Rate

Bab 3

Fantasy Series 3356

"Mati keringlah aku kalau macam ni. Haih! Ni salah kau wahai tekakku sayang. Kenapa kau buat aku macam ni. Kenapa pula kau nak aku buat benda ni waktu ni?! Kenapa pula pada tengah hari yang terik ni juga kau nak minum benda fresh.Kalau yang lain aku mungkin boleh tunaikan, tapi kau nak juga yang kat atas tu?!" bebelan seorang gadis muda sayup-sayup kedengaran di udara.

Waktu tu dia terpacak berdiri di bawah sebatang pokok kelapa muda. Sebatang kelapa yang tingginya tak la dikatakan tinggi sangat. Si gadis ni bukan tak nak naik untuk panjat kelapa tu.. cuma sekarang ni, keadaan fizikalnya menghalang dia untuk lakukan itu. Boleh pula pagi tu dia mengenakan skirt labuh!

"Macam mana aku nak panjat pokok kalau aku pakai benda alah ni? Ayoyo la mak." tapak tangannya menepuk kuat dahinya sehingga mendengarkan bunyi tepukan yang kuat dari tepukan tersebut.

"Argh! Tak kesahlah. Lagipun bukan orang lain tak pernah buat. Bukan buat mati pun panjat pokok dengan skirt." gadis tu tak bermain dengan kata-katanya apabila dia bersiap siaga untuk memanjat pokok tersebut bersungguh.

"Hentam je la kau! "

Begitu lincah langkah yang dia lakukan,m malah dia hanya perlukan waktu yang singkat untuk dia sampai di puncak pokok tersebut untuk mendapatkan buah kelapa muda yang boleh menghilangkan dahaga seseorang yang begitu kehausan seperti gadis tu!

Satu. Buk!

Dua. Buk!

Tiga. Buk!

"Mana lagi aku nak ambik ni eh? " gumamnya sendirian, tapi tak lama selepas tu...

"Asya! "

"Asya! "

Kedengaran sayup-sayup namanya dipanggil. Tapi sayangnya gadis tu tak boleh mendengarnya.

"Ya Allah! Asya! Apa yang kamu buat tu?! " jerit seseorang wanita yang tampak berusia dalam 40-an yang sedang berlari anak ke batang pokok di mana Asya sedang panjat.

Hampir terjojol mata wanita tu melihat aksi yang anak gadisnya lakukan. Ya, dia adalah mak kepada gais yang bernama Asya tu.

"Turun Asya! Kamu nak buat mak pengsan kat sini ke apa hah?! " jeritannya kali itu selamat sampai di pendengaran anak gadisnya yang berada di atas pokok tersebut.

'Mak?! Aduh.. ' hatinya mula gelisah setelah mendengar suara mak kesayangannya tu.

"Ala mak! Jap lagi la Asya turun. Nak ambik beberapa biji lagi ni. Nak ambikkan sekali untuk mak dan adik ni! " kelentongnya.

"Apalagi yang kamu nak ambik tu?! Kan bawah ni dah berlambak buahnya. Dah! Dah turun! "

'Tak makan pula rayuan aku, mak aku ni! '

"Ala mak.. mana cukup tu. Baru beberapa biji! Kejap lagi la mak! Apa kata mak turut tengokkan mana buah dia yang muda?! Nanti bolehkan minum banyak air dia! " dia masih berharap yang maknya akan termakan kata-katanya. Dia sebenarnya tengah mengelak untuk turun ke bawah apalagi bila mak kesayangannya tu tengah menjenguk dia dari bawah. Nampak seperti seekor singa menungggu makanannya terbang ke arah sebelum dibaham!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience