Rate

(1)

Fanfiction - KPOP Completed 2181

Kini di dalam sebuah kelas tingkatan 5 di bangtan high school kedengaran riuh-rendah suara pelajar-pelajar sedang berbual. Di tambah lagi dengan berita tergempar kemasukkan seorang pelajar perempuan ke sekolah itu.

"Jin hyung, betul ke kook dengar ada seorang yeoja yang akan masuk ke kelas hyung nanti" soal salah seorang pelajar di dalam kelas itu.

"entahlah Kook. Hyung pun ada dengar juga pasal tu. Kita tengoklah nanti"

"weii, Cikgu Baekhyun dah datang!!"

Kim Seok Jin ataupun lebih dikenali sebagai Jin memandang ke luar .

"Kuat betul suara Seungkwan..."omel Jeon Jungkook sambil matanya memandang ke arah luar kelas.

"ala... diva Boo tu memang macam itu. Dah jom kita balik kelas, nanti kena tangkap ponteng kelas pula. Aku taknak masuk penjara tu lagi"

Jungkook memandang ke arah dua namja di hadapannya.

"okay lah. Hyung Kook masuk kelas, nanti rehat jumpa di kantin."

Jin mengganggukan kepala perlahan. Setelah tiga namja itu berlalu pergi, Jin menoleh ke sebelahnya.

"Hoi, Suga bangun. Cikgu dah datang weii." Jin menggoyangkan badan namja yang di panggil Suga itu.

"emm... "Suga menepis kasar tangan Seokjin apabila tidurnya di nganggu.

"Joon kau kejutlah si gula ni. susah betul nak bangun. Masuk dalam penjara tu seronok agaknya aku rasa, tu pasal dia tak nak bangun"

Namjoon menggilingkan kepalanya perlahan. Dah namanya Kim Seok Jin, mereka memang tidak akan lari dari bebelannya setiap aku. kadang-kadang nak sahaja rasa sumbat mulut Jin dengan makanan bagi diam, tapi apakan daya mereka pun tak cukup makan ini kan pula nak sumpat mulut Jin.

"Suga... "

Belum sempat Namjoon ingin kejutkan Suga dari tidur, Kelihatan cikgu Baekhyun masuk ke dalam kelas bersama seorang pelajar perempuan.

"Okay, untuk makluman semua kita ada pelajar baru hari. Hara sila perkenalkan diri awak kepada semua"

Namjoon, Jin, dan pelajar lain memandang ke arah Hara di hadapan.

Jin mengerutkan dahinya. wajah yeoja di hadapan seolah-olah pernah di lihat olehnya tapi dia lupa di mana.

"Annyeonghaseyo semua, choneun Kim Hara imnida. Saya daripada seoul high school, saya berpindah ke sini kerana oppa saya berpindah tempat kerja. Saya harap awak semua dapat memberi tunjuk ajar kepada saya."

SeokJin dan Namjoon berpandangan sesama sendiri.

"Jin ,aku rasa dia..."

Jin memandang ke arah salah seorang chingunya, iaitu Jung Hoseok dikenali dengan sikap yang peramah tapi tegas apabila melibatkan orang sekelilingnya.

"Okay Hara awak boleh pilih tempat awak"

Kim Hara berlalu ke arah tempat kosong di belakang Suga dan Hoseok. Jin dan Namjoon menelang air liur. Matilah mereka kalau Suga tahu berita ni, yang pasti jangan bangunkan Suga sekarang.

Setelah Cikgu Baekhyun berlalu keluar Jin dan Namjoon berpaling ke arah Kim Hara. Wajah yeoja itu di pandang tajam.

Kim Hara yang sedang menunduk mengangkat kepalanya apabila terasa diperhatikan. Pandangan tajam dari dua namja di hadapannya membuatkan dia tertunduk kembali.

"apa motif kau datang ke sini?"Soal SeokJin perlahan tapi tegas.

"motif? Saya berpindah kerana oppa saya. Kenapa awak semua pandang saya macam tu? saya ada buat salah ke?" soal Hara dengan wajah polosnya. Entah kenapa, dia merasakan bahawa seperti pernah di lihat.

"kau lupa ke? atau pura-pura tak ingat?"Soal Namjoon pula dengan senyuman sinis.

"lupa? saya pernah kenal awak ke ,sebelum ni?" Soal Hara kembali.

"cukuplah belakon! Kau sepatutnya mati tahu tak!" Hara memandang ke arah SeokJin yang tiba-tiba sahaja meninggikan suara.

"Dah jom kita keluar, Hoseok kejut Suga. Kita pergi tempat biasa!" Arah Jin. Wajah yang memerah menbuatkan aurat semula jadinya menbuak-buak keluar.

Hoseok menganggukan kepalanya. Tubuh badan Suga digerakan perlahan. Kelihatan Suga mula mencelikkan matanya, dia memandang ke arah Hoseok dengan kening terangkat.

"tempat biasa..." Suga menganggukan kepalanya kemudian berlalu keluar dari kelas tersebut bersahaja. Manakala Jin, Hoseok dan Namjoon mengikutnya dari belakang.

Setelah empat Namja itu keluar dari kelas. Hara dengan wajah kelirunya memandang ke arah satu isi kelas. Dia keliru, apa salahnya sehingga mereka berkata bergitu?. Kepala mula terasa apabila terlalu banyak berfikir, kesan kemalangan dua tahun yang lalu masih terasa hingga kini.

************-************************************

MAAF INI PERTAMA KALI SAYA MENAIP CERITA DALAM NOVEL PLUS. RASANYA SANGAT BERBEZA BERBANDING DI DALAM . MAAF JIKA BANYAK KESALAHAN DI DALAM CHAPTER NI.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience