BAB 4

Romance Completed 4880

Bukan aku tak biasa dengan Syahril sekeluarga, dia dari sejak zaman sekolah menengah lagi dan selalu lepak dengan aku di rumah sebab buat kerja sekolah bersama, dah nama pun kawan baik kan.

Tapi itu dulu, ni dah masing-masing umur 27 tahun lain sikit feel dia.

Hampir empat tahun lamanya aku tidak bersua muka dengannya sejak dia melanjutkan pelajaran ke luar negara, walaupun sering berbalas e-mail, selalu berbual menerusi Whatsapp, ianya tidak sama dengan bertentang mata kan? Sedikit cuak di situ.

Malam itu langit menangis selebat-lebatnya.

Selepas makan malam, mereka

mengambil tempat di ruang tamu untuk berbual mesra.

Sudah sekian lama Syahril berada di negera orang dan baru empat hari pulang ke tanahair, jadi sudah tentu Ayah dan ibu tidak melepaskan peluang untuk menemubual Syahril.

Manakala aku masih di dapur membancuh kopi untuk dihidangkan buat para tetamu.

Pelik bin ajaib, tiba-tiba pula aku yang jenis periang bertukar segan dihadapanya.

Tak pernah aku merasakan hal yang sedemikian.

Mungkin kerana sudah terlalu lama tidak bertemu itulah menjadi penyebabnya.

Enjin belum panas agaknya.

Selesai menghidangkan minuman panas buat tetamu, aku meminta diri untuk ke dapur padahal aku menyelinap terus ke halaman rumah mengelak untuk diajak berbual.

Bukan apa, aku perlu masa untuk hilangkan rasa cuak dan segan namun ku sangkakan ia adalah keputusan terbaik ku rupanya mamat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience