"Jika cinta bertasbih. Nadiku berdenyut-denyut,"
"Kembang kempis dadaku.."
"Merangkai butir cinta."
Entah mengapa. Mulut ini kerap ulang mengulit lirik sama. Bahkan, aku pernah melalui kisah cinta yang tertulis dalam lirik ini.
Yang bertambah pelik, diri ini tak pernah berkenan dengan mana-mana lelaki yang ingin dijadikan sebagai pasangan hidup semati.
Tapi mengapa lagu ini sungguh menghayati jiwa aku?
"Hoi, Reena! Kau dah kenapa termenung jauh, ulang lirik sama je dari tadi?" terkejut mak. Pendatang tak beradab terjah aku secara mengejut.
"Kau kenapa datang tak beri salam? Kau nak aku mati kena serangan jantung ke dalam kelas ni." jelin maut ditala pada jiran meja. Buku nota disusun atas meja, sengaja hempas kuat nak beritahu dia bahawa hati Nuha Sabreena ini sedang berang amarah.
Hana ketawa sinis, mengekek.
"Tak la. Dari tadi aku asyik dengar kau syok nyanyi lagu tu, dengan salah liriknya lagi. Sekali dua tak apalah juga. Ini berkali-kali lubang telinga aku dengar. Cuba la nyanyi lagu sedap sikit macam Melanie Martinez."
Terkedu. Terlampau kuat ke suara aku tadi?
"Hump. Ya ke? Maaf la ye, aku bila dah lalai dengan dunia sendiri. Persekitaran sekeliling aku hiraukan." ketawa kecil terlepas dari mulut Sabreena.
Geleng kepala. Kelakar sungguh engkau ni, Sabreena. Tak pernah bercinta boleh pula nyanyi lagu percintaan.
"Ke sebenarnya..." Hana mendekat bahu dengan Sabreena. Senyum simpul terukir di bibir.
"Kau fall in love dengan mana-mana lelaki?!" Hana teriak kecil. Riak teruja terang lagi bersuluh tertulis di mukanya.
Automatik wajah Sabreena berkerut asam boi. Atas bawah dia jeling Hana.
Cinta.
Sebuah perasaan dan ayat menjijikkan bagi aku.
Kerana cinta, perempuan dan lelaki membodohkan diri mereka.
Kononnya setia. Padahal ada perempuan ataupun lelaki simpanan balik seseorang. Lebih teruk, hubungan intip sesama jantina.
Hana hembus keluh berat, panjang.
"Kau jangan bongkak sangat dengan lelaki. Tiba-tiba muncul seorang dalam hidup kau, baru tau macam mana perasaan kita orang." pesannya.
Humph. Peduli pula aku.
"Aku tak kisah la aku jadi anak dara tua sekalipun. Jangan harap aku akan suka mana-mana lelaki." pedas mulut ini membidas.
"Ek eleh. Cakap je lebih, tunggu la 2 ke 3 tahun lagi. Mesti ada yang suka engkau. Masa tu baru tahu langit tinggi ke rendah. Susah ke tidak nak buat keputusan demi perasaan orang." Hana mengejek Sabreena sambil tolak lembut bahu kanannya.
"Eh you shadap please. Kita masih budak sekolah menengah, tahun ni kita SPM. Sudah-sudah la tu dengan kisah cinta monyet engkau. Engkau apa kurangnya? Sama juga dengan aku, solo forever." Sabreena golek mata. Kibas tudung ke belakang.
Nuha Sabreena. Seorang gadis yang tidak ambil peduli tentang hal cinta. Tidak pernah sama sekali mempunyai hubungan bersama mana-mana lelaki. Malah, dia tidak berminat untuk bercinta semasa bersekolah.
Semua itu hanyalah membazirkan masa dan hidup saja.
×===×===×
Kringg!
Terus 1 kelas bergegas kemas barang barangan mereka. Bergerak ke kantin, aku renggang badan sejauh boleh.
Akhirnya! Waktu rehat! Waktu tidur aku.
"Reena. Jom pergi rehat..." suara Hana tenggelam sebaik lihat kepala rakannya terbenam atas meja. Terlelap dalam buai tidur.
Hana cekak pinggang, dengus panjang di hidung. "Engkau ni.. Tak nak makan ke? Nanti masuk angin macam mana."
"Aku dah biasa tak pergi rehat. Aku dah sarapan dekat rumah la.." Sabreena mengomel malas. Tidurnya terganggu, padahal baru terlelap 5 minit.
"Kau jangan.. Nanti sampai abang rimau datang masuk kelas. Siaplah kau." ugut Hana sambil silang tangan di dada.
"Apa bendanya lagi ni? Nuha tak nak keluar kelas lagi ke."
Cak!! Baru je sebut nama dah muncul abang rimau kita dekat depan kelas. Berterima kasih pada Hana yang masin mulut!
"Er.. Tak tahu. Reena! Aku.. Aku pergi kantin dulu ye. Bye bye!" terus, langkak kaki Hana pecut berlari. Tinggalkan Sabreena seorang diri.
Kurang ajar punya sahabat.
Abang rimau masih terpacak berdiri di belakang kelas. Bahu menyandar pada pintu kelas, "kau? Tak pandai nak keluar kelas juga. Pergi rehat." tegas nadanya mengarah.
"Aku nak tidur je. Biarlah aku nak tidur dalam kelas, bukannya aku hisap ganja ke apa dalam kelas." gertak aku merengus di hujung ayat. Kacau betul orang nak tidur.
"Lebih baik kau keluar, aku tak nak tengok mana-mana murid duduk dalam kelas. Waktu rehat sepatutnya keluar dari kelas, bukan duduk dalam kelas."
Aduh! Macam atuk pula mulut dia membebel.
Tangan hempas kuat atas meja, bangkit dari kerusi. Jeling maut diberi pada ketua pengawas sekolah menyusahkan ini.
Andika Mikael, ketua pengawas sekolah paling aku benci. Depan orang lagak baik hati, depan aku macam syaitan!
Tiap kali nak rehatkan otak, ada saja muncul si dia hancurkan suasana tenang aku. Tak boleh ke beri aku ketenangan untuk sehari.
Bingkas, kerusi terseret ke belakang. Sengaja menunjukkan aku sedang marah kepada dia.
Tidak. Aku memang marah! Sebab dia ganggu ketenangan aku.
"Fine, aku keluar. Jangan cari aku." kaki mengorak langkah tampil keluar kelas. Andika hanya menekur lihat susuk Sabreena berjauhan dari pandangannya.
Di perpustakaan, novel tebal romantis dipegang erat. Mata tekun membaca satu demi satu baris perkataan. Mulut sedaya upaya mencuba supaya tidak membuat bising dalam perpustakaan.
Karisma karakter hero itu amat membuatkan hati perempuan meletup kemudian berasap tempurung kepala.
Ah!!
Boleh mati sebab kena heart shot berkali-kali! Sudah handsome, setia, sweet dengan isteri. Ya Allah, kurniakanlah bakal suami seperti hero-hero novel ini.
Sayang sekali, lelaki dalam novel semua tak wujud. Rupa mereka pun hanya boleh bayang melalui imaginasi otak. Sebab itulah, aku lebih rela bertukar lelaki fiksyen berbanding jatuh cinta dengan lelaki realiti.
Sekurang-kurangnya, hati kita tidak dipermainkan oleh lelaki sebenar.
Seronok lalai dalam dunia sendiri. Loceng sekolah berdering lagi, menandakan sudah tamat waktu rehat. Sedih, terpaksa meninggalkan novel tersebut demi kelas selepas rehat.
Buku dikatup, tangan elus lembut permukaan hadapan novel.
"Esok kita jumpa lagi ye." ucap selamat tinggal, simpan dalam tempat tersorok. Tak nak orang lain jumpa novel ini juga. Biar aku seorang saja tahu tempat penyimpanan rahsia novel ini.
Mulut mengulit gembira, senyum lebar tak luruh di bibir. Kotak minda terngiang-ngiang segala babak dalam novel tersebut. Argh! Memang susah nak jumpa lelaki yang gagah perkasa seperti mereka.
Saya suka! Saya suka!
"Hoi. Kau kenapa tersengih macam monyet gembira dapat makanan free?"
Tsk.
Habis angan-angan gembira aku hilang begitu saja. Macam awan meletup sebab ada orang tak diundang mencelah.
Siapa lagi kalau bukan Andika Azhar!
"Suka hati aku la nak tersengih ke tersenyum ke apa semua. Aku yang gembira, kau yang panas? Atau kau memang jenis tak suka tengok orang gembira, Andika?" atas bawah mata melirik tubuh tinggi dia. Golek mata menyampah.
"Tak, siapa je tak pelik bila keluar perpustakaan terus tersenyum tak henti. Jangan kata kau berdating dekat perpustakaan pula, Nuha?" suara Andika berubah garang di hujung soalan. Serius.
"Huh? Aku? Dating? Hah! Semua tu bazir masa saja. Aku tak sama dengan kau, dah ada Mawar. Tak habis-habis nak dating, apa faedahnya?" bidas aku bernada bongkak.
Mawar, teman wanita Andika. Tinggi, lawa. Mereka berdua seperti pasangan cocok. Mereka sama ada kelebihan fizikal kuat dalam atlet dan cemerlang dalam mata pelajaran.
Raut muka Andika berubah bengang. Biasalah, siapa saja tak sakit hati bila orang memperlekehkan pasangan mereka. Akan timbul rasa sakit hati di lubuk hati.
"Kau tak ada hak nak cakap buruk pasal Mawar." marah Andika sambil menekan suara.
Buat pekak. Bahu melepasi bahu Andika, hati tak terguris sedikit. Bahkan, langsung tak kisah dengan ugutan dia.
Apa? Fikir aku takut dengan dia hanya sebab Andika seorang ketua pengawas yang garang dan tegas. Heh, ini Nuha Sabreena. Bukan seorang pengecut macam kucing.
"Ya la, ya la. Aku pun tak ada niat nak busuk hati dengan orang macam kau. Satu lagi, aku tak rasa cemburu sebesar zarah! Kau tahu aku ni macam mana, kan? Hati keras batu untuk lelaki. Pintu hati dah tutup rapat!" panjang lebar mulut bersumpah pada diri sendiri.
Itulah prinsip kehidupan aku. Selagi tak capai cita-cita, tak adanya aku nak bergayut dengan mana-mana lelaki. Bazir kredit telefon saja.
- To Be Continued -
===================================
This is my first malay romance fiction! I hope you guys enjoy it, thank you! ^^
- S.N
Share this novel