Rate

Bab 2

Romance Series 8656

Sarah hanya banyak membisukan diri sepanjang sesi fitting baju perkahwinannya. 'Errr, kahwin? Serius lah? Hish, apa yang aku nak buat sekarang ni? Mamat ni memang sengaja buat aku macam ni! Apa motif dia? Ni mesti ada banyak perkara aku tak tahu ni.', monolog Sarah sendirian. Geramnya masih belum susut lagi terhadap lelaki yang kononnya bakal menjadi suaminya itu.
"Erm erm. Termenung jauh nampak. Fikirkan apa cik adik oi..", tegur Hariz seraya melabuhkan punggungnya disebelah Sarah.
"Tell me everything."
"About what?"
"Tak payah buat-buat tak tau boleh tak? Hentikan semua lakonan basi awak ni. Apa motif awak buat semua ni? Takkan lah saja-saja kan.", ujar Sarah panjang lebar.
Buat seketika matanya mula terperasan sesuatu. Dia mula meliarkan pandangan ke segenap inci tubuh lelaki itu.
"Wait... Saya macam pernah nampak.. Ohh.. Awak lah lelaki yang macam tugu negara tu kan? You sit next to me.", akhirnya ingatannya kembali jelas. Ya, memang lelaki itulah yang duduk disebelahnya sewaktu di kapal terbang. Berjaket biru, memakai topi yang menutupi hampir sebahagian mukanya. Sepanjang perjalanan, lelaki itu tidak bergerak langsung, tak ubah macam patung. Dia juga tidur sepanjang perjalanan, namun ada juga terjaga untuk menyelesakan diri. Tetapi lelaki pelik itu langsung tak berganjak, hairan juga dia, pakai urat besi ke apa?
"Eleh, cakap orang, awak tu pun sama je kan, tidur je."
"At least saya tak ada niat jahat macam awak. Perangkap saya. Sekarang, saya nak awak explain dari A sampai Z. Saya tak kira!", desak Sarah.
"Okay fine! Saya dah follow awak dari Korea dah hampir dua minggu. Saya nak make sure awak selamat dan dapat balik ke Malaysia. That's it.", terang Hariz.
"No, masih tak lengkap. Macam mana pulak dengan mama dan ayah saya boleh tau awak pergi Korea, sedangkan saya tak tau? And macam mana diaorang boleh jadi terlebih ramah dengan awak?", bertubi-tubi soalan dari Sarah membuatkan ego lelaki Hariz sedikit tercalar.
"Saya dah inform mama dan ayah. Sebelum saya pergi, saya tak benarkan mereka bagitau awak yang saya ada di Korea, seem like it will be a surprise for you, macam tu la. Saya dah lama rapat dengan parents awak Sarah, sejak pertama kali kita kenal lagi, dah lupa ke? Yup, ini semua rancangan saya. Saya dah plan semua ni dari awal. Saya mula hantar pinangan kat rumah awak 2 bulan lepas. At first, memang family awak kurang bersetuju sebab awak takde kat situ masa tu. But, I have to lie and said that awak dah lama setuju nak kahwin dengan saya, dan setuju dengan apa pun rancangan saya kat sini. I asked them not to question you anything sebab tak nak pelajaran awak terganggu, and thats it, they understood us very well. Mereka anggap awak tak tahu apa-apa sampailah awak balik sini dengan anggapan saya dah bagitau segalanya. Okay, any question?", terang Hariz, jelas.
Sarah terpaku di atas sofa yang didudukinya. Dia tidak menyangka yang lelaki itu sanggup merancang semua ini tanpa pengetahuannya. Yang paling penting, lelaki itu juga telah menipu keluarganya bulat-bulat. Saat ini, dia benar-benar berang dengan perbuatan Hariz.
"Awak ingat awak buat semua ni, saya akan terima awak dalam hidup saya ke? Saya mampu buat rancangan awak ni lumpuh, Hariz. Kalau saya buka cerita ni pada mak dan ayah saya pun, diaorang tak akan bantah kalau saya nak batalkan semuanya. You have no right to play a game with my family!"
"You won't dare. Semuanya dah hampir siap. Masa 2 bulan dah cukup lama untuk saya siapkan semuanya. Awak berani ke nak hancurkan harapan family awak? Malukan family awak? Untuk pengetahuan awak, hujung minggu ni, kita akan sah jadi suami isteri. Fullstop.",dengan tenang kata-kata itu ditutur keluar dari bibir Hariz.
Sarah mula kehilangan kata. Dia tak mampu melihat kehampaan ahli keluarganya terutama mama dan ayah. Serius, dia buntu mencari jalan.
"Awak ingat, dengan duit awak boleh beli segalanya? Fine, saya ikut rancangan gila awak ni. Tapi ingat, hati dan perasaan saya dah lama tertutup untuk lelaki macam awak. You do have me as a wife, but only on title, secara hakikatnya, awak hanya mampu hidup dengan bayangan saya."
"And I sure that one fine day, benci awak tu akan berubah menjadi sayang. Awak akan jadi wife saya zahir batin, dunia akhirat. I'm damn sure. I will make it true. You can mark my words, sweetheart." , balas Hariz.
Sarah mendengus rimas. Rimas dengan kepura-puraan lelaki itu.
"Encik Hariz, Cik Sarah, baju fitting okay?", soal pengurus baju pengantin.
"Ohh.. Emm, saya punya okay, my future wife belum try lagi, sayang, can you go fitting your dress? Ke nak Abang tolong fittingkan?", ujar Hariz lembut.
Sarah menjengilkan matanya. Wanita yang menguruskan baju pengantin mereka pula hanya tersenyum melihat gelagat 'pasangan bahagia' itu.
"You always look pretty no matter what kind of cloth that you wear", puji Hariz apabila dia keluar dari bilik salinan pakaian dengan memakai sepasang baju pengantin berwarna pitch.
"Oh ya? Kalau pakai maskot Shrek pun cantik juga ya? Kalau macam tu, kahwin nanti pakai maskot Shrek je la.", ujar Sarah separuh memerli.
"Boleh sayang...", balas Hariz.
'Eeeee sabar je la aku dengan mamat talam ni' dengus Sarah dalam diam.

Sejak pulang, Sarah hanya munculkan dirinya sekali sahaja, itupun semasa makan tengahari. Selepas itu, kelibatnya langsung tak terlihat. Terasa hati juga dia tiada siapa yang datang mencarinya di bilik. Akhirnya dia memasang mimpi di dalam bilik sehingga jam menginjak angka 6 petang.
"Anak mama dah cukup rehat?",tanya Hajah Zuraidah apabila kelibat anak perempuannya terlihat keluar dari pintu bilik.
"Terlebih cukup dah ma.. Emm, takde orang pun cari Adik, bosan bosan, Adik tidurlah. Mama pun tak cari Adik.", rengek Sarah dengan muka cemberutnya.
"Aih.. Tengoklah perangai anak mama sorang ni, manja tak habis-habis. Dah nak jadi isteri orang dah pun. Mama bukannya tak nak cari Adik, sembang dengan Adik, tapi Adik kan baru balik, mesti penat, dengan apa tu, jek lek? Entah apa tu, ha.. mama tak nak lah kacau. Bagi Adik rehat je dulu. Tak lama lagi pulak, majlis Adik, tambah penatlah anak mama ni nanti.", jelas Hajah Zuraidah.
Sarah menghamburkan tawanya. Segenap ruang dapur itu dipenuhi oleh gelak tawanya.
"Mama ni.. Bukan jek lek lah.. Jet lag.. Tak adalah.. Adik bukannya penat sangat pun.. Alah.. Pasal majlis tu, bukannya mengundang penat sangat pun. Semua Hariz dah uruskan kan.."
"Yelah.. Memanglah Hariz dah urus semua. Tapi, sebagai bakal isteri dia, Adik kena lah curah keringat sama. Nanti lepas kahwin, hidup sama-sama, dari sekarang lah kena belajar urus perkara besar sama-sama. Nak mengharapkan dia seorang urus, terbongkang lah dia alamatnya, tak menang tangan. Masa Sarah kat Korea tu, dia urus semuanya kat sini tau, sampai mama dan ayah pun tak perlu sediakan apa-apa dah. Selesai je semua kat sini, terus dia terbang ke Korea ikut kamu. Kasihan kat dia, Adik.", bebel Hajah Zuraidah kepada anak perempuannya.
"Yelah.. Baiklah ma.. Adik tolong apa yang patut ya.. Emm.. Adik nak mandi dulu lah."
"Haa.. Tengok tu.. Mengelak.."
"Mana ada.. Dah melekit dah badan ni. Adik mandilah.. Nanti busuk-busuk bakal menantu mama tarik balik pinangan pulak..", balas Sarah.
"Yelah dik.. Ada je jawapannya. Dah cepat sikit, dah petang ni, nak maghrib dah pun.", nasihat Hajah Zuraidah sambil tangannya mengacau asam pedas di atas dapur. Sarah hanya mengangguk.
Pintu bilik air ditolak bersama keluhan yang cuba habis dilepaskan. 'Kalaulah dia boleh batalkan perkahwinan ni hanya sebab aku tak mandi, hmm, dah lama aku buat.' , fikir Sarah. Masalahnya, lelaki itu tidak akan berganjak dari keputusannya walau sikit pun. Arghh, kenapa lelaki itu perlu hadir kembali dalam hidupnya? Bukankah sudah terang-terangan dia dihalau keluar dari hidup lelaki itu. 2 tahun dia ditipu hidup-hidup, kini tak mungkin dia akan tertipu lagi dengan sandiwara yang diciptakan lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience