Rate

BAB 1

Romance Series 3766

"Mia, kawin dengan Emir ya?" pujuk Puan Sri Maryam namun Mia menggeleng. Dia tidak mahu mengahwini lelaki itu. Bukan sepatutnya kakaknya yang harus bersama dengan lelaki itu tapi kenapa dirinya pula?

"Mia, please... " rayu Puan Sri Maryam tetapi Mia tetap berkeras hati.

"Mama, kalau Mia ganti tempat kakak. Macam mana dengan Alif?" tanya Mia sambil memandang mamanya dengan simpati.

"Mia nak mama dan papa malukah? Sudah sudahlah kakak kamu dah buat mama dan papa malu" tanpa sedar air mata Puan Sri Maryam jatuh ke tanah membuatkan Mia tersentak.

"Mama... Maafkan Mia.... Mia... "

"Mia..." Tan Sri Hisham memanggil anak perempuannya itu lalu menyuruh duduk disebelahnya.

"Pernah ke papa dan mama paksa Mia lakukan sesuatu yang Mia taknak?" tanya Tan Sri Hisham sambil memandang anaknya. Mia menggelengkan kepalanya.

Tan Sri mengusap rambut Mia sambil tersenyum.

"Papa nak Mia kawin dengan Emir. Itu saja permintaan papa" Mia tunduk.

"Kalau itulah papa dan mama nak, yang boleh buat papa dan mama bahagia... Mia setuju... " Puan Sri Maryam mendapatkan Mia setelah itu memeluk anak perempuannya itu. Walaupun Mia keras hati tapi sebenarnya dalam hatinya ada taman. Kakaknya pula baik teramat, disukai ramai tapi entah kenapa Tengku Dhia Qarlisha melarikan diri. Apa yang Emir sudah lakukan entahlah.

###########

Mia memulas tombol pintu lalu membukanya perlahan lahan. Dia menghampiri cermin solek, dia menatap wajahnya. Tanpa sedar air matanya jatuh..

"Mia... Kau dah berkawin dengan lelaki yang kau tak sayang" Bahu Mia terhenjut henjut kerana menangis.

"Aku tak kenal lelaki tu.. Semuanya salah Dhia!" Mia tunduk sambil menangis.

Tiba tiba ada orang menyeka air matanya. Cepat cepat Mia membuka matanya. Emir?!

"Kau buat apa kat sini?!" marah Mia lalu menolak tangan Emir daripada sentuh wajahnya.

"Maaf..." itu sahaja yang Emir dapat ungkapkan waktu ini. Dia juga tidak sangka Dhia boleh buat dia sebegini.

"Senanglah kau kata maaf! Aku... Aku terpaksa berkahwin dengan lelaki yang aku tak kenal!" Mia menangis lagi.

Emir memandang Mia lalu menyeka air matanya lagi.

"Maafkan abang... Tapi abang akan cuba bahagiakan Mia" Mia berdiri kemudian melangkah ke bilik air.

Emir mengeluh....

########

"Mia sayang, jom makan" ajak Emir apabila melihat Mia yang sedang membaca novel di atas katil.

"Kau pergi jelah sorang sorang. Aku dah kenyang" balas Mia tanpa memandang suaminya itu.

"Tapi Mia.. Abang bukan apa tapi apa perasaan mama dan papa nanti" Mia menutup novelnya dengan kuat. Pengacau betullah lekaki ni! Mia memandang Emir dengan perasaan marah.

"Kau tak faham bahasa melayu ke apa? Aku kata taknak, taknaklah!" Emir menundukkan kepalanya sekejap kemudian memandang isterinya.

"Tidur lagi senang!" Mia menarik selimut hingga ke dadanya. Tiada mood nak baca novel! Huh!

"Mia tunggu sekejap eh, nanti abang bawakan makanan naik atas ya?" Mia hanya diam sahaja. Biarkan lelaki yang tak diiktiraf sebagai suami itu!

##########

"Eh, Emir mana Mia?" tanya Tan Sri Hisham apabila melihat Emir sahaja yang turun dari tangga.

"Mia tak larat nak turun. Nanti Emir bawakan makanan untuk dia" Emir tersenyum manis.

"Emir... Maafkanlah ya mama dan papa sebab paksa Emir teruskan perkahwinan ni dengan orang yang Emir tak kenal" Emir menggelengkan kepalanya dan mengukirkan senyuman yang pahit.

"Emir redha mama, papa. Mungkin Mia lah jodoh Emir sebenarnya" Puan Sri Maryam hanya dapat tersenyum sahaja. Hanya disebabkan dia dan suaminya tidak mahu dapat malu, dia merayu agar keluarga pihak lelaki agar terus kan perkahwinan ini dengan anak bongsu yang degil itu, Mia.

"Sabar ya Emir, layankanlah karenah Mia tu. Dia sebenarnya baik cuma biasalah dia bukannya kenal kamu sangat. Tu yang jadi garang semacam" kata Tuan Sri Hisham.

"Ha Emir makanlah, nanti sejuk tak sedap" pelawa Puan Sri Maryam.

############

Emir mendekati Mia yang sedang tidur itu sambil membawa dulang. Dia meletak dulang itu di atas meja berhampirannya. Dia memandang isterinya yang cantik bak bidadari itu. Mengapalah Mia tidak sama dengan Dhia? Sikap Dhia amatlah berbeza dengan Mia. Mengapa dia tinggalkan aku? Pelbagai soalan di fikiran Emir.

"Mia... " kejut Emir tetapi Mia masih diam beerti tidak terjaga lagi.

"Mia... makan sayang, abang bawakan makanan ni" Mia membuka mata perlahan lahan kemudiannya memandang suaminya dengan penuh kebencian.

"Kau tak faham ke yang aku taknak makan?! Aku tak lapar" Emir mengambil pinggan yang berisi makanan lalu dengan bismillah dia menyuap ke dalam mulut Mia menggunakan sudu.

"Saya takna.... " tidak sempat Mia bangkang, kedengaran perutnya berbunyi.

brutttttttttttt

Mia dan Emir bertentangan mata sebelum Emir ketawa terbahak bahak. Comel!

"Apa gelak gelak?!" Pipi Mia merona merah lalu memandang Emir dengan simpati.

"Sayang laparkan?" tanya Emir sambil tersenyum. Mia mengangguk kepala perlahan lahan. Memang dia lapar!

"Ha buka mulut" Mia hanya akur. Nikmatnya apabila dapat merasa makanan dan minuman.. Bagaikan di syurga pula..

Selesai sahaja makan, Emir menyelimutkan Mia. Lelaki ini layan dirinya bagaikan puteri diraja.

"Awak.." panggil Mia membuatkan Emir terkejut. Awak?

"Ya sayang?" Emir mendapatkan isterinya yang terbaring itu.

"Tidur sebelah saya... " Emir tersenyum manis lalu mengangguk kepala. Dia mengusap rambut Mia yang berwarna koko asli.

"Mia tidur dulu, nanti abang tidur sebelah Mia ya? Abang nak basuh pinggang cawan ni" Mia mengangguk kepala, akur suaminya.

Entah kenapa dia berubah secara drastik. Dah boleh terima mungkin.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience