Rate

01

Romance Series 4445

Masuk hari ini, sudah 2 tahun aku bergelar seorang isteri. Walau bagaimanapun, aku tidak pernah merasa manisnya perkahwinan. Entah dimana silapku, Arif terlampau membenciku. Dia tidak banyak berkata denganku, bila menyuruh buat sesuatu pasti dengan nada yang kasar. Adakah kerana aku rosakkan hubungannya dengan bekas kekasihnya, Aqilah. Ah, ini semua takdir. Kenapa dia tidak boleh menerima takdir. Jodoh kan ditangan tuhan. Dia siapa nak melawan takdir Allah?

"Awak, tak nak sarapan dulu?" Aku menyoal sopan. Walau macam mana pun dia melayan aku, aku tetap isteri dia. Aku kena hormat dia. Syurgakan dibawah tapak kaki suami.

"Tak payah. Aku keluar dulu." Dia terus keluar begitu sahaja.

Begitulah kehidupanku selama 2 tahun ini. Mahu sahaja aku balik ke kampung dan menangis sepuas-puasnya di ibuku. Tetapi, dia tidak izinkan aku untuk balik kesana seorang diri. Katanya, 'walaupun aku ni tak berapa nak suka dengan kau, tapi aku masih kesahkan keselamatan kau. Kalau jadi apa-apa kan susahkan aku.' Satu-satunya ayat yang keluar dari mulut dia buat aku terharu. Sekurang-kurangnya dia masih lagi risaukan aku.

Aku makan mee goreng yang aku buat tadi seorang diri. Nak makan drngan siapa lagi? Nak ajak jiran sebelah makan sama-sama. Aih tak ingin la aku nak ajak. Dorang pun nak makan sama-sama suami isteri dengan seorang anaknya itu. Selepas makan, aku membasuh pinggan yang aku gunakan tadi. Lebihan mee goreng yang aku masak lebih itu, aku berikan kepada anak kucing yang aku bela itu, Mely. Bulunya yang berwarna kelabu itu dan matanya yang berwarna biru buat aku tertarik untuk membelinya. Yang membuatkan aku makin sayang dengan Mely, Arif begitu suka bermain dengan kucing aku itu. Bila dilihat dia main dengan kucing, terasa dunia ini milik aku.

Kemudian aku mengemas katil yang digunakan oleh Arif semalam. Kami tidur sebilik tetapi tidak sekatil. Dia menggunakan katil king sementara aku tidur di katil single di penjuru bilik tersebut. Walau bagaimana pun, aku bersyukur dia masih ingin menjaga aku walaupun tidak memberikan kasih sayang dengan betul sebagai seorang suami.

**********************************************************

Aku masuk kedalam pejabat aku dengan muka yang dingin. Rasa bersalah apabila menolak ajakkan isteriku itu untuk bersarapan. Sepanjang 2 tahun aku menolak ajakannya itu, sepanjang itu jugalah aku rasa bersalah. Aku tidak sayangkan dia apatah lagi mencintainya tetapi rasa bersalah itu muncul secara semula jadi didalam diri aku.

Tiba-tiba pintu aku diketuk kuat. Aku memanggilnya masuk dan kulihat PA ku iaitu Wadina sedang tersenyum gedik dekat aku sambil memegang sebuah buku.

"Hai, bos." Dia menarik tali leherku. Eh, isteri aku pun tak pernah pegang tali leher ini, apa hak kau nak pegang tali leher aku ini.

"Kau jangan nak menggedik dengan aku boleh tak? Kau dah tahu aku dah berkahwin kan? Banyak lagilah lelaki lain dekat syarikat ini yang kau boleh try. Jangan sampai aku pecat kau, baru nak menyesal." Aku memarahinya dan menarik semua tali leher tersebut.

"Maaf bos. Hari ini bos tiada apa-apa jadi boleh duduk saja dekat bilik ini." Kata Wadina kemudian keluar dari bilik aku.

Aku memeriksa fail-fail yang ada diatas meja aku. Haih, banyaknya kerja.

Sekali lagi, pintu bilik aku diketuk. Ya Allah, serabutnya la aku sibuk betul. Tanpa dapat kebenaran aku, dia terus masuk kedalam. Niat ingin memarahi manusia tersebut terbatal bila dilihat Firdaus yang memasuki bilik aku. Tanpa sebarang arahan, selamba dia sahaja duduk di sofa yang berada disitu.

"Kau nak apa ini?" Soal aku sambil duduk di sofa berhadapannya.

"Lunch dengan aku. Si Muaz ada hal. Aku taknak makan sorang-sorang." Dia mengajak aku.

"Taknak. Aku lunch dekat rumah hari ini." Entah apa masalahnya, mulut ini lancar sahaja cakap begitu. Sedangkan selama aku berkahwin ini tidak pernah sekali pun aku makan tengah hari di rumah.

"Aik, cinta mula berputik di hati ke cik abang oi." Firdaus mengusik aku.

"Ya tuhanku aku makan dekat rumah pun salah ke? Tak semestinya bila dah sayang baru nak makan dekat rumah. Allahu, aku fikir kau ini anak orang je Fir, kalau tak lama dah masuk kubur." Aku berkata sambil membaling pen kearahnya.

Dia ketawa kuat sebelum keluar dari bilik aku.

*********************************************

Setelah siap terhidang makanan yang aku masak, aku pun pergi berlalu ke arah ruang tamu. Rancangku ingin menonton televisyen. Walaupun aku pasti yang Arif tidak akan pulang kerumah untuk makan tengah hari, tetapi selama 2tahun ini aku sentiasa menunggunya terlebih dahulu sebelum makan sendiri.

Tetapi, tiba-tiba kedengaran enjin kereta dari luar rumah. Ingatku mama dan papa Arif datang untuk melawat kami. Tetapi fikiranku jauh sekali salah, yang ada dihadapanku sekarang ini Arif, suami aku. Aku tak bermimpikan.

"Eh, awak. Kenapa balik ini?" Aku soal. Ye la manalah tahu dia tertinggal barang ke kan? Jangan perasan la Raisha oi dia nak makan tengah hari dengan kau.

"Rumah aku, suka hati aku lah. Dah, mana makanan tengah hari? Aku dah lapar ini." Katanya kasar sebelum berlalu pergi ke dapur untuk makan. Aku tak salah dengar kan? Ya allah, terasa bahagia sungguh hari ini.

Segera aku menuju ke dapur untuk menyedukkan suami aku itu makanan. Lauk hari ini simple ikut selera aku saja. Iya lah selalunya aku yang makan sendiri jadi buat apa pulalah nak ikut selera Arif tu kan?

"Mulai hari ini aku makan tengah hari dekat rumah kalau tak jumpa dengan client. Kalau aku tak balik rumah, aku call kau jangan tak jawab. So, kalau aku tak call maksudnya aku balik. Faham?"

Aku sekadar mengangguk. Aku duduk di hadapannya. Dia makan dengan berselera macam tak pernah makan sebulan. Aku mula menyedukkan makanan untuk diriku sendiri dan mengambil lauk. Tiba-tiba ada tangan berada di hadapan mulutku. Aku memandang kearah Arif.

"Cepatlah makan. Lenguh tangan aku ini." Selepas dia berkata begitu, laju sahaja aku membuka mulut dan makan makanan yang disuapkan oleh Arif.

"Awak, awak tak demam kan hari ini?" Soal aku pelik.

"Salah ke aku nak suap isteri sendiri? Bukannya aku suap orang lain." Dia berkata selamba.

Aku mengambil pinggan Arif dan pingganku untuk dibawa ke sinki dan basuh. Aku membasuh tanganku dan tiba-tiba Arif membasuh tangannya tetapi dengan cara memelukku. Fahamkan? MUAHAHA.

Aku mengalihkan tubuhku menghadapnya dan merenung betul-betul kedalam matanya. Mesti ada yang tak kena hari ini. Baik semacam saja.

"Awak betul ke tak apa-apa?" Soalku.

"Malam ini tak payah masak. Kita makan dekat luar." Dia berkata tanpa menjawab soalan aku. Eh kuwaja betul.

Dia menuju ke arah pintu ingin balik ke pejabatnya. Dia menghulurkan tanggannya dihadapan aku. Buat seketika, aku blur. Kemudian, baru aku sedar yang dia ingin aku menyalam tangannya. Laju sahaja aku menyambut tanggannya dan menyalamnya.

Selama ini, aku ingin menyalamnya, dia hanya keluar begitu sahaja tanpa menyambutnya. Tetapi, hari ini dia sendiri yang tawarkan tangannya untuk bersalaman dengan aku. Mengapakah?

*********************************************

Seperti dijanjikan, malam itu kami makan diluar. Setelah siap memesan makanan dan minuman, kami membuat hal masing-masing.

"Hari ini hari ulang tahun perkahwinan kita yang ke-2. Aku taklah membenci kau sangat sampai lupa ulang tahun kita. Sorry kalau buat kau tak selesa dengan layanan baik aku hari ini." Dia berkata tiba-tiba. Tak selesa? Aku rasa hari inilah yang paling bahagia kau tahu?

"Terima kasih sebab ingat. Terima kasih juga masih jaga saya walaupun awak tak suka saya." Aku berterima kasih dengan dia.

"Tanggungjawab aku juga itu kan. Mungkin aku tak beri kasih sayang yang betul, tapi kau masih tanggungjawab aku." Dia berkata.

Mahu sahaja aku memeluknya sekarang, tetapi pasti sahaja dia akan memarahi aku. Ah, batalkan saja niatku itu. Mahu aku membalas, makanan sudah sampai di meja kami. Tanpa berkata apa-apa, kami makan dengan senyap.

Dia membayar makanan tersebut setelah kami sudah habis makan. Aku dan dia masuk kedalam kereta untuk pulang ke rumah. Nasib sahaja esok hari Sabtu, tidaklah aku kabut untuk menggosok bajunya untuk bekerja.

DONE CHAPTER 01 :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience