Rate

Bab 1 : Mimpi

Romance Series 1187

"Aiman. Saya...", kata seorang perempuan misteri sebelum aku sempat cam siapakah dia lalu terjaga dari tidur.

Mimpi ini kerap berlaku kebelakangan ini dan kata-kata wanita yang bersuara lembut itu sering terngiang-ngiang di mindaku. Tetapi, dalam sudut minda aku yang paling dalam, aku seperti mengenali wanita itu. Cuma tidak pasti siapakah dia.

Dalam aku memikirkan tentang itu seorang diri, mata ku terpandang jam berdetik di dinding dan baru tersedar bahawa aku terlambat untuk ke interview kerja yang keberapa kalinya walaupun aku sudah berumur 20-an masih tidak mempunyai pekerjaan.

Tiap langkah, tiap itu juga mimpi itu bermain-main di minda aku. "Ahhh. Lupakan saja lah. Mimpi hanya mainan tidur. Lebih baik fokus untuk interview lepas ni", berkata aku seorang diri untuk menyedapkan hati yang berbolak-balik.

Semasa ditemu duga, soalan demi soalan diberikan tetapi dapat dibalas dengan baik olehku. Sehingga sampai ke satu soalan, "kenapa awak hanya bekerja selama 3 bulan untuk pekerjaan sebelum ini?". Aku terkedu sebentar. Demi menutup ekspresi muka aku itu, aku senyum dan menjawab pendek, "sebab ada hal yang tak dapat dielakkan". Walau bukan sebab yang sebenar.

Selesai sahaja sesi temuduga, aku menarik nafas lega. Tetapi, dalam masa yang sama ingatan mimpi itu datang kembali memberikan tanda tanya pada aku.

"Siapa sebenarnya perempuan tu?" , bisik aku dalam hati

Saat aku mengelamun seorang diri, aku tersentak oleh kerana telefon bimbit ku berbunyi dan tertera nama 'Zai' yang merupakan kawan karib aku. Dengan spontan, butang terima aku menekan. Maka terkeluar lah suara kawan aku yang masuk air tu.

"Weh. kau baru habis interview kerja kan? Jadi macam mana? Ada okey?" , bertanya dia dengan nada bergurau. Tersenyum aku kerana lagat bersahaja dia itu. "Okey je. Tapi yang interview aku tu muka garang je. Risau aku kalau salah jawab" jawab aku sambil tergelak halus. "Hahaha. Gaduh dengan bini lah kot. Jom lah lepak. Alang-alang tu boleh sembang lagi pasal ni" balas dia sambil membuat andaian sendiri. Tergelak aku semasa dia buat andaian gaduh dengan bini tu. Sudah terbiasa aku dengan lawak jenaka dia kerana sudah mengenali dia sejak zaman sekolah lagi. "Okey jom. Lepak dekat tempat biasa" , balas aku.

Dengan menarik nafas panjang, aku menghilangkan semua tanda tanya aku. Ketika itu juga aku melangkah ke tempat yang dijanjikan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience