Oh mama, saya mau kahwin
Kahwin dengan siapa
Dengan siapa saja
Oh mama, saya mau kahwin ma
Tak dapat anak dara
Janda pun boleh juga..
Bukkk.
Duhh, Alif menggosok kepala. Siapa saja yang jealous saat dia menyanyi riang ni? Jelas di pandangan mata selipar lusuh elok terpelanting di atas tanah. Sah, selipar itu yang mengenai kepalanya tadi! Menggelegak rasa marahnya. Dipusing kepala ke belakang kemudian tersengih perlahan. Kecut melihat wajah mencuka emaknya sambil bercekak pinggang.
" Janda mana pula kali ni?" lantang emak bersuara.
" Ala, mak ni. Orang main-main je,".
"Kau ingat perkara kahwin ni sekadar mainan, hah?".
" Uish, emak aku kalau dah marah makin cantik oh,".
"Alif..". Tangan diangkat menutupi wajah si emak sambil tangan satu lagi dibawa menutup mulutnya. Berdiri dia mengelilingi emaknya yang masih bercekak pinggang. Kepala langsung digeleng-gelengkan.
" Patut la ayah tak cari lain. Mak rupanya lagi cantik dari Ziana Zain. Dengan kening terangkat ni..uishhh..". Mak Munah a.k.a emak mula menguntum senyum. Umpan mula mengena.
"Yaka?".
"I'm swear, mak. Sekarang muka mak ala-ala Neelofa pula. Pewwiiittt,". Mak Munah mula mengerdipkan mata. Malu-malu kucing dia jadinya kerana perbandingan anaknya dengan artis yang diminati.
"Kembang la mak kau, Alif. Kau bukan tak tau mak kau tu kalau dah kena puji," satu suara memintas. Mak Munah mencebir bibir.
" Mak, jangan dengar cakap Pak Murad. Dia jealous tu orang tak bandingkan dia dengan Jackie Shroff,". Mak Munah mengangguk faham. Jelingan tajam dia hadiahkan dengan insan bernama Pak Murad itu.
"Kau cakap apa Alif?". Tinggi ton suara itu.
"Hah, tengok mak! Pak Murad marah. Betul kan apa yang orang cakap. Pak Murad jealous tu,".
"Aku luku juga kepala budak ni! Aku ni ayah kau tau. Senang-senang je kau gelar aku Pak Murad. Sini kau, sini..". Pak Murad buka langkah. Alif apalagi, berlarilah dia seperti ular. Menggiat ayahnya agar terus mengejar. Mak Munah ketawa mengekek memerhati tingkah kebudak-budakkan mereka. Dia bersyukur punya dua lelaki ini yang sentiasa mewarnai hari-harinya.
____________________________________________
Kaku dia melihat rancangan Maharaja Lawak Mega itu. Riuh ketawa dari kaca tv kuat kedengaran. Namun riak beku milik Qaisara yang terbias. Puan Idah mengeluh. Dikerling wajah si suami di sebelah. Nampaknya suaminya itu sudah memegang perut menutup mulut menahan ketawa. Sedang di sebelah lagi tiada sebarang reaksi.
"Adik.." lembut Puan Idah menegur. Qaisara berpaling. Senyum diberikan Puan Idah tapi muka ketat juga yang ditatapnya.
"Sayang ibu ok?". Hanya anggukan sebagai jawapan dan Qaisara berpaling lagi menghadap kaca tv. Puan Idah mengeluh lagi. Kali ini keluhannya menarik minat Encik Safri. Perlahan Encik Safri memegang lembut tangan si isteri. Menghulur sedikit kekuatan buat insan itu. Puan Idah angguk faham. Mereka juga tidak mengerti keadaan yang menimpa Qaisara. Puas dicuba tapi semua alasan tak dapat diterima dek akal. Kerana kebekuan ini juga, Qaisara hanya bergelar isteri satu jam. Menyandang status janda berhias.
Puan Idah bangkit dari duduknya menuju ke dapur diikuti oleh suaminya. Tinggal sendiri Qaisara menonton tv di ruang tamu itu. Airmata perlahan diseka walhal rancangan lawak nombor satu itu masih lagi on air.
Maaf ibu. Maaf ayah. Adik ada sebabnya...
Share this novel