BAB 2

Romance Series 882

Kaki melangkah jauh dari Andika. Abaikan dia di belakang. Jalan luruk menegak ke kelas. Hempas punggung atas kerusi, Hana terkejut kedatangan mengejut aku.

"Kau dah kenapa? Tiba-tiba mengamuk. Tak ada ribut, tak ada taufan. Masam muka." soal Hana, keluarkan segala alat tulis dan buku mata pelajaran Sejarah.

"Andika. Dia cari gaduh dengan aku lagi. Tak faham la aku, apa yang dia tak puas hati. Dia dah ada awek kut! Asyik aku je yang dia cari masalah. Orang lain relaks dengan dia. Ini memang tak adil!" Bengang. Dada berat naik turun melepas amukan kecil terpendam dalam hati. Mata berubah runcing dengan gelagat tak matang Andika.

Macam mana cikgu boleh pilih dia sebagai ketua pengawas?

"Dah nama pun ketua pengawas. Nak tahu tak, dalam banyak-banyak murid batch kita. Kau seorang saja selalu buat masalah dengan dia. Yang lain okey je, chill-chill gitu."

"Apa salah aku?" lekas kepala menoleh ke Hana sambil kening bertaut rapat. Aku masih panas hati.

"Kau banyak lawan cakap dia. Sebab tu dia asyik cari pasal dengan kau saja." Jawab Hana, teguk air kosong dalam botol minumannya.

"Awek dia tak marah ke dia asyik jumpa aku je? Nanti mula la muncul fitnah pasal aku. Padahal tak ada apa-apa pun antara kita orang." tubuh belakang ganas menyandar pada kerusi. Hati masih tak tenang kenangkan sikap angkuh Andika.

"Itu..." Hana mati kutu. Dia juga tiada jawapan kukuh untuk dibalas.

"Dah la, abaikan dia. Sekarang, kita kena fokus pada belajar dulu. Itu semua buang tepi dulu." Sabreena matikan perbualan. Geleng kepala laju-laju.

Andika.

Dasar tak kenal diri. Lupa agaknya dia tu dah kepunyaan seseorang. Tak kuasa la aku nak rampas pasangan orang.

Lagi satu, buat apa aku nak couple sedangkan dah tahu itu sebuah benda dilarang oleh Allah SWT?

×===×===×

Salam diberikan sebelum menapak langkah kanan masuk dalam rumah. Aku bergegas panjat tangga, buka pintu bilik lalu lompat meniarap atas katil.

"Katil! Rindu katil! Empuknya..."

Muka benam atas bantal, gosok kiri kanan. Kaki selang-seli hempas tilam katil. Gembira sungguh hati bila dapat berbalik pada katil sendiri.

"Amboi, amboi. Gembiranya anak mama ni. Kut ye pun, letak beg dulu. Mandi, solat zohor." tegur mama Khairina sambil ketawa lembut di daun pintu. Geli hati melihat gelagat anak dara bongsunya.

"Sekejap la, ma. Adik baru nak bercinta dengan katil. Kejap lagi adik mandi, okey?" ibu jari tegak berdiri, sebelah mata kenyit.

Keluh perlahan, "mama dah siapkan lauk tengah hari. Nanti turun, makan." pesan mama Khairina sebelum menutup daun pintu bilik aku.

"Baik!" jawabku, lantang.

Selepas itu, terus aku bangkit dari katil. Letak beg di kerusi belajar, ambil tuala mandi masuk dalam bilik mandi.

Kaki laju menapak turun bawah. Selesai mandi, badan segar, perut lapar. Aku nak makan!

"Saya makan dulu!" lekas tangan cedok nasi dalam periuk nasi.

Pap!

Kepala kena karate chop. Sakit!

"Aduh! Sakit la, abang. Kenapa tiba-tiba ketuk kepala adik pula." pinggan perlahan letak atas kaunter, gosok kepala.

"Adik memang tak pandai nak pelawa makanan dekat orang lain, kan?" tanya abang Sabreena, Syafi'e dari belakang. Dialah yang karate chop kepala Sabreena.

"Dah cakap, 'saya makan dulu!' Apa yang tak pelawanya?" cebik bibir, bisa pukul masih tersisa di kepala.

"Adik cakap 'saya makan dulu' bukan 'jemput makan semua' nampak tak perbezaannya?" Syafi'e peluk tubuh. Tenung wajah sedih adik kesayangannya.

Kehidupan sepasang adik beradik. Siapa lagi ingin ajak gaduh kalau bukan aku? Nasib sayang abang sendiri.

"Abang sebenarnya nak makan dengan adik sekali. Betul?" tebak aku, mulut senyum simpul. Kening berkali-kali diangkat.

Faham sangat bila Syafi'e mula mengacau Sabreena. Bak kata orang, mesti ada sebab kenapa buat macam tu.

"Eh, tak la. Abang nak makan dengan jiran kita, makcik Sarkonah tu." balasnya nada tak puas hati. Mata bergolek menyampah.

Ketawa mengekek kecil keluar dari mulut aku, "amboi. Tingginya taste abang sampai nak mengorat makcik sebelah. Tau la janda." giliran aku mengusik.

"Budak ni kang, kejap lagi baling ke langit. Duduk dekat bulan terus, tak payah balik bumi." Syafi'e renung tajam wajah gurau senda Sabreena. Lekas ambil piring dan cedok nasi dalam periuk elektrik.

"Abang ambil banyak, tinggalkan suku untuk adik. Biar tak dapat makan banyak. Bluek!" Syafi'e jelir lidah. Bergerak pada meja makan sudah tersedia lauk-pauk tengah hari.

Mata membuntang luas, tengok periuk nasi. "Nazrul Syafi'e! Kurang asam jawa punya abang! Dia rembat 3 per 4 nasi? Dalam diri abang ada saka ke, banyak betul ambil nasi." lantang suara memarahi dia. Syafi'e buat pekak saja. Endah suara adiknya nyaring seperti dolphin itu.

Hiks. Hiks.

Aku baru rancang nak makan dua pinggan masakan mama, tiba-tiba abang durjana tu dah ambil nasi banyak.

Pantang sungguh bila dengar mama masak lauk tengah hari. Bagi Sabreena, satu hidangan pinggan tak cukup. Sekurang-kurangnya 3 pinggan mampu membuatkan perut kenyang.

"Mama.. Abang cherry pie rembat banyak nasi.." Kebetulan mama masuk dapur, dapat mengadu depan mata dia. Tangan peluk erat dua belah bahu mama, gesel pipi di tulang bahu mama.

Nama samaran Syafi'e, abang cherry pie. Pie dipetik dari hujung nama Syafi'e. Cherry tu sengaja tambah. Buah kegeraman Sabreena. Misteri sebalik nama samaran ini masih tidak dapat diungkapkan oleh keluarga Sabreena, dia saja yang tahu sebab utama nama samaran itu ditubuhkan.

"Syafi'e, mama dah cakap jangan tamak dengan adik kan?" tegur mama. Yes! Mama is on my side!

"Adik lambat sangat cedok nasi. Orang dah lapar sangat, cedok je la dulu. Mama tahu la perangai anak perempuan mama ni. Sampai tahun depan pun tak akan habis bergaduh. Daripada penat mulut bertikam, lebih baik cedok nasi dulu." panjang lebar Syafi'e membuat 1001 alasan mengukuhkan dinding pertahan diri sendiri.

"Mama..."

Mengadu lagi. Sebab aku tahu! Mama akan percaya pada aku, bukan pada abang cherry pie. Muahaha! Seronok betul bila jadi adik bongsu ni.

"Adik makan lauk tengah hari dulu. Nanti malam kita pergi makan western, chicken chop. Lamb chop, steak. Tak payah bawa abang Syafi'e. Dia mesti dah kenyang sebab makan banyak nasi. Kan?"

Terus, Syafi'e jeling maut pada Sabreena. Sabreena pula? Semestinya mata bertukar kilau bersinar lepas dengar pelawaan mama. Bukan selalu dapat makan makanan mewah begitu.

"Betul ni, ma? Okey la. Adik makan cepat-cepat. Malam ni kita dinner tanpa abang cherry pie." sengaja suara meninggi di hujung ayat. Usik Syafi'e lagi.

Syafi'e senyum lebar. Tapi dari dalam hatinya sedang membara sifat amukan sakit hati.

"Esok. Balik sekolah, jalan kaki."

Walaupun pesanan tersebut adalah ringkas bernada lemah lembut. Sabreena jelas memahami itu adalah ugutan berat. Siapa lagi yang selalu ambil dia pulang ke rumah kalau bukan Syafi'e.

"Ish, abang ni! Sikit-sikit ugut, sikit-sikit ugut! Tak suka la macam ni." giliran aku pula ugut dengan merajuk.

"Merajuk la, merajuk. Merajuk. Bawa la perangai tu sampai besar. Tak kahwin baru tahu." Syafi'e selesai meletakkan lauk-pauk dalam piring, letak atas meja. Baca doa makan sebelum menjamah hidangan diambil.

"Bismillah. Abang makan dulu. Jemput makan ma, adik." sesuap nasi masuk ke dalam mulut. Gembira sungguh apabila merasa masakan seorang ibu masuk ke dalam mulutnya. Malah, masakan mama boleh mengalahkan taraf lima bintang.

"Mama!" aku mengadu lagi. Mama geleng kepala. Pening melayan gelagat dua beranak ini.

"Makan aja la. Kalau tak cukup, kita pergi makan luar malam ni."

Bersemangat aku apabila dengar luahan mama. Sudah diulang dua kali, maksudnya ada peluang keemasan seratus peratus untuk makan di luar.

p dan spaghetti carbonara, mu tunggu aku datang!

Tangkas tangan ke hulur-hilir bawa piring makanan, duduk kerusi meja makan hadapan Syafi'e. Ambil satu demi satu lauk mama, telapak tangan gosok satu sama lain. Lidah menjilat seluruh bibir.

"Bismillah, adik makan dulu!"

Tiba-tiba gumpalan nasi dialihkan pada pinggan aku. Kepala angkat melirik malas wajah selamba Syafi'e.

"Apa ni?" mendatar aku menanya.

"Kita bahagi nasi. Adik kenyang, abang pun kenyang. Tak payah makan dekat luar." balas Syafi'e.

"Tak nak! Tak nak! Abang dah ambil nasi setinggi gunung Everest. Adik tak nak makan nasi abang." tangan menolak piring rapat dengan piring Syafi'e. Bunyi pinggan berselisih bergema memecahkan ruang sunyi meja makan.

"Makan je la. Abang gurau je ambil nasi banyak ni, abang pun tak boleh habis." bidas Syafi'e, kening kerut sedikit tidak puas hati.

"Eleh, abang sebenarnya cemburu sebab tak dapat makan sedap malam ni. Abang dah ambil banyak, habiskan semua nasi tu!" gertak aku. Bersungguh menolak pelawaan makanan Syafi'e.

"Nuha Sabreena. Dengar cakap abang."

Laju geleng. Lidah jelir panjang pada dia.

"Ambil!" paksa lagi.

"Tak nak!"

"Ambil!"

"Tak nak!"

"Nuha Sabreena! Nazrul Syafi'e! Lupa ke adab semasa makan?" jerit mama dari ruang tamu. Suaranya jelas sekali menyelusup dua belah telinga anak-anaknya.

Terdiam. Kami bersabung mata. Baru sedar, serba salah dengan kelakuan sendiri.

"Maaf, mama." serentak mereka minta maaf. Mama keluh kecil, sambung lipat kain di karpet ruang tamu.

Meskipun dua beradik itu sudah besar panjang. Namun gelagat mereka masih sama seperti budak kecil masih bersekolah rendah. Ada aja perbalahan kecil akan berlaku antara mereka.

Nak buat macam mana. Itulah kehidupan sepasang adik beradik.

- To Be Continued -

===================================

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience