Rate

Bab 2

Fantasy Series 3356

"Along! "

Kepala budak tu semakin tunduk. Tak lama selepas tu, badannya dirangkul mesra. Dan suara orang ketawa kecil turut kedengaran di cuping telinganya.

"Tahu pun takut. Lain kali jangan buat lagi tahu.' pujuk Luth sambil mengelus lembut rambut budak tu.

"Pak ngah.. "Sendu saja suara Farish. Wajahnya didongakkan memandang wajah pak ngahnya.

"Eh eleh.. Acah sikit dah nangis dah? Eee.. Cengeng la anak saudara pak ngah ni. "Ketawanya meletus.

"Ngah. Hish! Suka sangat mainkan budak tu. Kamu ni ikut perangai siapa hah? "Geram pula wanita tu dengan perangai anaknya yang seorang tu. Kalau tak mengacau orang tak sah!

Luth yang mendengar tersenyum sengih. " Ala.. kalau tak ikut perangai mak, tu bukan namanya mana tumpahnya kuah kalau bukan acuannya." balasnya diikuti dengan gelak besar.

"Eh eh.. mak juga yang terkena. Ni ada juga yang aku sumbat dalam periuk nanti,ganti ayam kampung malam ni." gerutu Puan Sara.

"Hish,bahaya betul mak ni. Kalau macam tu,baik Luth pecut lari." provoknya.
          
"Eh nak pergi mana tu? Terlepas pula ayam tua bangka aku ni."

Luth ketawa berdekah-dekah memenuhi ruang rumah tu.

Vroom!

Tumpuannya diberi sepenuh ke jalan raya. Jika ada kereta di hadapan, terus meter lajunya meningkat dan memotong kereta tersebut.

Shrit!

Selamat dah kereta diparking. Cermin mata yang terlorot di hidungnya dikemaskan. Wajahnya diseriuskan.

Tangannya menolak pintu utama bangunan tu. Setiap pekerja yang lalu lintas, mengucapkan selamat pagi.

"Pagi. "Tu la balasnya. Kakinya dituju ke lif sambil memandang jam tangannya. Dia tak memandang wajah para pekerjanya. Dia bukan seorang yang sombong tapi dia ada etika waktu bekerja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience