Rate

BAB 2

Romance Series 3766

"Mia!" Mia tersedar daripada lamunannya kemudiannya memandang sahabatnya.

"Kau ada masalah ke Mia?" tanya Zya, sahabat Mia dari kecil lagi.

"Hm... taklah" Mia menipu padahal dia dari tadi asyik memikirkan perkahwinan dirinya dan Emir.

"Mia, aku bukan kenal kau dua hari tau. Dah berapa tahun aku kenal kau, dari kecil lagi tau. Aku tau kau ada masalah cuba cerita kat aku. Masalah kau dengan laki kau ke?" teka Zya namun Mia hanya berdiam diri.

"Mia... " Mia mengeluh tanpa sedar air matanya jatuh ke tanah. Zya terkejut lalu memegang tangan Mia.

"kenapa ni Mia? Laki kau ada buat apa apa ke kat kau?" tanya Zya tetapi Mia menggelengkan kepalanya.

"Lepas tu?" Mia memandang Zya dengan mata berair. Dia memeluk Zya, dia memerlukan seseorang waktu itu.

"Aku... aku tak ready lagi nak alami alam pernikahan... Macam mana kalau Alif tahu nanti yang aku dah berkahwin?" Zya menepuk belakang Mia perlahan lahan.

"Aku tak tahulah nak kata apa tapi yang pasti kau kena lupakan Alif. Kau dah ada kehidupan baru sekarang ni. Kau dah ada tanggungjawab isteri dan ingat syurga kau sekarang ni di bawah tapak kaki suami" Mia menggelengkan kepalanya dengan lemah.

"Tapi aku tak cintakan dia, Zya! Aku cinta dan sayangkan Alif sorang aje!"

"Mia.. Kau sedar tak apa kau cakap ni? Cinta boleh hadir selepas kawin" pujuk Sofi. Faham benar sahabatnya itu, iyalah dia dan Alif sudah bercinta selama 12 tahun.

"Kalaulah Dhia tak lari pasti tak jadi macam ni kan?" Mia masih tidak boleh terima takdir.

"Mia... Kau kena terima seadanya dan kau tak boleh macam ni"

Mia hanya berdiam diri... Bagaimana dia hendak beritahu Alif kalau dia dah balik Oversea nanti? Apakah perasaannya nanti?

#######

"Emir okey di sana?" tanya Puan Solehah dengan nada risau.

"Emir baik baik saja duduk sini. Umi dengan walid sihat? Eyka jaga tak umi dan walid? " dia bukan tidak percaya akan adiknya tetapi adiknya asyik sibuk dengan pelajaran. Tahun ini dia bakal menghadapi spm.

"Eyka jaga umi dan walid. Lagipun, umi dsn walid boleh berdiri lagikan?" Puan Solehah ketawa kecil .

"Emir bukan apa, Emir risau" kata Emir dalam telefon membuatkan Puan Solehah sebak. Dia rindu akan anaknya itu. Tanpa sedar, air matanya jatuh ke tanah.

"Kalau isteri Emir dah ready nak duduk kat kampung ni, ha baliklah. Kesian walid, rindu sangat kamu. Nak juga umi tatap wajah menantu umi" Emir ketawa kecil pula. Mungkin nanti dia akan tanya isterinya.

"Yelah umi, nanti Emir tanya dia ya?"

#############

"Mia... " panggil Emir dengan lembut sambil memandang isterinya yang sedang menyikat rambut itu.

"Hmm?" Mia masih lagi menyikat rambutnya tanpa menoleh ke arah suaminya.

"Abang... Abang nak cakap sesuatu ni" Emir menggosok lehernya yang rasa tidak selesa dan masih memandang Mia yang memandangnya juga.

"Ada apa? Awak nak cakap apa? Cakaplah" Mia memusingkan badannya menghadap suaminya yang sedang ragu ragu ingin beritahu.

"Abang... abang sebenarnya nak kita pindah rumah" Mia mengerutkan dahinya sebelum tersenyum gembira.

"Maksud awak... Pindah rumah? Wow, saya setuju sangat!" Mia gembira sangat. Dia membayangkan rumah yang dia impikan dari dulu tetapi hancur apabila Emir menyatakan bahawa pindah rumah bermaksud duduk dekat kampung dia yang panas tuh!

"No! Saya taknak" bantah Mia awal awal. Dia tak suka tinggal di kampung.

"Tapi Mia.... Umi dan walid abang dah ajak kita tinggal dekat sana.. Kesian mereka, kecik hati diorang ni" Mia merenung tajam suaminya itu.

"Saya tak suka tinggal dekat kampung faham tak?!" tengking Mia namun Emir masih memujuk isterinya yang keras kepala.

"Mia.... please" pujuk Emir sambil memegang tangan Mia.

"Kau tak faham ke kalau aku kata aku taknak? Taknak lah!" tengking Mia dengan menggunakan panggilan kau aku.. Emir tersentak lalu menundukkan kepalanya.

"Takpelah Mia, abang faham...." Emir mengatur langkah untuk ke bilik air selepas Mia menengkin dirinya kemudiannya menarik tangannua kembali...

Haih... Mia.. Mia....

Share this novel

Hidayah Noor'ain
2021-08-01 04:39:16 

nk smbungan please


NovelPlus Premium

The best ads free experience