Rate

Bab 2

Romance Series 9904

"Patut ke aku terima tawaran tu?" Bisik Hani kepada dirinya sendiri.

"Jauhnya termenung Hani?" Kata ibunya.

"Ibu. Kalau Hani tak ada , ibu dengan ayah boleh tak hidup macam biasa?" Kata Hani sedikit malu.

"Kenapa Hani tanya macam tu? Hani nak pergi mana?" Balas ibunya dengan pelbagai pertanyaan.

Hani menghulurkan sehelai kertas ke arah ibunya. Puan Mirah membaca setiap isi surat tersebut.

Hampir terjerit Puan Mirah membaca kertas itu. Sungguh dia tak percaya yang anaknya mampu masuk ke Universiti di bandar. Hani cemas setelah melihat ibunya menjerit. Salahkah dia bagi kertas itu pada ibunya, namun sangkaannya salah sekali.

"Hani. Hani, kena terima tawaran ni. Ibu okey lah dengan ayah" Jelas di wajah Puan Mirah tak mahu melepaskan anaknya pergi tapi demi kejayaan anaknya. Puan Mirah sanggup untuk melepaskan anaknya.

"Tapi betul ke ibu dengan ayah okey je?" Wajah Hani berbelah bagi jikalau dia tidak pergi kehidupannya tidak berjaya. Tapi jika dia pergi kesian pada ibubapanya pula. Tawaran ini membuatkan Hani pening lalu Hani meminta diri untuk masuk kebiliknya.

"Patut atau tak?" Bisik Hani terhadap dirinya lagi.

"Esok je lah fikirkan. Baik aku tidur dulu. Ngantuknya.." Setelah beberapa minit . Akhirnya Hani terlena di atas tilamnya yang empuk dan angin malam yang melalui tingkap rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience