BAB 11
Mawar yang sedang duduk di hadapan rumah terkejut dengan sergahan dari sahabatnya, Damia.
"Hah!!, termenung ape tu...jauhnya sampai mana dah" sergah Damia dari belakang.
"Ish, kau ni terkejut aku" balas Mawar tetapi mata hanya pandang ke hadapan.
"Hehe, sorry². Emm kau buat apa kat sini...dari tadi aku tengok kau termenung je" kata Damia kepada Mawar.
"Termenung masa depan?...kau fikir nak kahwin dengan sapa ke?...weh rilek ahh kita baru darjah 6 kott.." kata Damia.
"Agak² la kau pun...takde nya la nak fikir pasal kahwin pun...jauh lagi kot" balas Mawar.
"Habistu kau fikir apa?" tanya Damia.
"Haih entah lah...tak tau nak cakap macam mane" balas Mawar.
"Tak tau nak cakap tulis la" kata Damia selamba.
"Haishh...kau ni sempat kan buat lawak tak berapa lawak kau tu" kata Mawar.
"Alaaa kau ni gelak la...support aku...haihh bukan selalu kan" kata Damia sambil mengangkat kening sebelah memandang Mawar.
"Ok aku gelak jap...HAHAHA...dah" Mawar gelak hambar lalu memandang ke arah Damia.
"Eeee...hambar la" kata Damia lalu memandang ke depan semula.
"Dah kau suruh aku gelak?....aku gelak la" balas Mawar lalu ketawa kuat memandang ke arah muka Damia yg mencebik.
"Eyyy dah la" kata Damia.
"Okk dah" kata Mawar dengan sisa tawanya.
—————
Tok tok tok
Pintu bilik diketuk. "Masukla" ujar Mawar. "Kau ni tak habis² berkurung dalam bilik...jom la lepak luar" kata Azri pada Mawar. "Malas la...lepak bilik syok sikit...bebas nak menjerit ke nak menari ke menyanyi ke ha" ujar Mawar. "Banyak la kau...jom la lepak luar teman aku..." kata Azri sambil menarik tangan Mawar. "Malas laaaaaaaaaaa" ujar Mawar. "Eyy tak sporting la kau ni..cepat la.." kata Azri berusaha memujuk Mawar. "Eeee yela²
sekejap...nak pakai tudung...abang keluar la dulu" kata Mawar lalu menolak Azri keluar dalam erti kata lain 'halau'.
—————
"Abang" panggil Mawar yang sedang melihat abangnya yang bermain telefon. "Apa?" jawab Azri sambil memandang Mawar. "Cepatla tadi kata nak lepak luar" kata Mawar. "Jom..." ajak Azri. "Mawar teman aku pergi kedai jap" kata Azri. "Ishhh abang ni tadi kata nak lepak luar je...malas la nak pergi kedai" balas Mawar dengan muka cemberut. "Alaaaa...teman la Mawar...please...kau kan cute jom laa" pujuk Azri. "Abang ni nak bodek² orang pulak...serupa budak kecik" balas Mawar lalu tergelak kecil. "Eleh kau...cepat la teman aku belanja" pujuk Azri lagi. "Ihhh yela² jom" balas Mawar. Dia juga yang kena mengalah dengan abang dia...nasib sayang.
Ketika dia atas motor, Mawar memandang ke kiri dan kanan sesekali dia melihat ramai budak² kecil yang sedang bermain bersama kawan² mereka. Dia juga ada terlihat sepasang kawan yang sedang memandu motor itu mahu keluar dari lorong, brek secara mengejut kerana tiba² sahaja ada motor yang lalu. Mawar tergelak geli hati melihat gelagat mereka yang cuak. Azri yang sedang memandu motor itu pelik dengan Mawar. "Mawar kau asal ni tiba² je gelak? seram la" kata Azri. "Tak² tu Mawar tengok orang tu bawa motor.. cuak muka dia tiba² ada motor lalu waktu diorang nak keluar dari lorong tu" jawab Mawar lalu tergelak lagi.
—————
Sampai sahaja dirumah, Mawar terus di bangku yang berhampiran. Penat. "Kau ni bukannya berlari pun...naik moto kan...tu pun penat ke? pelik² je" kata Azri.
"Eleh...penat la abang tu kalau boleh moto tu bawa laju lagi ha...sampaiiiiiiii la masuk longkang...tak pasal² nanti sampai ke lain...elok nak sampai rumah tak pasal sampai hospital" bebel Mawar panjang sambil menjeling abangnya.
"Biar la aku yang bawa bukan kau" balas Azri.
"Eeeeeeeeee sabar je la" kata Mawar lalu masuk ke dalam rumah.
"WOI !! barang kau ni bawa la masuk sekali. Amboi kau bawa diri je. WOI CEPAT LAA!!" jerit Azri. Mawar sekadar memekak kan telinganya. Berani kau Mawar ish³.
"Akak kenapa dengan abang tu jerit macam orang tak betul" kata Naqil sambil berjalan ke arah Mawar.
"Entah wayar terputus kot" selamba Mawar membalas.
"Ouhhh...maybe. Haihh kalau orang tengok Naqil tak mengaku tu abang Naqil...ish³ macam orang gila...ingatkan orang gila terlepas tadi" kata Naqil.
"Itula akak pun ingatkan macam tu jugak. Aihhh tak lama dah tu...nanti kita call hospital sakit mental...sian dah akak tengok abang Azri tu" balas Mawar. Dua² sama je sekepala.
"Woi, amboi sedap kau kan...aku juga yang kena angkat batang ni" ujar Azri sambil menjeling Mawar.
"Ouhh sorry, tak tau la pulak ada barang...emmm by the way, abang ada dengar orang menjerit tak tadi. Mawar rasa ada orang yang terlepas dari hospital sakit mental la. Sian orang tu" selamba Mawar berkata.
"Kau kan eyy. Kau tunggu Mawar aku letak barang ni siap kau aku kerjakan" ujar Azri lalu membawa barangan tadi ke dapur.
"Naqil!! 1..2..3..4..5 cabutttt...ada orang gila nak kejar. HAHAHAHAHA" Mawar ketawa lalu berlari menyelamatkan diri sebelum menjadi mangsa harimau bertaring tumpul eh ada ke abaikan.
"Yeyy cabut harimau kejar. HAHAHAHA" Naqil turut berlari menyelamatkan diri.
"WOI!! jangan lari la sini korang. Hiyarghhhh" Azri mengejar mereka sehinggalah.....
"YA ALLAH!! ASTAGHFIRULLAHALAZIM, kenapa dengan korang ni...main kejar² macam budak kecik. Yang abangnya ni pun satu kalahkan budak darjah 3. Ish³ apa nak jadi la dengan kamu ni" bebel Puan Aida panjang lebar.
"Sorry mama. Mawar dengan Naqil ajak. Hehe" Azri menyalahkan adik² nya.
Naqil dan Mawar menjeling tajam abang mereka. 'Dia yang nak kejar orang kita yang dipersalahkan sabar je la' kata Mawar dalam hati.
B E R S A M B U N G.....
Maaf kalau pendek...idea takde...dan maaf sekali lagi sebab lama tak update
Share this novel