Rate

02

Romance Series 4448

Entah kenapa aku baik sangat dengan Raisha semalam. Ah, adakah aku mula mencintainya? Tidak, itu hanya kerana ulang tahun perkahwinan kami. Ye, betul itu. Tapi apa yang aku pasti, aku mula menyayanginya. Sayang dan cinta adalah 2 perkara yang berbeza ok? Aku bangun dari katil dan merenung kearah Raisha yang masih tidur dikatilnya.

Kadang-kadang bila aku tengok muka dia ini, dia cantik, baik dan hormat aku pula itu. Jikalau nak bandingkan dia dengan Aqilah, jauh sekali bezanya. Malahan Raisha menutup auratnya dengan sempurna tetapi Aqilah bila diajak memakai tudung pasti akan menengking-nengking. Tetapi entah kenapa hati aku tidak boleh terima Raisha. Mungkin satu hari nanti? Ya.

Raisha bergerak sedikit dan terbangun dari tidurnya apabila aku mencium dahinya. Aku lelaki juga, walau tak suka macam mana pun, nafsu sentiasa ada terhadap mana-mana perempuan. Inikan pula yang sah. Laju aku menoleh ke belakang dan terus menuju ke bilir air.

Malu itu jangan cakap lah, kalau kantoi nanti tak ke naya.

*********************************************

Arif terus menuju ke bilir air selepas mencium dahiku. Ingat aku tak perasan ke? Heleh, malu la tu.

Aku turun ke bawah untuk membuat sarapan pagi. Hari ini aku masak nasi goreng saja. Tiba-tiba rasa ingin makan nasi goreng itu kuat. Yang pasti, aku nak nasi goreng yang dimasak oleh ibu aku sendiri. Ya allah, rindunya itu Allah saja yang tahu.

Selesai aku menyiapkan makanan, Arif turun kebawah tanpa memakai baju. Hanya seluar jeans yang ada ditubuhnya. Memang itu rutin paginya jika hujung minggu jadi tiada apa yang nak dikekokkan nya diantara aku dan dia. Malahan waktu tidur juga dia tidak memakai baju. Tiada apa yang salah, kami sudah sah berkahwin.

"Awak nak makan?" Seperti biasa, aku menyoal.

"Ye la, kau dah masakkan." Katanya dan duduk disalah sebuah kerusi.

Jujur aku kata, dari semalam dia pelik. Benda yang tak pernah dia buat selama 2 tahun perkahwinan ini, tiba-tiba sahaja dia buat dalam masa 2 hari ini sahaja. Dia hantu menyerupai Arif ke?

Kami makan dengan senyap. Tiada topik yang ingin diborakkan pun.

"Aku pasti sekarang." Dia tiba-tiba berkata.

"Pasti tentang apa?"

"Aku pasti yang aku mulai cintakan kau, Raisha." Aku terpaku selepas mendengar luahan hatinya.

*********************************************

"Aku pasti yang aku mulai cintakan kau, Raisha." Itulah jawapan yang aku dapat setelah berfikir panjang malam tadi.

Ya, aku sangat pasti yang aku mulai cinta dan sayangkan Raisha sepenuh hati. Aqilah sudah tiada ruang di dalam hatiku. Ya ada sekarang ini hanya Nur Raisha Fayadhah Binti Abdul Rahman.

Dia kulihat terdiam, terpaku. Aku tidak pernah tahu isi hatinya antara dia cintakan aku dari mula ataupun tidak. Dia beriak seperti tiada apa yang berlaku sedangkan aku selalu pinggirkan dia. Jadi sekarang aku ingin pastikan betul-betul.

"Kau cintakan aku tak?" Dia diam sebentar sebelum menjawab.

"Dari awal perkahwinan kita lagi, Arif. Tapi saya tahu, awak tak sukakan saya. Jadi, saya ambil keputusan untuk diamkan saja. Tak, bukan dari awal perkahwinan kita tapi dari awal sekolah menengah." Dia berkata panjang. Aku agak terkejut dengan pengakuannya.

"Sekolah menengah?"

"Ye, waktu saya form1, awak dah form3. Saya memang dah sukakan awak waktu itu lagi. Disebabkan awak dengan Aqilah waktu itu, saya agak kecewa. Tapi apalah yang saya boleh buat kan. Sedar tak sedar, awaklah jodoh saya." Dia berkata lagi.

"Mulai sekarang, aku akan kasi kasih sayang yang cukup untuk kau, hargai kau dan sentiasa cintakan kau, Raisha."

"Terima kasih." Dia membalas.

"Mulai sekarang panggil saya abang okay sayang?" Aku berkata. Ye, aku tengah angau cinta dengan Raisha sekarang. Betapa menyesalnya aku tidak hargai dia sejak 2 tahun yang lalu lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience