Rate

Bab 1

Romance Series 9904

"Masyaallah. Budak ni, tidur lagi?" Puan Mirah cuba mengejut anaknya dari tidur. Tubuh Hani digoncangkan dengan sekuat hati.

Dah kejut tak gerak juga. Akhirnya Puan Mirah mengambil segayung air direnjiskan air itu ke muka Hani.

Hani yang sedar dirinya basah lantas bangun dari tidurnya dan tersenyum melihat ibunya.Puan Mirah menggelengkan kepala dengan telatah anaknya.

***

"Ibu, Hani pergi dulu. Assalamualaikum" Hani mengambil tangan ibunya lalu dicium ,begitu juga pipi ibunya.

"Waalaikumusalam" Balas Puan Mirah.

***

"Eh Hani aku ada dengar tau. Siapa yang dapat cemerlang dalam percubaan SPM hari tu akan dapat belajar di Universiti cuma dia kena cemerlang untuk Peperiksaan SPM juga . Tapi yang aku tahu U tu untuk orang kaya kaya je tau. Untunglah kalau siapa yang dapat pergi tu kan?" Kata Hafizah selaku kawan baiknya.

"Ye ke? Ke kau salah dengar?" Balas Hani.

Ala. Lagipun Hani ni pelajar terbaik lah dalam sekolah tu. Lagi satu , dia lah orang yang dapat cemerlang dalam percubaan SPM tu mungkin dia ada rezeki untuk dapat cemerlang juga dalam Peperiksaan SPM tu. Mungkin lahh.

"Eh. Kau bukan ke pelajar cemerlang tu?" Ujar Hafizah dengan berianya.

"Hm. Ya aku and why?" Amboi try na bahasa omputeh.HAHAHA.

"Wei buat yang terbaiklah dalam peperiksaan sebenar nanti kau dapat tau masuk U tu" Kata Hafizah lagi.

"Yelah aku cuba. Insyaallah." Balas Hani.

"Assalamualaikum cikgu" Pembelajaran mereka berlangsung seperti biasa.

***

"Hm. Hani!" Laung Cikgu Shah.

"Ya saya cikgu" Balas Hani.

"Awak ikut saya ke pejabat sekejap" Kata Cikgu Shah lagi.

"Hurm. Baiklah cikgu" Hani sekadar mengikut pergerakkan Cikgu Shah untuk pergi ke pejabatnya yang tidak jauh dari kantin.

"Silakan duduk" Ujar Cikgu Shah perlahan. Lantas Hani duduk berhadapan dengan Cikgu Shah.

"Ada apa apa ke cikgu?" Kata Hani.

"Ada. Sebenarnya macam ni, uhuk uhukk. Sebenarnya awak ni pelajar cemerlang dekat sekolah kita. Jadi kalau saya tawarkan untuk awak masuk Universiti ni awak terima tak, cuma bergantung pada keputusan SPM awak yang sebenar lah" Kata Cikgu Shah panjang lebar.

"Tapi cikgu, saya tak nak berpisah dengan mak ayah saya. Lagipun saya anak tunggal. Nanti siapa yang nak jaga mereka" Begitu jauh sekali pemikiran Hani dalam hal keluarga.

"Tak apa saya bagi awak masa untuk fikirkan. Saya bagi masa selepas SPM dan kemudian saya nak jawapannya okey?" Hani hanya mengangguk tanda setuju.

"Dah awak dah boleh balik ke kelas. Maaf kalau awak tak sempat rehat" Kata Cikgu Shah. Kesian melihat Hani yang terpaksa mengikat perut untuk berjumpa dengannya.

"Tak apa lah cikgu, saya dah biasa" Balas Hani dengan senyuman.Cikgu Shah juga turut tersenyum. Lantas Hani beredar menuju ke kelasnya.

Maaf typo...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience