Auliya bangun seawal yang mungkin pada hari ini. Almaklumlah, hari ini kan hari pertama persekolah bagi sesi 2021 bermula. Dia segera kebilik air untuk mandi. Setelah itu, dia mengambil wudhu' dan kemudiannya menunaikan solat.
Aroma nasi lemak yang dimasak oleh ibunya menusuk kedalam hidungnya. Dia segera turun kebawah untuk makan.
"Ibu, harini Liya pergi sekolah naik bas tau. Balik sekolah kejap lagi Liya naik bas jugak ".
" Ye sayang, kenapa tiba - tiba Liya nak naik bas pergi sekolah ni? ", tanya ibunya.
" Saja je, Liya nak cuba belajar berdikari. hihi ".
Puan Zara bukannya tidak mahu membenarkan anaknya itu menaiki bas ke sekolah, tetapi dia cuma risaukan keselamatan anaknya itu. Almaklumlah, anaknya kan perempuan.
" Ibu boleh benarkan Liya naik bas tapi dengan satu syarat. Liya kena naik bas dengan Amir. Ibu takutlah kalau jadi apa - apa dekat anak ibu seorang ni. Kalau Liya naik dengan Amir sekurang - kurangnya kalau jadi apa - apa dia boleh tolong ", kata Puan Zara.
Puan Zara amat mempercayai anak lelaki jirannya itu. Untunglah siapa yang mendapat anak lelaki jirannya itu, dah la baik, rajin dan juga anak itu pandai menghormati orang tua. Kalah anak dara.
" Baiklah ibu, Liya pergi dengan Amir ", jawab Liya. Mukanya cuba ditahankan supaya tidak nampak sangat yang dia ini gembira. " Aaaaaaaaaaaa ", jeritnya di dalam hati.
Setelah selesai menghabiskan makanan, dia mengambil begnya lalu menyalam dan mencium tangan ibunya.
Kelihatan Amir keluar dari rumahnya.
" Amir, sini kejap ", panggil Puan Zara sambil melambai - lambai tangannya ke arah Amir.
" Ye mak cik, kenapa ni? "
" Amir, boleh tengok - tengokkan Liya tak? tak dak hujan, tak dak ribut, tiba - tiba dia mahu kesekolah menaiki naik bas ".
" boleh je Mak Cik " .
" Terima kasih tau Amir ".
" Sama - sama Mak Cik ".
Setelah itu, Amir dan Liya pergi kehentian bas bersama - sama untuk menunggu bas.
Share this novel