Rate

Chapter 1

Humor Series 1898

Fail yang berisi sijil-sijil penting aku pegang erat.Ini sudah masuk kali ke lima belas aku memohon kerja.Semuanya kena tolak.Alasan?

'Maaf,tapi kami dah cukup staf.'

Kau tengoklah.Kau tengok manusia jenis pemberi harapan palsu ni.Selalu golongan mereka lah yang jatuh tersungkur nanti.Sudah lah aku datang jauh sekurangnya bagi lah aku duduk.Ni tak.Belum apa-apa lagi dia dah tutup pintu ofis.Kurang asam betul!Geram aku.

Wafer mentega kacang aku kunyah bersama hati yang membara.Cara aku berjalan pun dah tak serupa perempuan dah.Rimas punya pasal dengan tudung lagi herot-berot.

Langit yang cerah tadinya mula mendung.Haih ni kalau tak cepat ni mahu kena tinggal bas!

"Mama!"

Aku terdengar suara anak kecil.

Aku tak endahkan.Selalu waktu-waktu camni budak tadika dah habis kelas.Fail di tangan aku kibaskan ke muka bagi menghilangkan bahang panas.

"Mama tunggu!"

Aku toleh dan pandangan aku dibawa pada seorang kanak-kanak lelaki dengan rambut mangkuk bersama pipi yang montel kemerahan.Dia sedang tersenyum lebar bersama beg kuning yang digalas di belakangnya.

Aku tersenyum kelat.

Sesat ke budak ni?

"Y-ya?Adik cari siapa?"

Dia tidak menjawab.Malah terus dipeluknya kaki aku.Kejung badan aku.Pipi yang montel digesel-gesel pada kaki aku.Ya Allah anak siapa ni?Kau buat apa ni dik?Aku pandang sekeliling.Beberapa mata-mata asing mula memandang kami berdua keliru.Ada yang mula berbisik sesama diri.Terasa panas tubir mata aku.

Ya Allah aku difitnah.

"Mamamamamama!"

Aku masih statik.Tak tahu apa yang aku harus lakukan.Baki wafer tadi masih ada dipegangan manakala fail tadi aku kepit dicelah ketiak.Postur aku agak janggal sekarang ini.

"Mama jom lah balik." Rayu kanak-kanak lelaki tadi.

Aku serba-salah.Nak balik mana nak oi?Akak ni kahwin pun tak.Engkau memandai je panggil aku ni mak kau.

"Kiko?" Satu suara garau menarik perhatian kanak-kanak tadi lantas dia menyorok di belakang kaki aku.

Tiba-tiba sahaja ada tiga buah kereta berwarna hitam diparkir di tepi jalan.Dihadapan kami satu kelompok lelaki dengan pakaian formal pejabat memandang kami berdua bersilih ganti.

Di tengah-tengah kumpulan itu,ada seorang lelaki berambut panjang paras bahu menarik perhatian aku.Rambut berwarna kelabu kebiruan itu diikat separuh.

Blazer yang dikenakan menutup tubuhnya yang besar.Butang baju hanya dipasang separuh sahaja meninggalkan lekuk otot dada yang aku dapat lihat dengan jelas.Man,he's hot.

Eh!Apa benda aku fikir ni?

Aku gelengkan kepala lalu aku berundur ke belakang.Bungkusan wafer dan fail aku letak ke bawah.Kiko yang masih menyorok segera aku bawa ke dalam pelukan.Kanak-kanak lelaki itu seolah merelakan saja dirinya dipeluk.Bahkan kepalanya disembam pada teluk leher aku.

"Kiko mari balik." Ulang lelaki itu lagi.

"Ehmm." Kiko geleng kepala tanpa menoleh.

Aku eratkan pelukan.Satu-satu wajah yang berada disitu aku tilik satu persatu.Secara tak sedar aku sedang berdepan dengan seseorang yang bahaya.

"K-kamu semua ni siapa?" Aku beranikan diri menyoal.Muka mereka semua macam tak boleh dipercayai.Aku kena pastikan keselamatan budak ni.

"You got some nerves here miss.." Kata salah seorang dari mereka.Dia tersenyum sumbing.

"Saya tak akan serahkan budak ni selagi awak semua tak jelaskan siapa awak semua yang sebenarnya!" Tegas aku.Akan ada dua kemungkinan kalau aku berani mati macam ni.

Dalam badan aku ada saka atau aku memang bersedia nak hadap Ilahi.

Lelaki yang ditengah tadi memicit pelipis dahinya.
Nampak macam dia frustrated.Tak semena-mena lelaki tadi menapak ke depan.Jarak antara kami sangat dekat namun masih ada ruang untuk kami bernafas.

Tuhan sahaja tahu betapa lajunya jantung aku mengepam darah tatkala mata lelaki tadi tidak lepas merenung aku.Dia kemudian beralih pada Kiko.Tangan itu dibawa naik mengelus lembut belakang badan anak kecil ini.

"Gomenasai(Maafkan aku),tapi ini anak aku.Kiko sepatutnya balik dengan pengasuh dia tapi pengasuh dia sakit.Jadi aku datang sini untuk bawa dia pulang." Jelas lelaki tadi.Ada pelat Jepun terselit di situ.

Aku..aku terpukau.

"Miss?Miss you good?"

Jarinya dipetik berkali-kali.

Seperti hipnosis,aku tersedar dari lamunan.Aku tunduk.Dapat aku rasakan pipi aku merah akibat malu.Ha I got caught red-handed.

"Erm..kalau macam tu..awak ambik lah anak awak balik." Kiko yang masih terlentok aku serahkan pada lelaki terbabit tapi Kiko seakan sengaja mengeraskan badannya.

Kanak-kanak tadi segera geleng kepala.

"Daikirai!(Saya benci kamu!)"

Aku pandang lelaki tadi.Alamak!

Wajahnya berubah keruh.Yang budak kecik ni pun satu!Asal degil sangat tak nak balik?Aku ni yang susah tau tak?

"Nak balik dengan mama.."

Mama?Serentak aku dan lelaki itu bertembung mata sebelum kami cepat-cepat melarikan pandangan.

"Kita tak ada mama Kiko.Jom balik." Makin kuat Kiko memeluk leher aku.Mungkin dia takut dengan ayah dia.Haih terpaksa juga aku masuk campur.Aku beri isyarat pada lelaki tadi.Dia hanya menurut sahaja.

Aku menjauh sikit dari lelaki tadi sambil tubuh montel Kiko aku gendong.Punggungnya aku tepuk perlahan.

"Kiko kan papa ada ni?Tak nak balik dengan papa ke?" Kiko diam.Agaknya dia dah mula termakan dengan pujukan aku.Perlahan-lahan dia mengangguk kepala.Aku tersenyum.Yes!

"Tapi okaasan(mama) kena ikut Kiko balik.Ne?"

Serta-merta senyuman aku lenyap.

tbc.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience