2012
"Liya...Ooo Liya...,bangun la, hang tu dah la tahun ni hang last mengaji kat sek rendah tu..cubala tiap tiap pagi bagun awai sikit." tiada sahutan Naik pening kepala Puan Ainsyah dengan perangai anak dara dia yang sorang ni bukannye nak tunjuk contoh baik baik kat adik adik dia tahu nak membuta je kerjanye , tak tahu lah macam mana nanti bila dia dah tak ada.
"NUR QAISARA ATILLIYA BINTI ABDUL QARIM" tersedak Encik Qarim yang sedang selera mengirup kopi suam sambil meneliti akhbar di pamking hadapan rumah mereka.
"Ye ibu Liya bangun dah ni ......" Dengan malas dia mencapai tuala yang sedang elok tersangkut di bucu katilnya.
"Betuah punya budak , dah la hari ni ade kelas tambahan awal pagi ,boleh pulak hang bangun lewat, kalau lagu ni la ibu tak tau la lagu mana nanti bila ibu dah tak dak...." dia risau jika anaknya kekal selamanya begini.Dia makin hari bukan makin muda makin tua . Dah la Qaisara satu satunya anak perempuan yang mereka ade..Haishh.." keluh Puan Ainsyah
"Ibu ni kan bukannya chek tiap tiap hari bangkit lambat." ucapnya sambil bersalaman dengan puan ainsyah.
"Ayah pi mana ibu dari tadi chek tak nampak ayah ?" soalnya sambil mata melilau mencari kelibat batang hidung Encik Qarim.
"Tadi pak hang tu ada ja kat pamking tu. Rasanya la ni dia dah pi kebun la kot .tunggu hang lambat sangat.." Qaisara tahu yang ibunya sedang memerli dia .
"Dah la bu , chek nak pi sekolah dah ni "dia meminta diri sambil menyelesakan diri untuk menunggang basikal kesayangan nya itu..
"Haaa ,yela elok sangant la tu ,lagi pun hang dah lewat sangat dah ni . Bawak gerek tu elok elok .belajaq elo elok kat sekolah tu tak sah nak jadi tomboi sangat lah...." "Ye lah bu chek dah tau benda tu semua , ibu selalu dok peringat kat chek" belum sempat kata kata keramat dari mulut Puna Ainsyah keluar sudah di potong oleh Qaisara.
"Chek pi dulu bu, assalamualaikum."laung Qaisara
"Waalaikummussalm..." ade ade saje budak betuah ni.. menggeleng kepala puan ainsya pening dengan perangai anak anak nya itu.
mujur lah adik adik qaisara sudah pergi ke sekolah,kalau tidak mahu riuh satu rumah dibuat nye .berebut bilik air la katakan.
Share this novel