BAB 8

Romance Completed 4880

“Eh abang ni janganlah cakap macam tu, potong stim betullah abang ni, idea tu kan dah lama Fatin cadangkan pada abang.” jawabku dengan nda sedikit merajuk.

“Okay nanti kita tukar, dah bangkit cepat kita Subuh sama-sama ya lepas tu kita turun sarapan.

Abang ada masak bihun goreng tadi.” Tuturnya membuatku terasa malu ya amat.

Isteri jenis apalah aku ni tak dapat menyediakan makanan untuk dia.

“La kenapa abang masak, kenapa tak kejutkan Fatin awal, itukan tugas Fatin.”

“Dahtu takkan nak tunggu Fatin, kalau tunggu orang yang terlena dek hujan tu bangkit alamatnya hujan sampai ke petang pun belum tentu abang makan.”

“Hehehe tak adalah, hari ni abang memang nak buat kejutan, saja nak show off skill memasak bihung singapura resepi yang abang tengok kat Fac semalam.

Saja taknak kejutkan Fatin sebab abang malu Fatin nampak abang terkontang-kanting kat dapur tu.” Sambungnya lagi cuba memujukku bila dia menyedari aku dah gelabah yang amat sebab gagal bangun awal menyiapkan sarapan pagi.

Namun jawapannnya itu cukup membuai perasaanku jadi berbunga-bunga.

Syahril melepaskan tanganku lalu segera ke bilik air untuk mengambil wudhu.

Pagi ini bumi masih basah dengan airmata sang langit, seperti diriku yang sedang menangis penuh kesyukuran kerana Allah mengutuskan lelaki yang baru ku nikahi ini menemaniku.

Ku berharap agar kami saling melengkapi dan terus bersama hingga ke syurga-Mu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience