Rate

ABANG SAYANG 2

Short Story Series 1596

Selesai makan kami pun beredar dari situ menuju ke tempat pakir kereta di block B untuk mendapatkan kereta emas ku yang setia menanti raja dan permaisuri nya ini hehe.
Aku terkenang kembali peristiwa aku tercari cari kereta ku itu setelah menghantar abang ke sini dulu .Aku seperti biasa dengan kelam kabut nya meninggalkan kereta di pakir dan setelah yakin akan no petak ku aku lantas membontoti abang ke dalam .Abang memang akan awal 2 jam apabila mahu menunggu di airport kerana sikapnya memang tidak suka terkocoh kacah seperti ku yang tak ikut masa ,asal boleh je .Berlainan dengan sikap abang yang memang berdisplin kerana mungkin terbiasa semasa army dahulu di Singapura setelah tamat sekolah menengah .Kalau kita di sini di panggil PLKN.
Masa bagi abang amat berharga walau seminit pun memang dia berkira.
Setelah abang masuk ke ruangan menunggu aku seperti biasa sambil menangis pergi mencari cari kereta ku di pakir .Seingat aku sudah 7 kali aku berlegar dan tawaf di situ.Kalau kat Mekah tawaf banyak tu aku dah di panggil hajjah.Berdebar debar jantung aku takut ,sedih ,risau semua perasaan itu bermain di fikiran ku .Sudah 2 kali abang bertanyakan keadaan ku ketika itu tapi aku masih menyembunyikan masalah ku tak mau abang risau .Aku tidak berani untuk berterus terang dengan abang sebab takut abang bising bising dan marah marah pun iya juga.
Sekali lagi talipon ku berbunyi dan perkataan abang sayang terpamer di skrin talipon ku."Ayang dah masuk kete .Dah gerak ke ?" Aku dengan perasaan sedih dan takut takut terpaksa juga menceritakan masalah ku pada abang ."Ayang tak jumpa kete,dah banyak kali ayang pusing pusing tapi ayang masih tak jumpa ".Airmataku semakin laju mengalir ."Ayang cari kat mana .Tadi parking kat block B kan ."soal abang lembut dan ada nada kebimbangan di pendengaranku .Abang memang sudah sedia maklum akan kelalaian ku itu .Memang abang yang akan selalu mengingatkanku akan hal hal yang penting atau perkara perkara yang perlu aku buat.Aku baru tersedar akan kesilapanku lantas terus ke block B dan mencari keretaku .Dari jauh sudah kelihatan emas seperti melambai lambai memanggil ku .Aku tersenyum senang .Sejak peristiwa itu aku akan pastikan aku ke luar ke pakir melalui pintu B dan akan snap no pakir untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang .
"sekarang ayang dah pandai eh ...hehehe ",usik abang sewaktu aku membuka pintu kereta .Aku tahu abang sengaja mengusikku ."Dah tak perlu nak tawaf lagi kan sekarang "sambungnya lagi.Aku hanya tersengih sengih menyambut usikan abang.Bahagia terasa bila suami tercinta berada bersama ku saat ini.Muachhh....satu ciuman hinggap di pipi kiri ku ."RINDUUUUU..."kata abang ."Ayang pun rindu abang sangat sangat dulu kini dan selamanya "balasku "."Ever after "sahut abang lagi.
Abang seorang yang tegas sebenarnya .Bagi anak anakku pula daddy garang .Tapi itu cuma luarannya sahaja .Dalam hati abang sentiasa ada taman untukku .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience