Arisa Ariz

Fantasy Series 349

Pedang yang dipegang oleh wanita ini seolah-olah menari-nari di tangannya. Setiap langkah yang diatur menunjukkan dia sangat tangkas dan pada masa yang sama berhati-hati seolah dia berada diedan perang. Raut wajahnya tampak serius dan dingin walaupun dia adalah jelitawan. Aura dingin yang ditunjukkannya mampu memberi rasa takut dan gementar sehingga ke sum-sum tulang musuh. Dia masih terus menghayun pedang ke udara dan bergerak di setiap sudut medan latihan dengan begitu khusyuk sekali.
"Arisa" suatu suara menyapa sehingga dia berhenti. Dia lalu berpaling dan menundukkan kepalanya. "Tuanku" Arisa menyapa sambil memberi hormat kepada suara yang menyapanya. Di hadapan Arisa berdiri figura yang begitu anggun dengan gaun putih labuh serta dibaluti bulu di bahagian bahunya serta mahkota putih berlian yang menghiasi rambut adalah suatu yang menandakan bahawa dia adalah seorang yang berkuasa. Ratu Nala berjalan ke arah Arisa dengan langkah yang anggun namun tegap menunjukkan bahawa dia adalah pemerintah yang dominan dan kuat. "
"Arisa, apa khabar?" Ratu Nala bertanyakan khabar salah seorang general utamanya. "Tuanku, saya baik-baik sahaja" Arisa membalas dengan penuh hormat. "Kamu harus berehat setelah kembali dari memantau garisan depan Kota Arus Dalam bukannya terus berlatih" Ratu Nala berkata sambil mengeluh. "Tuanku, seperti yang Tuanku maklum garisan depan Kita Arus Dalam sentiasa diancam dengan percubaan musuh bukan hanya untuk menakluki namun menyeludup masuk ke dalam kota untuk melakukan kegiatan yang tidak sepatutnya" Arisa menyahut keluhan Ratu Nala. Belum sempat Ratu Nala menjawab, Arisa meneruskan lagi "Tuanku, kejadian seperti inilah yang harus kita hindari supaya puak dapat hidup aman dan damai di masa depan." Dia menyambung lagi "Inilah adalah tugas dan tanggungjawab yang diberi dan semestinya wajib untuk general seperti saya terus berlatih untuk memperkasakan lagi ketahanan mental dan fizikal saya. Ratu Nala menggeleng kepalanya lalu menyatakan "Namun demikian, kamu seharusnya berehat setelah penat mengawal garisan depan."
"Jalankan perintah seorang Ratu seperti seorang General, Arisa. Kamu harus berehat sekarang serta merit supaya tenaga Wolf kamu pulih. Makanlah sepuas-puasnya. Ini perintah dari Ratu Kerajaan Wolf." Suara Ratu Nala tegas menyatakan perintahnya. "Tiara! Nasya!" Kedua-dua figura yang telah lama memerhatikan Ratu dan General memunculkan diri apabila Ratu bertitah. "Bawa General Wolf Putih berehat dan pastikan dia makan. Halang dia daripada berlatih untuk satu bulan ini. Ini adalah perintah dan perintah ini adalah muktamad" Sang Ratu menuturkan titahnya dengan tegas kepada kedua-dua wanita tersebut.
"Baik Tuanku" Tiara dan Nasya menyahut sambil menunduk hormat kepada Ratu mereka yang berlalu pergi meninggalkan mereka bertiga.
Tiara dan Nasya tahu bahawa Arisa hanya akan mematuhi perintah yang dititahkan Ratu sebentar tadi. Mereka berdua amat mengetahui akan sifat Arisa. Arisa tidak hanya dingin dan tegas, malah dia seorang tenang serta tidak mudah dimanipulasikan. Namun demikian, Arisa amat menghormati Ratu Nala bukan kerana Ratu seorang baik hati serta bijaksana. Tetapi kerana Ratu Nala adalah penyelamat Arisa. Oleh demikian, Arisa dan Ratu Nala rapat. Kerana itulah mereka berdua yakin Arisa mematuhi perintah Ratu Nala.

Arisa terus menyarung pedangnya. "Tiara... Nasya... Jom makan, saya lapar." Arisa memanggil kedua-dua orang kanannya sambil berlalu pergi dari Medan Pahlawan. Tiara dan Nasya terus membuntuti Arisa dari belakang sambil tersenyum. Ternyata berkesan titah Ratu. Mereka bertiga terus masuk ke ruang makan di Istana Taring Putih yang dikhaskan untuk para pahlawan Wolf. Arisa, Tiara dan Nasya terus menjamah makanan sebaik sahaja duduk.
Arisa makan namun demikian dia masih memikirkan strategi perang di fikiran. Itulah dia Arisa. Mungkin sebagai seorang pahlawan bahkan General menjadikan dia sentiasa untuk melakukan yang terbaik serta mungkin ini sudah menjadikan tabiat baginya setelah sekian lama terlibat dalam mengawal sempadan hadapan serta berperang untuk memastikan keamanan Kerajaan Wolf dan wilayahnya terjamin.
"Masih ada peluang untuk aku hidup seperti orang biasa." Tiba-tiba terdetak di fikirannya permintaan seperti itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience