M (3)

Short Story Series 3074

BAB 3

KRING! KRING! KRING!

Mawar terjaga dari tidur setelah jam locengnya berbunyi nyaring lalu mematikannya. Dilihat jam loceng itu sudah menunjukkan jam 6 pagi lalu dia bangun ingin membersihkan dirinya. Baru sahaja ingin menyarungkan telekung ke kepalanya, tiba² pintunya diketuk dari luar. Mawar membuka pintu ingin melihat siapa gerangan yang mengetuk pintu biliknya.

"Eh mama, kenapa?" tanya Mawar setelah membuka pintu biliknya itu. "Papa ajak kita solat subuh berjemaah" balas Puan Aida sambil tersenyum manis ke arah anaknya itu. "Ouh okey jap Mawar nak pakai telekung pastu Mawar pergi. Dekat bilik solat kan?" kata Mawar. "Ye, cepat la mama tunggu, kite pergi sama²" balas Puan Aida. "Okay, kejap" kata Mawar lalu menyarungkan kembali telekungnya.

—————

Setelah selesai solat bersama yang lain tadi, Mawar turun untuk sarapan pagi. "Assalamualaikum semua, good morning and happy Saturday...semoga harini lebih baik dari hari sebelumnya" ucap Mawar sambil tersenyum manis ke arah keluarganya termasuk Mak Jah yang sedang menuju ke meja makan. "Waalaikumussalam, morning too Nur Mawar Batrisya" jawab mereka serentak. Mawar tersengih. "Emm, papa...orang yang papa cakap tu bila nak masuk?" tanya Mawar kepada ayahnya yang sedang menikmati makanan itu. "Petang ni dia datang, dalam pukul 5 camtu la" jawab papa. "Ouh okay, tak sabar la. Dia sombong tak?" tanya Mawar lagi. "Kau ni banyak tanya la. Orang nak makan pun tak senang" celah Azri. "Lah orang tanya je kan alamak! makan je la makanan tu" balas Mawar. "Dah² la tu korang ni haihh, orang tu tk sombong pun. Peramah orangnya" balas Tuan Razman. "Ouh bagusla peramah boleh buat kawan bukan macam orang tu" kata Mawar sambil menjeling abang Azri. "Bende kau main jeling², eyy la aku ngan budak ni" balas abang Azri sambil menolak perlahan kepala Mawar. "Ishh, apa ni main² kepala orang" marah Mawar. "Ha melawan" balas Azri. "Yela² sorry, Mawar minta maaf" balas Mawar sambil memandang pinggan. "Tak ikhlas takyah minta maaf" bisik Azri di telinga Mawar. "Orang ikhlas minta maaf, cakap orang tak ikhlas pulak" kata Mawar sambil memandang tajam ke arah Azri. "Iyela adik ku yang DISAYANGI" balas Azri dengan senyuman manis tawar. (ha cane tuh 'manis tawar' eh haha). Puan Aida, Tuan Razman dan Mak Jah menggeleng kepala melihat perangai dua beradik ni. "Abang ngan akak tak habis² nk gaduh...pelik la" sampuk Naqil sambil ketawa. "Abang Azri mula dulu eh" balas Mawar. "Ah aku pulak" balas Azri. "Same je la korang dua" sambung Mak Jah pula. Lalu serentak mereka ketawa.

—————

Lagu love story dendangan Taylor Swift menghentikan lamunan Mawar kerana telefon pintarnya berbunyi minta diangkat. Mawar mengerling ke arah telefon pintarnya melihat siapa yang menelefon. 'Fit? apa dia nak? semalam baru jumpa harini dah rindu ke?' kata Mawar di dalam hati sambil lalu diangkat.

"Hello, assalamualaikum. Siapa di talian?" ucap Mawar bergurau lalu ketawa.

'Waalaikumussalam. Saya Fitri. Awak pula siapa?' jawab Fitri juga dengan nada bergurau. Lalu serentak mereka ketawa.

"Dh² penat gelak. Kau nak apa ni? baru semalam jumpa harini dh rindu ke?" tanya Mawar sambil ketawa. Ha, sebenarnya diorang guna panggilan 'kau - aku' je, tak guna 'baby - sayang' eee geli la HAHAHA. Satu lagi ayah Mawar ni dah larang dah si Mawar ni dari bercinta tapi tu la degil. Kene tinggal nanti padan muka.

'Okk. Saja call, tak rindu pun. Btw petang ni jumpa nak?' balas Fitri.

"Petang ni...tak leh rasanya. Aku ade SECRET MEETING dengan Damia lagipun ade orang nak datang petang ni. Sorry eh" kata Mawar serba salah.

'Secret meeting eh. Ok la takpe. Kite jumpa kat sklh je. Ok la bye²' balas Fitri.

"Ha oky bye" balas Mawar ringkas. Lalu talian dimatikan olehnya.

"Itu je nak cakap? baik takyah call. Heh" kata Mawar lalu mengeluh perlahan. "Mawar kenapa ni? lepas cakap ngan buah hati takkan tak seronok pulak?. Kalau orang lain dah macam kera dapat bunga" kata Mak Jah sambil memandang ke arah Mawar yang sedang menonton TV itu. "Jiwa kacau macam tu lah Mak Jah" sampuk Azri sambil ketawa dihujung ayat. "Ishh bukan jiwa kacaulah. Kau ni tak kacau hidup orang tak sah kan, serabut aaaa. Ha Mak Jah soalan tadi tu kan...Mawar ok je" jawab Mawar. "Ha kalau kau ok asal muka cam tk happy bile Fit call. Kau gaduh ngan dia ke? semalam ok je aku tngk siap bergelak lagi" balas Azri sambil memandang ke arah adik perempuannya itu. "Bukannya tak happy...tapi perlu ke sampai hari² call. Orang lain mungkin suka tapi Mawar rimas la" kata Mawar sambil mengeluh. "Tu la kau baru sekarang nak sedar semua tu. Dulu papa dah pesan dekat kau degil. Pastu sekarang baru nak merungut yang dia call kau semua. Kau tu baru darjah 6 fikir dulu pasal pelajaran, baru fikir pasal bercinta bagai. Ni UPSR tak lepas lagi nk bercinta bagai. Nanti kene tinggal baru kau tau sakit dia macam mana. Haihh, aku pun tatau nak kata apa dah dekat kau ni degil sangat" kata Azri panjang lebar. "Entah la aku pun tatau. Rasa menyesal pun ada" balas Mawar sambil mengeluh kesal.

"Abang" panggil Mawar setelah masing² mendiamkan diri. "Kenapa?" soal Azri sambil mengangkat kening sebelah. "Mawar minta maaf sebab tak dengar cakap" balas Mawar sambil memandang abangnya. "Takpe bende dah jadi. K now gi ambik wudhuk kita solat asar" kata Azri sambil tersenyum ke arah Mawar. "Oky" balas Mawar. Sebenarnya Azri ni walaupun banyak gurau kasar dengan Mawar dia still caring ngan adik² die sweet kan hshshs.

BERSAMBUNG...

Kalau ade silap boleh komen ye :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience