Basikal tua milik ayah Alif bawa mengelilingi kampung halaman. Sejak berpindah di kampung ayah ni, kehidupan mereka sekeluarga berubah. Kehidupan serba mewah dulu ditinggalkan atas permintaan emaknya sendiri. Ingin hidup sederhana sahaja katanya. Padahal Alif dan Pak Murad faham yang emak sebenarnya ingin lari dari paparazi yang sentiasa mengejar berita panas. Emak bukan artis tapi emak ni adik seorang artis yang banyak affair. Emak pula bukan orang yang pandai simpan rahsia. Akhirnya mereka jadi orang kampung. Nasib baik ayah berasal dari kampung yang agak jauh dari kemodenannya.
Siulan kecil bermain di bibir dan melintasi seorang gadis genit. Tidak sedar Alif telah melanggar sebiji batu yang melantun tepat di dahi gadis itu. Berdarah dahi itu namun Alif hanya meneruskan kayuhan hingga ke kedai runcit. Marah si gadis dengan sikap endah tak endah si pengayuh basikal. Langkah laju diatur dengan sebiji batu di tangan menuju kedai runcit yang sama.
Terasa bajunya ditarik, lantas Alif menoleh. Berpinar pandangannya bila gadis genit yang baru muncul itu menghentam kepalanya dengan benda keras dan tajam. Dipegang dahi yang mula mengeluarkan cecair merah. Pening melihat darah di tangan, Alif rebah. Dahinya dihentam lagi. Kuat dari tadi tapi dia tidak mampu melawan.
"Adik.." hanya itu yang didengari sebelum dia terkulai menutup mata.
*****
"Adik dah kenapa sampai serang orang ni?" mengamuk Qairil dengan adik perempuannya nan sorang ini. Terkejut dia melihat kehadiran Qaisara di kedai petang itu dengan kelakuan aneh! Melepasinya yang duduk elok di kaunter. Tak tahu apa puncanya terus sahaja lelaki itu diserang dengan sebiji batu tajam dan besar. Terlopong dia melihat kejadian itu. Kalau bukan seorang lagi adiknya iaitu Qazim datang menghentikan tindakan Qaisara, pasti mati lelaki itu dikerjakannya .
"Abang tanya ni, jawablah!" tajam dia memandang adiknya. Qaisara lawan pandangan mata Qairil.
"Orang tanya dia melawan! Mata tu haih.." Qairil merapatkan jarak ingin menghayun tangan. Berdiri cepat Puan Idah di tengah-tengah. Sedar akan baran Qairil itu.
"Sudahlah! Budak tu tak apa-apa, Qai. Kan dah dapat rawatan tu" Puan Idah cuba meredakan keadaan.
"Ibu kata tak apa-apa? Berjahit kepala budak tu!,".
"Berjahit je, bukan nak mati pun lagi,". Sayup suara itu kedengaran. Terjegil mata Qairil dan Puan Idah mendengarnya. Tak disangka jawapan balas Qaisara menyakitkan hati sesiapa yang mendengarnya. Tingkah pintas Puan Idah mencubit bibir Qaisara membuatkan Qairil mendengus.
"Tunjuk perangai kau, dik! Kau tunggu ayah..".
"Tunggu la ni,".
"Abang Qaidir tak lepas kau, dik! Tengoklah!,".
"Ya? Huh, adik takut,". Selamba Qaisara menjawab dan mata sengaja ditala ke atas tambah menyakitkan hati si abang. Sekali lagi Qairil cuba merapatkan jarak dengan Qaisara namun dihalang lagi oleh si ibu.
"Hormati ibu, Qairil! Lagipun ni hospital bukan gelanggang tempat kamu nak bergaduh. Kalau nak marah tunggu di rumah. Sekarang duduk! Tak baik terus berdiri dalam keadaan marah,".
Qairil tidak puas hati tetapi terpaksa akur dengan arahan ibunya. Baru sahaja duduk, lantas dia berdiri semula apabila terpandangkan ayahnya, abang Qaidir bersama tiga orang anggota polis dan sepasang suami isteri mendekati mereka. Wajah bengang abang Qaidir menyapa. Bergerak otot pipinya.
"Tahan dia untuk siasatan," arahan dikeluarkan. Tidak percaya Qaisara dengan apa yang baru saja didengarinya. Dipandang sisi abang Qaidir. Encik Safri angguk dan menggamit Puan Idah. Tertunduk sedih Puan Idah. Dilihat sisi lain. Abang Qairil meramas kasar rambutnya.
"Benda boleh bawa bincang, tuan. Kasihan dia," suara asing kedengaran. Keruh wajah wanita separuh abad itu biarpun tutur itu kedengaran lembut. Lelaki di sebelahnya mengangguk.
"Maaf, puan. Laporan telah dibuat. Kami hanya menjalankan tugas". Tegas Qairil bersuara. Melopong Qaisara dengan jawapan dari mulut abangnya itu. Cepat anggota polis wanita menggari tangan Qaisara. Meronta Qaisara minta dilepaskan.
"Adik tak salah. Saya tak salah! Lepaskan saya!Abang Qaidir, tolong adik!".
"Minta Inspektor Liza handle kes dia. Jumpa di balai, dik,". Tidak bertangguh Qaidir memberi arahan. Kebingitan suara Qaisara merayu minta dilepaskan ditelan bersama rasa yang payau. Isyarat mata dibuat memohon maaf buat kedua orang tuanya. Jelas permata jernih Puan Idah di tubir mata. Pandangan mata diarah ke tempat lain. Qairil duduk memeluk lutut. Pasangan suami isteri itu pula cuma mampu mengeluh.
Berat hati Qaidir tetapi kerjanya sebagai anggota polis tidak boleh pilih bulu. Yang salah perlu dihukum! Lantas kaki mengorak langkah masuk dalam wad kecemasan. Siasatan perlu dilakukan. Titik.
Share this novel