Kisah pertemuan Amsyar dan maizura bukanlah satu kisah fairy tales. Amsyar dan maizura bekerja di bangunan yang sama. Maizura di tingkat 6 dan Amsyar pula di tingkat 10.
Detik pertemuan.
Hari itu hari rabu, pengurusan bangunan sudah mengedarkan pekeliling mengenai fire drill yang akan di kendalikan oleh pasukan bomba dan polis diraja Malaysia. Selepas clock in masuk kerja pada hari itu, maizura menantikan penggera kecemasan berbunyi untuk memulakan fire drill.
Maizura menerima email daripada bossnya supaya masuk ke bilik manager itu. Sewaktu maizura memulakan langkah untuk ke bilik manager penggera kecemasan berbunyi nyaring, maizura mahu berpatah balik ke meja nya untuk menukar heels kepada flat shoes, dalam kelam kabut itu staff di syarikat maizura bekerja, telah menolak tubuh maizura ke pintu rintangan api, maizura di paksa untuk turun melalui tangga untuk pergi menuju ke tempat berkumpul yang selamat. Maizura melangkah cukup berhati hati. Tinggal lagi 6 anak tangga untuk dituruni, seorang staff dari company lain yang bersaiz lebih besar meluru ke bawah dengan cepat lalu tertolak tangan maizura.
Maizura : arghhhh.........
Amsyar yang sudah sampai di bawah terperanjat mendengar jeritan itu lalu berpaling, amsyar nampak seorang gadis hampir terjatuh lalu Amsyar dengan pantas menyambar tubuh kecil itu. Maizura terasa dirinya masih melayang,
Maizura : arghhhhh hhhhh. Bila nak sampai ke bawah ni.
Amsyar: cik. Cik dah selamat, buka mata cik. Maizura membuka mata dan melihat seorang lelaki kacak berlesung pipit sedang mencempung dirinya. Maizura merasa malu kerana aksi jatuh melayang yang dilakukannya.
Maizura : terima kasih.
Amsyar: kasihmu ku terima.
Maizura : i mean thank you.
Amsyar: sama jer maksudnya cik.
Bomba: ok semua orang keep moving... xde shooting drama kat sini semua bergerak ke tempat berkumpul. Kamu berdua ok kan?.
Amsyar : ok sangat.
Bomba: sambunglah bergerak ke tempat berkumpul, jangan bawa pergi syurga ya.
Maizura : nama saya mai, maizura.
Amsyar ooohhh mai, my zura, my honey, my darling my love.my baby
Maizura :tak Maizura jer.
Amsyar: saya Amsyar tapi klu boleh saya tak nak pilih nama amsyar.
Maizura : kenapa?.
Amsyar : saya nak letak nama Am yours.
Mereka saling bertukar nombor telefon. Setiap hari Amsyar mahu lunch bersama maizura. Amsyar akan menunggu maizura di depan pintu lift di tingkat 6 itu. Kawan sekerja maizura sudah mengenali siapa amsyar dan hubungannya dengan maizura.
Amsyar: petang ni saya hantar awak balik boleh?.
Mauzura: saya balik kerja awal.
Amsyar: awal pukul berapa, saya boleh minta balik awal juga.
Maizura : rumah kita tak sama jalan menyusahkan Am jer.
Amsyar : Am tak kisah, Am nak hantar Mai.
Maizura : ok Mai balik kul 5.30 petang
Amsyar : ok Am tunggu tempat biasa.
Petang itu Amsyar membawa Maizura pulang ke rumah.
Amsyar : ini rumah Mai?.
Maizura : ya, rumah setiggan jer.
Amsyar : setinggan pun rumah Mai.
Maizura : jemput masuk.
Amsyar masuk ke rumah dan berkenalan dengan ibu dan ayah Maizura.
[Di ruang tamu rumah Maizura – senja yang tenang, tapi tegang]
Maizura: Ini Amsyar, kawan Mai dekat tempat kerja.
Amsyar (tersenyum, tunduk hormat): Assalamualaikum pakcik, makcik. Terima kasih sudi terima kunjungan saya.
Mazara (merenung sambil senyum tawar): Asal mana, Amsyar?
Amsyar: Saya dari Singapura, makcik.
Mustafa (angkat kening): Dah lama kerja kat Malaysia?
Amsyar: Saya masih kerja di Singapura, pakcik. Syarikat saya ada anak syarikat kat sini. Saya dihantar untuk pantau operasi di cawangan Malaysia.
Mustafa: Hm. Jadi, apa sebenarnya tujuan kamu rapat dengan anak kami ni?
Amsyar (tenang tapi jujur): Saya ikhlas suka pada Maizura. Kalau Allah izin, saya nak bawa hubungan ni ke perkahwinan. Saya serius, pakcik.
Mustafa (senyum sinis): Lepas kahwin, kamu rancang tinggal kat mana?
Amsyar: Di Singapura, pakcik. Rumah saya dekat dengan pejabat. Kalau Maizura setuju, saya nak bawa dia tinggal sekali dengan saya di sana.
Mazara: Kamu sedar kan Mai tak pernah tinggal luar negara. Macam mana kamu pasti dia boleh sesuaikan diri?
Amsyar (lembut): Saya akan pastikan dia selesa. Saya akan jaga dia baik-baik.
Mustafa (nada tegas): Pakcik tak setuju Maizura kahwin dengan kamu.
Amsyar (terdiam sebentar): Boleh saya tahu kenapa, pakcik?
Mustafa (dingin): Kamu orang luar. Kerja kamu di sana. Kami tak nak Mai jauh daripada keluarga. Lagipun, pakcik rasa kamu tak cukup kenal siapa Maizura sebenarnya.
Maizura (cuba membela): Pakcik, Amsyar bukan orang sebarangan. Dia hormat keluarga, bertanggungjawab… Mai sayang dia.
Mazara: Mai… cinta saja tak cukup nak bina rumah tangga.
Amsyar (dalam hati terluka, tapi wajahnya tetap tenang): Saya faham pandangan pakcik dan makcik. Tapi saya tak akan berputus asa. Selagi Maizura masih bersama saya, saya akan terus berusaha yakinkan Pakcik Dan makcik..
Ini parents monster in law
Share this novel