Rate

(2)

Fanfiction - KPOP Completed 2181

"Hara..." Hara mengangkat kepalanya. Dia yang sedang menyiapkan kerja diberikan oleh cikgu tergendala. Kedatangan seorang gadis tinggi lampai mengalihkan perhatiannya.

"ya..."

"Nama aku Kwon Nancy. Kau boleh panggil aku Nancy..."

Gadis itu tersenyum manis kepada Hara.

"Ne, saya Kim Hara... selama berkenalan"

"emm... Hara, boleh aku tanya kau satu soalan?"

Hara menganggukan kepalanya. Wajah putih bersih milik Nancy dipandang dengan pelbagai soalan.

"kau... ada apa-apa ke dengan Bts"

"bts?" Hara mengerutkan keningnya. Nama itu, seperti pernah dia dengar dulu... Kalau tidak kerana hilang ingatan sudah tentu segalanya sekarang akan berubah.

"Kau tak tahu ke?"Nancy menbeliakkan matanya.

"aniya, sya macam pernah dengar tapi saya tak ingat. Boleh awak bagitahu saya siapa bts?"

"hmm... jadi kau memang betul-betul tak tahu lah ni?" Soal Nancy lagi. Nafas dihembus perlahan, kedatangan dia ke sini adalah untuk bertanya perihal hubungan Hara dan bts tapi sekarang dia pula yang di tanya.

"tak... saya tak tahu langsung"

"Macam ni lah Hara, Bts adalah salah satu geng paling berkuasa dalam sekolah. Sesiapa yang cari pasal dengan mereka akan kena balasannya. Tapi aku pelik... "

"pelik?"

"betullah pelik. Jin, Namjoon, Hoseok tu buat tak tahu je bila kau masuk kelas. Biasanya budak baru macam kau ni, adalah mangsa untuk membuat kerja."

Hara membeliakan matanya. Bibir di gigit perlahan, Tak sangka tiga lelaki itu gangster. Tapi apa masalah mereka dengannya? Apa maksud lelaki tadi?

"emm....Nancy... boleh saya tanya satu soalan?"

"Ne?"

"Mereka biasanya kalau keluar kelas, pergi mana?"

"roostop,kenapa?" Hara tersenyum. Kepalanya mengeleng perlahan.

Setelah Kwon Nancy berlalu meninggalkannya, Hara tunduk merenung buku nota kosong miliknya. Pelik.

Bts? Seperti pernah dia dengar sebaris perkataan itu, namun langsung tiada terlintas di kotak memorynya.

"Kim Hara!" kepala terangkat. Serabut wajah begis itu di pandang kosong.

"kenal aku lagi?" kepalanya mengeleng perlahan. Lelaki itu di perhatikan dengan penuh tanda tanya. Terlintas sesuatu di kotak memorynya.

Arnab?

Dahinya berkerut seribu. Entah apa kaitan lelaki ini dengan arnab.

"betul kau tak kenal aku?" buat kali kedua dia mengeleng lagi.

"Kenapa?"

Lelaki itu tersengih.

"nama aku Jeon Jungkook."

Dang!!!

Terasa seakan sesuatu melanggar kotak memorynya. Denyutan yang maha hebat datang lagi tanpa di undang.

Kepalanya menunduk.

"sakit..." giginya berlagak sesama sendiri. Hampir mengalir air matanya menahan rasa itu.

"kau kenapa?" nada itu kedengaran hairan menyoalnya.

"sakit..." gumannya lagi. Kepalanya dihantuk kuat pada meja plastik itu. Tiada apa lagi yang dia mahukan sekarang melainkan rasa sakit itu menghilang.

Jungkook terkaku. Memerhati gadis itu tunduk menekup di meja buat dia hairan. Tidak pasti ini hanya lakonan atau yang sebenar-benarnya.

"hara!!!" seorang lelaki meluru ke arah mereka. Lalu bag galas Kim Hara di buka pantas oleh lelaki itu, debotol ubat dikeluarkan.

"nah makan Hara. Makan." dua pil ubat di masukkan ke dalam mulut gadis itu, air di minum perlahan.

Lelaki itu menarik nafas lega. Ubat milik Kim Hara di simpan semula.

"hara kan aku dah cakap! Kalau sakit jerit nama aku. Kau ni selalu buat aku risau!"

Kim Hara tersenyum nipis.

"gomawo Hyukjin."

Berkerut dahi lelaki bergelar Hyukjin itu.

"nak balik?"

"Hara mengeleng perlahan. Selagi dia mampu bertahan dia akan bertahan, cukuplah 2 tahun berkurung di dalam rumah. Dia sudah tidak sanggup lagi.

" aku oaky."

Jungkook terdiam. Dari awal agenda itu diperhatikan olehnya sedari tadi.

Nampaknya Kim Hara memang tidak berlakon. Sedikit sebanyak dia tertanya-tanya apa sebenarnya terjadi kepada gadis ini.

Wajah pucat itu di tenung lama. Namun perhatian nya beralih pula ke arah lelaki di sebelah gadis itu. Serasa dirinya pernah mendengar sebaris nama itu.

Namun semuanya samar-samar. Tidak dapat di kenal pasti dengan jelas siapa gerangannya.

"Kim Hyukjin. Kau kenal aku?" kepalanya mendongak. Jelah lelaki bernama Kim Hyukjin itu mengenali dirinya.

Lelaki itu terkaku.

"jelas sangat kau kenal aku Hyukjin. Siapa kau pada Kim Hara? " Jungkook tersenyum sinis.

"dia sepupu aku." tegas lelaki bernama Kim Hyukjin itu bersuara. Matanya taja memandang ke arah Jeon Jungkook.

"sepupu? Kau pembunuh..." Jungkook berjeda, pandangan beralih ke arah seraup wajah polos itu.

"sudah 2 tahun berlalu Jeon Jungkook! Kau tak tahu cerita sebenar!!!" nada itu meninggi.

Suasana kelas tiba-tiba sahaja menjadi dingin. Semua pelajar terdiam memerhati agenda yang berlaku di antara kedua manusia itu.

Bang!!!

Jungkook bangkit berdiri. Meja plastik itu di tampar kasar. Matanya tajam merenung Iris coklat kehitaman milik Kim Hyukjin.

"APA YANG AKU TAK?! BAGITAHU AKU SEKARANG!!!"

Hara terkaku. Kerana dirinya kedua manusia itu sanggup bergaduh. Apa sebenarnya yang terjadi? Kenapa dia tak ingat semuanya?

"KAU BODOH PERCAYAKAN SESUATU. SEDANGKAN KAU SEMUA TAK ADA BUKTI YANG KIKUH!!!"

Nada suara itu semakin meninggi. Kim Hyukjin memandang tajam seraup wajah yang pernah menjadi teman rapatnya dahulu urat di lehernya mula timbul.

Telinganya mula memerah. Menandakan amarahnya sudah sampai ke tahap seterusnya.

"CAKAP BUKTI APA YANG AKU TAK ADA! AKU SENDIRI NAMPAK APA YANG TERJADI!"

Hara bangkit. Terasa tidak betah lagi untuk duduk berdiam diri, semakin lama semakin berat masalah kedua manusia ini.

"sudah. Jangan bergaduh!" tutur nya perlahan.

Kedua manusia serentak berpaling ke arah Kim Hara.

"Hyuk. Aku nak balik..." Kim Hyukjin menghembus nafas kasar.

"Aku warning kau Jeon Jungkook. Jangan melebih sebab kau tak tahu apa-apa." tuturnya tegas. Terus tangan Kim Hara di tarik berlalu keluar dari kelas mereka.

Jungkook mengepal penumbuknya. Matanya mula memerah. Mengingat kejadian 2 tahun yang lalu buat hatinya semakin membara.

Tambah lagi apabila terpaksa menerima tuduhan tidak perasa dari lelaki itu.

"KAU SEMUA TENGOK APA!!! TAK RETI BUAT KERJA KE MACAM MANA?!"

Tergesa-gesa para pelajar menyambung semula tugasan yang tergendala tadi. Amarah seorang Jeon Jungkook jangan di buat main. Silap hari bulan satu kelas boleh jadi punah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience