi toilet jap."Aina hanya mengangguk

Sebaik sahaja kelibat Eriq hilang dari pandangan,Aina mengeluh.

Tiba tiba mulutnya ditutup.Perlahan lahan matanya mulai tertutup.

************

Eriq mencari kelibat Aina.Tiada...Datuk dan Datin telah pergi ke Paris selama 8 bulan.Eriq cuba menelefon Aina.Off..

"Where are you...?"katanya kebingungan.

************

Aina meronta sekuat hatinya.Pergelangan tangan berasa pedih dan sakit.Dia tidak dapat melihat apa apa.Matanya ditutup.

"Nak ke mana?"Soal suara garau.

"Siapa kau!Lepaskan aku!"Tengking Aina.

"Senyap!Dulu kau tolak aku kan?Sekatang kau terima padahnya!"

***************

(10/5/2017)

Sudah lama Eriq mencari Aina.Namun tidak dijumpainya."Riq,makan la sikit.Kau makan sikit je lepas Aina hilang."Eriq tersenyum lemah.

"Aku tak nak makan.Aku risau....dia dah makan ke...tidur dia...dia kat mana?"Eriq menutup mukanya.

Adrian hanya dapat memandang sahabat baiknya itu."Bro....kau ingat tak yang aku pasang GPS kat phone dia?"Eriq mendongak melihat Adrian.

"Ki..kita boleh."Adrian menganggukkan kepalanya.Mereka berlari ke arah kereta.

************

Aina terkulai lemah.Tubuhnya terlalu lemah.Dia masih harapkan agar seseorang datang menyelamatkannya.Tiba tiba dia terdengar bunyi bising.

"Mana kau letak dia hah!"Suara itu.Aina hendak menjerit tapi dia sangat lemah untuk melakukan benda itu.Dia hanya dapat mendengar bunyi tembakan sebelum matanya tertutup.

************

"Aina!Kau dah sedar!"kata Husna dengan riang.

"Mana dia?"tanya Aina.

"Siapa dia?"soal Husna kembali.

"Eriq..."katanya sepatah.

"Aina kau rehat ye.Dah hampir empat minggu kau koma."Aina tergamam.Lamanya.

"What!"Aina memandang Husna meminta kepastian."Yup!"

"Hus....aku nak tenangkan fikiran aku jap."Husna mengangguk faham.Dia keluar dari bilik itu.

Aina memandang luar tingkap.Dia memerhatikan keadaan sekeliling di hospital itu.Keluarga yang bahagia dan pasangan yang happy...pasangan...

Fikirannya melayang mengingatkan Eriq.
"Eriq,aku nak jumpa dia."Belum sempat Aina keluar,Husna masuk ke dalam bilik.

"Kau nak pergi mana?"Aina diam...

"Aku tanya ni..."Aina menghembuskan nafasnya.

"Aku...nak jumpa Eriq."Husna mengeluh perlahan.

"Aina,dia...dia dah hilangkan diri 2 minggu yang lalu."Aina hampir terjatuh mendengarnya.

"Mana......dia...?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience