Daniel Henry Graham 'Si Putera Bongsu yang Nakal???'

Fantasy Series 349

Di salah satu kamar Istana Gemalam Bulan Empayar Vampire, terbaring sekujur tubuh yang tegap dan gagah perkasa di atas katil bersize 'king size'. Kelihatan dia begitu khusyuk memandang siling indah atas kamarnya. Lalu
senyuman terukir di bibir nipis pada wajahnya yang tampan serta putih. Tak lama kemudian, terdengar ketawa di bilik kamarnya. Dia ketawa begitu riang sekali seolah-olah dunia dan alam miliknya. Jika tiada siapa yang mengetahui pemilik kamar tersebut, pasti mereka akan menyangka bahawa orang tersebut orang yang tidak waras... Namun yang berada di kamar indah itu adalah Putera Bongsu Empayar Vampire, Daniel Henry Graham. Sesekali senyuman masih lagi menghiasi wajah tampannya. Namun sekiranya diperhatikan dengan betul, senyuman tersebut lebih tepat adalah senyuman sinis. Apakah yang berada dalam fikiran Putera Bongsu tersebut.
Setelah puas berbaring, dia lalu mengangkat tubuh kekarnya yang sudah pasti menghantar getaran rasa pada hati wanita yang memandang. Dia tanpa berlengah menyarung baju putih di tubuhnya. Baju putih tersebut terletak kemas dan bergaya di tubuhnya. "Indah sekali pemandangan ketika matahari terbit" Daniel memuji keindahan sambil matanya tertancap ke arah pemandangan di luar jendela. "Oh... lupa bagaimana agaknya khabar si Galileo?" Dia terus bermonolag sendirian. 'Tuk... Tuk... Tuk...' Kedengaran pintu kamarnya diketuk. "Ampun Tuanku Putera, izinkan patik masuk" Kedengaran suara lelaki memecah kesunyian pagi. "Hemmm..." Daniel yang masih menghadap ke luar menyahut. Derap kaki semakin jelas menghampiri Putera Bongsu. "Sudah selesai Olga" Daniel terus bertanya sesuatu kepada si pemanggil yang bernama Olga. "Ampun Tuanku Putera, soal jawab dengan Galileo sudah selesai.... Tapi.... " Olga was-was untuk meneruskan hasil daripada siasatan mereka terhadap lelaki yang bernama Galileo. "Saya sememangnya sudah lama mengikuti bahawa kanda sulung dan kanda kedua berbuat seperti itu" Daniel terus menyambung lalu tersenyum sinis. Mata Olga semakin membeliak besar mendengar ayat-ayat yang keluar daripada bibir tuannya. "Tapi... Kita masih lagi menyiasat kebenaran tersebut Tuanku Putera sebab ini melibatkan sempadan Empayar Vampire dengan Kerajaan Wolf. Sekiranya benar seperti yang Tuanku Putera andaikan kenapa Tuanku Putera Richard berbuat sedemikian" Olga bertanya. " "Apabila kuasa, takhta dan kekayaan membutakan hati, keluarga hanyalah halangan di depan mata sahaja. Kamu semestinya sudah maklum akan situasi dan keluarga kerajaan ". Daniel menerangkan kepada Olga kerana dia mengerti Olga tidak memahami keadaan yang berlaku. Tetapi tidak bagi Daniel. Pembunuhan dan perebutan kuasa adalah lumrah dalam keluarga Kerajaan. "Tuanku Putera, mereka juga terlibat dalam cubaan menyeludup masuk ke dalam wilayah Kerajaan Wolf. Ini pasti al menjejaskan rundingan antara Wolf dan Vampire di Persidangan Wolf dan Vampire. Patik amat
yakin bahawa mereka melakukan hal itu untuk menghentikan rundingan tersebut." " Kanda berdua ingin meluaskan kuasa dan pengaruh mereka." Daniel menyambung sambil berpusing kearah Olga. "Dan itu adalah permulaan sahaja". Putera Bongsu terus bersuara.
Firasat Daniel mengatakan perkara pasti akan berlanjutan namun dia pasti rundingan itu hanya permulaan bagi malapetaka yang lebih dahsyat. ' Perkara ini menjadi semakin menarik.... Sejauh mana hal ini akan berlanjutan' Daniel berfikir sambil tersenyum sinis mengenangkan perbuatan kekandanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience