Rate

Bab 1

Romance Series 8656

Bagasi berwarna turquoise dan putih ditolak menggunakan troli. Langkah diatur perlahan menuju ke balai ketibaan dek rasa letih dan lesu tidur selama 5 jam dari mula penerbangan sehingga tiba ke tanah air. Fuhh... Lega dapat puaskan tidur yang sudah beberapa hari tertangguh tidak mengikut waktu.
Semakin hampir Sarah dengan balai ketibaan, semakin jelas terpamer wajah ahli-ahli keluarganya yang sudah lama dirindui. Lambaian tangan mereka membuat Sarah semakin terpanggil untuk memaut tubuh mereka satu demi satu. Insan pertama yang menjadi sasaran Sarah untuk dipeluk adalah mamanya. Sebaik sahaja tubuh mamanya berada dalam dakapan, air mata jernihnya segera turun membasahi pipi. Sungguh dia rindukan mamanya, anak mana yang tidak meraung setelah 4 tahun terpisah dari ibu bapanya. Apabila raya, hanya mampu berbual melalui video call. Mampukah rindu terhapus dengan cara begitu? Tidak mungkin..
"Mama sihat? Adik rindu sangat dengan mama... Adik janji ni kali pertama dan terakhir Adik pergi luar negara.", rengek Sarah sebaik sahaja pelukan mereka terlerai.
"Alololo anak mama ni.. Mama sihat, alhamdulilah... Mama pun rindu sangat kat Adik.. Hmm.. Insaf ke tu? Ha tu la, gatal sangat nak belajar oversea, Korea Korea pun, tak sama kan macam Malaysia?", balas Hajah Zuraidah dibalas pula dengan anggukan anak gadis bongsunya.
"Adik rindu masakan mama... Rindu asam pedas, kari kepala ikan, nasi lemak, ha apa lagi? Hmm.. Semualah!", rengeknya lagi.
"Haiii... Mama je? Ayah tak? Abang dengan kakak tak?", dehem Haji Azhari, sedikit berjauh hati walau dia tahu, anak bongsunya itu memang sejak kecil rapat dengan isterinya.
Tersengih-sengih Sarah memandang anggota keluarganya yang lain. Sibuk mengadu domba pada mama hingga lupa ada family besar. Sarah terus bersalaman dan berpelukan dengan ahli keluarganya. Tiba giliran abang sulongnya, Syahim Azizi, kepalanya diluku.
" Auch, Along ni kenapa?",
"Siapa suruh belajar jauh-jauh tinggal kitaorang? Ada Along suruh? Tak cukup dengan tu, buat surprise pulak dia.", ujar Along.
"Surprise? Surprise apa pulak ni? Adik ada buat apa-apa surprise ke?", tanya Sarah, hairan.
"Eleh.. Buat-buat tak tau pula..", ujar Along lagi sambil mencuit hidung adik bongsunya manja.
"Along ni.. Dah- dah la tu, dah jadi bapak orang pun nak kebudak-budakkan lagi. Cubalah jaga Firdaus tu, dah la Kak Sofea tu mengandung. Ish ish ish..", sela Syafzi Airiz, anak kedua Haji Azhari dan Hajah Zuraidah.
"Along tengah jagalah ni, ni ha, tengah dukung ni, tak nampak ke? Kau tu ha, jaga Syaz tu baik-baik, jangan ada yang bermadu pulak kang, hmm naya je..", balas Along yang sedang mendukung Firdaus yang terlena di bahunya.
"Eeeeee, Along ni kan.. Cakap yang bukan-bukan jelah! Syaf jaga okay, kalau tak, takdelah adik ipar Along ni badan besar mengalahkan Malik Noor.", ujar Syaf selepas tangannya berjaya mencubit tangan Alongnya.
"Apalah Along, Angah ni, macam budak-budak lah.. Bingung Adik tengok, bilalah nak matang, kanak-kanak Ribena betul! Dah ada family dah kot..",sampuk Sarah yang sedari tadi memerhatikan adegan Upin dan Ipin ini. Serentak itu juga, dua sepitan ketam singgah ke lengannya.. Sarah menyeringai kesakitan , manja lalu tersengih.
Namun, sengihan itu mati sejurus melihat sesusuk tubuh yang sudah lama tidak menyapa pandangan disisi mama dan ayahnya. Berkerut seribu keningnya memikirkan apa yang lelaki itu lakukan disini.
"Hariz apa khabar? Dua minggu kamu temankan Sarah disana. Sunyi pula ayah bila kamu tiada. Tiara teman bergurau", ujar Haji Azhari.
"Alhamdulilah ayah.. Hariz sihat. Hariz pun sunyi sebenarnya takde ayah.", ketiga- tiga mereka ketawa seiring.
Bait-bait perbualan mereka didengar jelas oleh Sarah. Rasa ingin tahu mendorong langkahnya ke arah mereka. Namun, tiada lagi perbualan yang dituturkan.
"Eh, marilah kita balik, buat apa kita bertapa lama-lama kat sini", ujar Haji Azhari seraya mengangkat bagasi anak perempuannya walaupun setelah ditegah oleh Sarah.
Sarah berjalan di belakang keluarganya menyaingi langakah Hariz.
"Apa awak buat kat sini? I mean, kenapa awak dari flight? Are you fly to Korea?", soalan itu akhirnya terpacul keluar dari benaknya. Persoalannya perlu dirungkai.
"Assalamualaikum,tak sangka saya jumpa balik bidadari syurga saya.. I miss you.."
"Tak payah pura-pura tak sangka sangat lah. This is your plan isn't it? What a drama queen."
"Dalam Islam, tak jawab salam tu satu dosa tau, saya rasa awak tau semua tu"
Sarah mendengus geram, "Ye waalaikumsalam, now, answer my question.", gesa Sarah.
"Sebab keselamatan bakal isteri saya adalah keutamaan saya. Saya nak pastikan yang awak selamat tiba di Malaysia, and that's why I followed you since at Korea. For your information, it had been two weeks, okay.", ujar Hariz seraya mengenyit matanya. Eee, pleaselah.. Ingat aku cair? Never.
"What? Haha, you must be joking, apa pulak tiba-tiba bakal isteri? Nak jadi kawan awak pun saya tak sudi."
"Yes I know that, but you have to accept it, by hook or by crook, you have no choice, my dear..."
"Kenapa pulak? I am not your humble servant okay.", ujar Sarah, sinis.
"Sebab..."
"Hariz dengan Sarah pergi fitting baju dulu lah, biar Kak Ngah balik dengan mama ayah bawa bagasi kamu ni. Kita jumpa kat rumah ye. Hariz, kereta kamu Abang Ngah park kat belakang tu.", ujar Kak Syaf.
Hariz menunjukkan jari dengan simbol 'okay'. Sarah pula masih termangu-mangu. Apa ni? Fitting baju? Bakal isteri? Apa dah jadi sebenarnya ni?
Genggaman kemas tangan Hariz pada tangannya membuat lamunan Sarah tersentak. Dia hanya membiarkan tangannya didalam genggaman lelaki yang belum halal buatnya itu. Tiba di kereta Audi merah itu, barulah Sarah meleraikan tangannya.
"Sesuka hati awak je kan sentuh saya. Saya bukan patung lah!"
"Dah awak tercegat macam patung, takde bezalah kan.. Saya pegang jela tangan tu, kalau tak, awak boleh jadi patung penyambut tetamu kat situ." , balas Hariz yang sudah masuk kedalam perut kereta.
"Awak nak saya dukung awak pula ke untuk masuk dalam kereta ni?"
" Saya tak nak!", balas Sarah berdegil.
Hariz segera keluar dari tempat pemanduan. Pantas sahaja tubuh kecil Sarah yang sedang berpeluk tubuh itu dicempung mudah dan dimasukkan ke dalam kereta di tempat penumpang hadapan. Sebaik sahaja keduanya masuk ke dalam perut kereta, Hariz menekan laju pedal minyak membuatkan Sarah dengan cemas memasang tali pinggang keledar dengan muka mencukanya.
Hariz tersenyum puas. Kemenangannya hampir dapat dikecapi. Gadis yang dicintainya dari dulu itu akan tetap jadi miliknya, dia tidak peduli!
"Don't worry, my touch means that is mine. So do you, sayang. I really do meant it.", ujar Hariz tenang dalam tegas.
Sarah terkedu, apa yang jadi sebenarnya ni ya Allah... Dia buntu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience