Rate

Bab 2 : Wanita Misteri

Romance Series 1187

Aku menunggu Zai di tempat biasa sambil minum air teh ais yang baru sampai sebentar tadi. Sekali sekala juga mata aku liar melihat jam di jam tangan untuk mengetahui berapa lambat Zai tu mahu sampai. "Mana lah Zai ni. Dah sejam dah aku tunggu tak sampai-sampai. Takkan jem kot. Dia naik motor, rumah pun dekat" , mengeluh aku dalam hati.

Sambil keluhan aku itu, baru tubuh Zai itu aku nampak sambil bersahaja. Sesudah dia sampai di hadapan aku, baru aku menegur dia. "Aih. Lambat nya lah sampai. Air aku ni kalau boleh nak jadi tawar macam air masak dah sebab tunggu kau sampai". Tergelak kecil Zai. "Sorry lah. Tadi ada awek kat depan tu tanya aku jalan ke satu tempat. Aku pergi tolong dia dulu tadi", balas Zai sambil tersengih. "Hahaha. Kau memang. Pantang nampak awek mesti nak ngorat", balas aku lagi. Tapi, bagi aku.. Aku lebih tertarik 'awek' dalam mimpi aku itu.

Dalam sembang aku dengan Zai, secara spontan mata aku tertangkap pada seorang wanita berpakaian baju kurung moden sambil berkata dengan seseorang melalui telefon yang secara kebetulan melalui kawasan itu. Dalam Zai sedang asyik sembang dengan aku, tanpa aku sedar aku bangun menuju ke wanita itu. "Woi Aiman. Mana kau nak pergi tu??", jerit Zai terkejut melihat situasi itu.

Dan tanpa aku sedari, mulut aku dengan tiba-tiba memanggil wanita itu. "Awak", kata aku. Wanita itu berhentikan seketika bualan telefon dia lalu memandang ke belakang dan matanya memandang aku. Aku tergamam. Rasa sebak tiba-tiba muncul dalam hati aku. Tidak semena-mena air mata aku keluar tanpa aku tahu mengapa. "Awak okey?" , tanya dia. Lepas aku tersentak sedar, dengan cepat aku mengesat air mata aku. "Saya okey. Sorry. Saya salah orang", balas aku. Aku lihat muka dia pelik memandang aku dan dia terus berjalan sambil meneruskan bualan telefon dia itu. Terus aku pulang ke tempat aku dengan Zai lepak sebentar tadi dengan penuh tanda tanya.

Kenapa aku pergi kat perempuan tu? Kenapa aku menangis tiba-tiba ni? Berbagai soalan belenggu aku masa itu. Zai pun tak dapat nak bertanya soalan kepada aku. Aku tahu dia pun pelik mengapa aku buat begitu secara tiba-tiba. Mungkin dia tidak mahu beban kan aku lagi dengan soalan. Dia memang kawan yang memahami aku.

Perjumpaan 'lepak' tu pun akhir dengan lebih awal. Kerana kejadian sebentar tadi. Sampai saja aku di rumah, aku baring ke sofa sambil menarik nafas panjang. Pening aku. "Main games je lah. Dapat jugak tenangkan diri", berkata aku seorang diri. Dan membuka pc aku, lalu menekan game Dota 2 yang ada dalam pc aku itu.

Malam itu, aku bermimpi hal yang sama. Mimpi seorang wanita yang ingin mengatakan sesuatu. "Aiman, saya..." dan ayat itu masih tidak dapat aku tangkap dengan penuh. Dan wanita itu makin lama makin jauh sehingga aku tidak dapat capai lagi.

Terus aku terbangun. Termengah-mengah aku menangkap nafas. Akhir itu, baru aku tarik nafas panjang sebelum menghembus.

"Siapa perempuan tu", tanya aku dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience