"Ma..mama tolong la saya ma, saya dah tak tau lagi dah nak cari mana duit sebanyak tu,saya janji nanti bila duit simpanan saya cukup saya bayaq balik duit tu" rayu Encik Qarim di hadapan rumah banglo serba mewah itu sambil ada mata- mata yg sedang memandang
"Bukan mama tak nak bagi duit tu tapi kalau papa tahu macam mana ?ni Ainsyah duduk kat hospital mana?"
"emmm..."
Di Rumah
"Angah,acik,alang,adik,lekaih la along nak kena pi hantaq kuih dulu ni"
"ye kami dah nak siap dah pon"
selepas ibu mereka masuk hospital Qaisara yg mengambil alih semua tugasan kat rumah ataupun di kebun,pelajarannya juga makin merosot mujur la Raudah selalu membantunya menyalin nota nota penting yang diberi guru mereka
"Qaisara...Qaisara...NUR QAISARA ATILLIYA BINTI ABDUL QARIM!!!"
"aaah...aaa..ada apa cikgu?"
tanpa rasa bersalah dia menyoal kepada cikgu Mastura dgn selambe je sambil menggosok matanya , memandang kan dia dan raudah meja paling belakang dan paling hujung memang port baik la nak tido dah la waktu sejarah memang membuai la jawabnya 'B,O,S,A,N'
"waktu rehat nanti jumpa saya dekat bilik guru,faham ! "
hanya mengangguk tanda turuti apa yg dikatakan oleh gurunya itu
"we ,ko pahal bro aq tengok kau semenja duamenjak ni kau asyik datang sekolah lagi lewat dari hari biasa banyak ponteng kelas ,we kalau ade masaalah share la ngan aku kata bff kena la tak dek rahsia, ni kau macam berahsia ja ngan aq"
"panjang la cerita dia ,nanti je la aq habaq kat hang na,ni dah nak dekat waktu rehat dah ni nanti kalau aku pi lewat mau menanah telinga aq ni kena dengaq cikgu Mastura membebel" dia sebenarnya malas nak cerita hal keluarganya pada orang lain walaupun Raudah itu sahabat baiknya
"Hemm...ye la ,ye la, tapi janji tau nati kau cerita kan kat aku"
"InsyaAllah aku tak janji" Qaisara berlalu tanpa menoleh ke belakang ,dia tahu yang raudah tidak puas hati dengan jawapan yang diberikannya itu
"haihhh....budak ni..."
Share this novel