Rate

Chapter 2

Humor Series 1898

Sejuk dari penghawa dingin membuatkan aku menggigil dalam kereta ini.Kiko yang berada di pangkuan aku tidur lena sambil diselimuti kain yang lembut.Aku tengok budak ni senang je hidup.Tidur pun tenang.Tapi yang tak tenangnya aku.

Dari ekor mata,aku dapat rasakan lelaki itu merenung aku.Entah macam mana Kiko pujuk ayah dia untuk bawak aku sekali.Sudah lah muka beku.Senyum pun tidak.Duduk sebelah menyebelah pun aku dah rasa sesak nafas.

"Onamaewa?(Siapa nama kau?)"

Huh?Kami berdua berpandangan.Lelaki tadi memandang aku tanpa riak.Terus kecut perut aku.

"Your name." Ulangnya balik.

"Ah..H-hana.Orked Hana."

Dia diam sahaja tidak berkutik.Aku alihkan kembali pandangan.Tangan aku dikepal bersama.Sejuk.Sama seperti perbincangan kami yang mati.

"Mulai esok aku nak kau hantar dan bawa balik Kiko ke rumah.Aku akan sediakan sebuah kereta untuk kau.Ataupun kau tak reti bawa kereta?"

"Eh M-manada!Saya ada lesen okay!" Aku menutup mulut kembali apabila sedar akan celuparnya mulut aku.Lelaki tadi seakan terkejut sikit apabila suara aku dinaikkan.

Kiko yang lena diulit tidur aku pandang sekilas.Fuh aman.

"Aku nak kau kerja bawah aku.Kau tak ada kerja kan?" Selarnya.

Aku tunduk.Terus fail tadi aku letak ke tepi.Malu masih menebal dalam diri.Dia punya sindir ssup!Masuk ke lubuk hati.

"Anggap je ni sebagai ucapan terima kasih aku sebab jaga Kiko tadi.Lagipun peluang macam ni tak akan ada untuk orang lain kecuali kau."

Hek eleh.Yelah tu,jangan-jangan kau jenis suka memperdayakan golongan orang yang lemah tak?

"Kau jangan risau.Aku bayar cash.I'm not a scammer."

Terbatuk-batuk aku dibuatnya.Lelaki ni.Macam boleh baca apa yang aku fikir.

"Aku akan suruh Daichi assist kau nanti.Aku ada hal.Mungkin balik pagi."

Ah sudah.Daichi tu siapa pulak?Aku berdecit sesal.Ini sebab lah aku tak nak keluar rumah tau.Gara-gara baba dengan ibu lah asyik tekankan aku cari kerja.Kalau tidak memang kerja aku main game console memanjang.

"Tuan Eden.Kita dah sampai." Salah seorang pengikut ayah Kiko bersuara di depan.Aku menjengah kepala,melihat pemandangan luar.

Terjatuh rahang mulut aku.

Di hadapan kami ada satu pagar mewah yang dikawal khas oleh dua orang lelaki berpakaian hitam.Masing-masing menggunakan earset dan walkie talkie.

Sempat aku melirik pada tugu batu yang tertulis nama keluarga ini.Turut disertakan huruf kanji pada plat besi.

'Raiden Ryuu's Residence'

Macam pernah dengar?Entahlah.

Aku fokuskan pada satu rumah agam yang terbentang luas di tengah-tengah padang rumput yang dihiasi taman bunga dan disekeliling rumah itu dilindung oleh pohon-pohon yang tinggi.

Aku keluar dari kereta sambil menggendong Kiko.Dia amat selesa berada dalam pelukanku.Lelaki yang aku kenali sebagai Tuan Eden ini menapak lebih laju dengan kaki panjangnya.Memaksaku membuntutinya dari belakang.

"Welcome home Master Eden." Seorang lelaki tua menjemput kami masuk.Dari cara dia melayan Tuan Eden serta pakaiannya,aku dapat agak dia seorang butler.

Mata tua itu akhirnya jatuh memandang aku.Dia tersenyum ramah.

Tuan Eden segera mengambil Kiko dariku.Anak kecil itu mengeliat seketika lalu tidur kembali.

"Suruh dia duduk di ruang tamu.Kejap lagi aku turun."

Lelaki itu terus meninggalkan kami berdua di lobi bersama Kiko yang masih pulas tidur.Aku hanya menghantar tubuh lelaki itu sehingga dia hilang dari pandangan.

"Mari err.."

"Panggil saya Hana je pak cik."

"Baiklah Cik Hana.Mari ikut saya."

Sepanjang kami berdua berada di lobi.Butler yang hanya dikenali sebagai Pakcik Malique ni banyak berbual dan menjelaskan pada aku setiap satu potret besar yang melengkapi dinding rumah agam ini.

Hairan juga dari dalam sampai keluar semua tugu muka orang je.Ada juga tugu yang bertelanjang bulat.Gelabah tak sudah aku dibuatnya.Sesia buat dosa kering.

Katanya,Tuan Eden suka mengumpul barangan yang mewah dan nampak klasik.Lukisan-lukisan yang jarang dilihat juga turut dijadikan sebagai perhiasan rumah.

Well that explained why his house look so gloomy from the outside.

Setibanya kami diruangan tetamu,aku dipersilakan duduk di salah satu sofa kulit yang empuk.Ruangan ini tak ubah seperti sebuah gudang buku yang lama.Memang Tuan Eden ni obses gila dengan benda klasik.Rasa macam hidup dalam abad 13 pula.

"Cik Hana duduk lah dulu.Kejap lagi saya datang.Would you prefer tea or coffee?"

"I don't like caffeine."

Pakcik Malique tersenyum simpul.

"Tea it is."

Selepas meminta diri untuk keluar,tinggal aku sendirian di dalam bilik ini.Dari luar kaca jendela,
gerimis mengundang rasa tidak selesa di hati.
Cepat-cepat aku keluarkan fon.Punat hijau aku tekan.

"Hello?" Suara lembut ibu menyapa gegendang telinga.

"Assalamualaikum,hello ibu?"

"Ya waalaikumsalam Hana?Hana kat mana ni?"

Aku senyum nipis.Dari nada suara sahaja aku tahu dia risau.Ibu bukan seorang yang begitu affectionate apabila meluah perasannya.Dia lebih suka bertindak secara fizikal.

"Hana masih kat luar lagi ibu."

"Bila nak balik."

Aduh!Soalan ni pun.Aku nak cakap apa ni?Aku kemam bibir sambil tengok sekeliling.

"Er..t-tengok dulu lah."

"Hana hari dah petang.Awan kat luar tu dah berarak mendung.Awak tu tak elok duduk luar lama-lama.Balik cepat." Perintah ibu.Rasa bersalah pulak aku pada ibu.

"I-insyallah."

Hmm.Lantas ibu menamatkan panggilan.Nak kol ibu ni kadang-kadang kena sedia jawapan kukuh sebab soalan ibu macam peluru berpandu.Kita tak tahu dia akan bagi soalan apa.Dah tu bila tak dapat jawab disalahnya pula kita.Aduh pening aku.

Automatik jari jemari menggosok pelipis kiri kepala.Menyesal pula aku tak guna kereta baba tadi.

"Cik Hana?"

Aku toleh.Seorang lelaki dengan pakaian sama seperti kumpulan lelaki tadi duduk bertentangan aku dengan sebuah clipboard dan pen di tangan.

Jari telunjuk itu menolak bingkai cermin mata yang hampir jatuh sebelum dia kemudian bersandar pada sofa.

Aku kerut dahi.Ni Daichi ke?Ke ni Tuan Eden 2.0?Perangai nak dekat sama.

"Aku nak kau sign kontrak tu."

Terkebil-kebil aku.Kontrak apa?

Daichi mengeluh.Rambut depan dikuak ke belakang manakala cermin mata diletak ke tepi.

Jari tengahnya dibawa menunjuk kertas putih yang di klip pada clipboard.Ditekan-tekan kertas tersebut dengan jarinya.

"Ini adalah kontrak ekslusif yang Raiden Ryuu sendiri arahkan aku untuk kau tandatangan sebagai babysitter rasmi anak lelaki dia,Kyoto Ryuu."

Hah?Terbuntang mataku.

Tak semena-mena segala organ aku seakan hendak bergolek keluar.Otak aku jadi tak tentu arah.
Babysitter maksud dia jaga anak dia lah kan?

Bukan Tuan Eden sendiri cakap ke Kiko ada pengasuh?Mana orang tua tu?

"S-setahu saya,saya ni tukang hantar dan ambik Kiko je.Tak pernah pula Tuan Eden suruh saya jadi pengasuh anak dia?"  Soal aku meminta kepastian.

Wajah Daichi terus berubah dingin.Ha aku dah agak dah!Dia dah kena sampuk dek saka Tuan Eden tu.

"Dia dah ubah fikiran dia since pengasuh yang kami upah tu mati disebabkan keracunan.Ada pihak yang racunkan pengasuh Kyoto in other nak tarik perhatian kami.Itu sebab kami perlukan kau sebab Tuan Eden percaya kau mampu jaga Kyoto."

I mentally slapped myself.Apa yang dah berlaku sebenarnya ni?Aku kehilangan kata-kata.Apa maksud Daichi ada pihak yang cuba tarik perhatian mereka.Dan kalau pengasuh Kiko mati disebabkan keracunan jadi..

Nyawa Kiko dalam bahaya!

Daichi yang sedar akan perubahan wajah aku terus menyambung bicara.

"Aku selaku wakil Tuan Eden minta maaf sebab terpaksa libatkan kau dalam hal kami.Dari saat kau berjaya tarik perhatian Kyoto kami terpaksa gunakan kau untuk kepentingan kami dan keselamatan Kyoto.Aku harap kau tak tarik diri.Kalau tak,Kyoto akan sedih." ucap Daichi mendatar.

Jujur Daichi juga serba salah tapi dikawal riak wajahnya.Mereka terpaksa melibatkan orang asing yang tidak bersalah dalam kumpulan mereka.

Aku jadi bingung.Siapa sebenarnya Tuan Eden ni?Dan kenapa semuanya nampak bahaya?

Tiba-tiba pintu terbuka luas.

"How's everything?Going good?"

Butang pergelangan tangan dikancingkan lalu blazer berwarna hitam disarung dari belakang sambil dibantu oleh Pakcik Malique.

Aku terus bangun.Daichi dan yang lain turut mengalihkan pandangan.Semua terarah padaku.

"Tuan Raiden Ryu.We need to talk.Alone." Tekanku.

Tangan Tuan Eden memberi isyarat agar Daichi dan Pakcik Malique meninggalkan kami berdua di bilik ini.

Dengan malas,dia duduk di tempat Daichi tadi.Kaki panjangnya disilangkan.

"Shoot."

Tanpa membuang masa aku menyoalnya.

"Who are you?"

Tuan Eden sekadar memerhatiku.Lagak aku yang berani tadi seakan diperkecilkan lelaki Jepun ini hanya dengan tenungan mata sahaja.Untuk menghilangkan gemuruh,aku kembali duduk dan memeluk tubuh.

"Have you ever heard of Yakuza?"

...

tbc

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience