Namaku Auliya Farhana binti Luqman. Umurku? Tahun ini aku berumur 14 tahun. Aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Lintah.
Aku mempunyai perasaan terhadap seorang lelaki yang bernama Muhammad Amir Rafael bin Muhammad Haikal Rafael. Dia ini ialah jiranku dan juga rakan baikku. Kami bersekolah disekolah yang sama.
Rakan - rakanku selalu bercerita tentangnya.Almaklumlah, dia kan hero paling kacak disekolah. Bukan disebabkan rupanya yang kacak itu berjaya menawan hatiku ini, tetapi disebabkan kebaikannya terhadapku.
Hendak dijadikan cerita, dahulu aku selalu dibuli dan diejek kerana badanku yang gemuk. Sewaktu aku dibuli dan diejek, dia pasti ada untuk menyelamatkan ku.
Share this novel