Rate

ABANG SAYANG 1

Short Story Series 1596

" Abangggg......rindunya ayang pada abang .Bila lah agaknya abang nak keluar ni, huhuhu....dah hampir satu jam ni ."gumamku sendirian di balai ketibaan klia2.Kelibat abang si buah hati ku masih belum kelihatan lagi.Menurut abang dia akan sampai dalam pukul 9.30 dengan pesawat Tiger Air dari Singapura dan dalam kiraan aku pasti dia akan muncul dekat sini dalam masa setengah jam selepas itu ,iaitu dalam pukul 10 lebih kurang setelah usai melepasi semua procedure di dalam .Tetapi jam tangan guess ku yang di hadiahkan abang telah pun menunjukkan angka 11 .Tak sabarnya
nak jumpa pujaan hati ku itu .
"Assalamualaikum ayangggg...."sapa abang dari arah belakangku .Aku segera berpaling .Seperti biasa jari jemari abang ku capai lantas ku cium dengan penuh kasih dan aku memeluk abang dengan erat untuk melepaskan kerinduan .Abang melonggarkan pelukan dan merenungiku .Ada rindu pada sinar mata abang .Mata kami bertaut dan senyuman terukir di bibir masing masing."Bila abang sampai ayang tak nampak pun "soal ku pada abang dengan kehairanan."Habis tu dah ayang membelakangkan jalan macam mana nak nampak abang .Bukannya nak mengadap ke dalam .Asyik sangat mengadap kat Restoran Old Town tu kenapa.Ada siapa kat sana tu .Jangan cakap ayang dah terpaut hati kat pekerja Nepal tu eh ",usik abang ."Kah kah kah kah kah ..." ketawa kami terburai .Abang kalau bab nak mengenakan aku memang pakar.Ada sahaja idea nya nak menyakat .Aku masih tersengih sengih lagi kerana sedar akan kesilapan ku .Setelah kebosanan menanti tadi aku lantas memusingkan badan ku dan mengarah pandang ke arah restoran itu sambil memikir mikir menu apa yang hendak aku order kali ini.Aku memang lazim dengan tabiat abang yang sanggup menahan lapar semata mata hendak bersarapan dengan aku .
"Ayang jom makan kat tempat biasa abang nak makan ayam dengan roti nan kat atas",Macam biasa aku hanya menuruti kehendak abang walaupun aku rindu nak makan roti bakar inti kaya kat Old Town tu.Sambil jalan beriringan abang menghulurkan satu bungkusan kepada ku sambil tersenyum .Aku menyambutnya dengan senyum lebar walau masih belum tau apa isinya .Itulah sifat abang dari awal perkenalan hingga sekarang sering memanjakan aku dengan pelbagai hadiah darinya ."wowwwww....perfume ....Elizebeth Arden Pretty" aku terjerit kecil gembira kerana perfume aku memang tinggal sikit je lagi .Lancome miracle pemberian abang sempena harijadi aku yang lalu memang dah perlu ada stanby yang baru ,sebab abang nak permaisuri hati nya ini sentiasa cantik dan wangi kalau duduk di samping nya."Terimakasih laling ...I love you ..."ucap ku pada abang ."Sama sama hunny I love you too"balas abang sambil mencium dahi ku.
Sampai di tingkat atas seperti biasa tugas abang mencari meja sementara aku memesan makanan ."Ayam tandori dan roti nan 2 set .Milo panas 1 teh tarik 1 "pinta ku pada bangla pekerja di situ.Setelah membayar bil aku menunggu di meja berhampiran.Setelah 15 minit berlalu barulah siap pesanan ku .Kesian abang dah lama menunggu ,aku merasa amat bersalah kerana aku tau abang sudah lewat 1 jam untuk makan ubat .Dengan berhati hati aku membawa makanan dan minuman kami ke meja yang di duduki abang."Abang sorry ye lambat sebab tunggu orang tu buat roti lama ramai orang pulak"jelasku pada suami ku itu.
"Takpelah ,jom makan abang dah lapar sangat ni "balas abang."kenapa abang tak makan je kat dalam pesawat tadi .Kalau tak abang da boleh makan ubat terus tadi ."ujarku pada abang .Abang hanya diam dan terus makan sambil menyuapku sekali sekala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience