Series
0
25 TAHUN KEMUDIAN.
JAM menunjukkan pukul 7.45 pagi ketika Hanze melangkah keluar daripada lif persendirian di tingkat tiga puluh dua.
Pintu kaca terbuka secara automatik.
Suasana di tingkat itu sunyi. Hanya derap kasutnya yang kedengaran, bergema memenuhi ruang.
Dinding kaca dari lantai hingga siling menghadap terus ke kawasan pelabuhan. Dari ketinggian itu, kontena kelihatan seperti blok-blok kecil yang tersusun kemas, sementara kren-kren gantri bergerak perlahan mengangkat kontena dari kapal yang baru berlabuh.
Hanze berhenti seketika. Dengan kedua-dua tangan di dalam saku seluar, dia membuang pandang ke luar.
Dia tidak pernah bosan melihat pelabuhan.
Baginya, pelabuhan bukan sekadar tempat kapal datang dan pergi.
Ia adalah nadi kepada keseluruhan kumpulan syarikat yang dibangunkan keluarganya.
Satu kapal lewat beberapa jam boleh mengganggu jadual berpuluh-puluh lori.
Satu kerosakan kren boleh menyebabkan kontena tertangguh.
Satu kesilapan dokumentasi pula boleh menahan kargo di pelabuhan selama berhari-hari.
Dan setiap kelewatan perlu dibayar dengan harga yang sangat mahal.
"Morning, sir..."
Suara Adraz, pembantu peribadinya membuat perhatian Hanze dari pelabuhan segera teralih.
Dia kembali menyambung langkah ke pejabat sambil diekori oleh Adraz.
Sampai di depan pejabat, dia melekapkan telunjuk pada sensor sebelum pintu terbuka automatik.
"What's on my schedule today?" tanyanya setelah menghempaskan tubuhnya ke kerusi.
“Pukul sembilan, operations review dengan terminal management. Sepuluh setengah, video conference dengan Ocean Crest Lines. Dua belas, lunch dengan delegasi Port Authority. Pukul dua, board committee untuk North Bay expansion.”
"Berapa lama meeting dengan Port Authority?"
"Empat puluh lima minit."
"Make it thirty minutes."
Adraz segera mencatat pada tablet di tangannya.
"Meeting North Bay?"
"Sampai selesai."
Hanze mengangguk. Itulah rutin hidupnya. Jadual, angka, kontrak, risiko, keputusan. Semuanya sudah sebati dengan dirinya sehingga tiada ruang untuk perkara yang tidak perlu, termasuk perasaan.
"Ada apa-apa lagi?" tanyanya.
"Tak ada."
"Okay, you may go now," ujarnya.
Adraz angguk sekali dan terus melangkah keluar.
Hanze membuka Mac Booknya. Dashboard operasi Veyr Maritime muncul di skrin.
Tiga terminal. Empat puluh dua kapal yang sedang dalam perjalanan. Ratusan kontena bergerak setiap hari. Berpuluh-puluh kontrak dengan syarikat perkapalan antarabangsa.
Veyr Maritime bukan sekadar sebuah syarikat perkapalan. Ia adalah sebuah empayar logistik yang menghubungkan pelabuhan, terminal, gudang dan rangkaian pengangkutan di beberapa negara.
Daripada sebuah syarikat keluarga yang bermula secara kecil-kecilan, Veyr Maritime berkembang menjadi antara pemain utama dalam industri maritim serantau.
Dan kini, Hanze berada di kerusi paling atas.
Bukan sekadar mewarisi nama keluarga. Tetapi kerana selama bertahun-tahun, dia membuktikan bahawa dia mampu mengembangkan apa yang telah dibina oleh generasi sebelumnya.
Matanya bergerak pada satu laporan di skrin.
North Bay Expansion — Phase II.
Projek itu bakal menjadi antara pelaburan terbesar Veyr Maritime untuk beberapa tahun akan datang. Terminal baharu, kawasan penyimpanan tambahan dan sistem pengendalian kargo yang lebih moden.
Nilainya mencecah ratusan juta. Dan, projek itulah yang bakal mengikat Veyr Maritime dengan Arden Capital.
SUASANA di dalam bilik mesyuarat utama Arden Capital sunyi sepi. Masing-masing menunggu jawapan daripada Marsya yang sedang meneliti kertas kerja yang baru dibentangkan.
"No."
Sepatah.
Tetapi cukup untuk membuat seisi bilik mesyuarat terus bungkam.
Marsya menutup fail itu dan menolaknya ke depan.
"Saya takkan luluskan acquisition tu pada harga tu."
"Tapi Cik Marsya, walaupun valuation mereka tinggi tapi aset..."
"I know their assets." Marsya memotong cepat. Tubuh disandarkan ke kerusi sebelum tangan dilipat ke dada. "Dan saya juga tahu dua daripada aset tu memerlukan capital expenditure yang besar dalam tempoh tiga tahun akan datang. Kalau kita bayar premium sekarang, kita bukan beli aset, tapi cari masalah."
Tiada sesiapa membantah.
Marsya memang begitu. Tanpa perlu meninggikan suara, dia hanya bercakap apabila dia sudah tahu apa yang mahu diperkatakan dan membuat semua orang patuh kepadanya.
"Rework the proposal," ujarnya. "Saya nak sensitivity analysis untuk tiga senario. Base case, downside dam severe downside."
Fawwaz, Ketua bahagian pelaburan mengangguk. "By tomorrow?"
"By five."
Lelaki itu terdiam.
Marsya melihat jam di pergelangan tangan. Baru pukul 10 pagi. Masih ada beberapa jam sebelum pukul lima petang. "Is there a problem?" soalnya.
"No."
"Good. Meeting adjourned."
Semua yang berada di bilik mesyuarat itu bangun dan mula beredar.
Marsya ikut bangun sambil mencapai telefon bimbitnya.
Satu mesej masuk dari ibunya.
-Dinner tonight. Don't be late.-
Marsya mengeluh. Dia boleh mengagak apa yang bakal dibincangkan.
DI sebuah bangunan rumah kedai yang terletak jauh dari hiruk pikuk kota, Elara duduk bersila di atas sofa kecil dalam pejabatnya sambil memegang secawan kopi. Matanya tertumpu kepada skrin besar di hujung bilik yang memaparkan tiga versi ikon permainan yang dipaparkan sebelah-menyebelah. Reka bentuknya hampir sama, namun warnanya berrbeza.
Biru gelap, hijau zaitun dan merah bata.
"Kopi kau dah habis kan?" ujar Haura apabila melihat Elara masih memegang cawan walaupun kopinya sudah habis.
"A'ah."
"Dah tu, letaklah cawan tu."
"Tak boleh. Cawan ni buat tangan aku nampak sibuk. Nanti semua orang kata kerja aku nampak relax."
Haura menggeleng. Aneh sungguh perangai anak jutawan yang satu ini.
"Kalau ikut data A/B test minggu lepas, biru dapat engagement paling tinggi," kata Gary, UI Designer sambil menukar paparan pada skrin.
"Tak boleh tengok pada engagement je..." Irsyad, programmer membantah. "Ikon tu akan muncul atas background yang gelap untuk kebanyakan bahagian game. Biru nanti tenggelam."
"Kalau macam tu, kita cerahkan background," kata Haura.
"Tak boleh. UI team dah lock colour palette."
Gary jeling. "Salah aku pulak ke?"
"Bukanlah macam tu..."
"Guys..." Suara Elara memotong perdebatan mereka.
"Kita pilih merah," ujarnya.
"Sebab?" tanya Gary.
"Because I like it."
Irsyad tertawa kecil. "El, kita bukan pilih cat bilik."
"Eyewww...siapa cat bilik warna merah?" tukas Elara.
"Bukan, maksud aku..." Irsyad jeda sejenak. "...Kita kena fikir recognition, accessibility, contrast ratio..."
"I know." Elara mengangguk.
"And kalau kita nak justify keputusan ni kepada investor..."
"Syad." Elara memotong. "Berapa ramai pengguna yang kita ada sekarang?"
Irsyad diam sejenak. "Around...dua ratus lapan puluh ribu."
"Yang join A/B test?"
"Dua puluh dua ribu."
"And, beza antara biru dengan merah?"
Irsyad membuka fail di tabletnya. "Empat poin dua percent."
"Statistically significant?"
"Not really."
Elara mengangguk. "So, kita pilih merah."
Irsyad menjongket kening. "Sebab kau suka?"
"Nope. Because I'm the boss."
"Right." Irsyad akhirnya mengalah. Malas berdebat lagi.
Elara tersengih. Syarikatnya kecil. Jauh terlalu kecil jika dibandingkan dengan Arden Capital. Tiada bangunan pencakar langit, tiada bilik mesyuarat dengan pemandangan bandar, dan tiada ratusan pekerja.
Syarikat itu hanya sebuah studio teknologi dan permainan yang dibangunkan Elara beberapa tahun lalu bersama beberapa orang rakan. Dengan bantuan modal awal dari ayahnya tentunya. Namun hanya setakat itu. Ayahnya tidak mahu membantu lagi. Katanya, perniagaan itu tidak ada masa depan dan tiada nilai komersil. Namun dia tahu, itu semua alasan ayahnya yang mahu dia berhenti dan menyertai Arden Capital seperti kakaknya.
Dia tidak mahu Arden Capital.
Dia tidak mahu apa-apa jawatan.
Dia cuma mahu membina legasinya sendiri. Walaupun kecil. Walaupun perlahan. Walaupun terpaksa tertatih-tatih dan menggunakan sebahagian besar waktunya untuk memastikan syarikat itu terus bergerak walaupun tanpa suntikan modal ayahnya.
Yang penting, dia tidak perlu menyarungkan sut dan memaksa diri kelihatan professional dari pukul lapan pagi sehingga pukul lima petang.
Dia mahukan hidup yang santai. Boleh datang ke pejabat dengan hanya memakai jeans dan t-shirt. Rambut bebas digayakan tanpa terikat dengan penampilan professional. Boleh bermesyuarat sambil bersila di atas sofa atau menjawab emel sambil makan mi segera.
Dan paling penting, dia tidak mahu selamanya berada di bawah bayang Arden Capital.
"YOUR mother called." Adraz memberitahu sebaik sahaja Hanze selesai sidang video dengan Ocean Crest Lines.
"Dia cakap apa?" tanya Hanze.
"She wants you home for dinner tonight."
Hanze menghela nafas. "Anything else?"
"She mentiones the Arden family."
"I dah agak."
"Dinner is apparently about the proposed marriage."
Hanze terdiam. Dia sudah menjangka perkara itu akan dibangkitkan. Keluarganya dan keluarga Arden sudah lama mempunyai hubungan perniagaan yang rapat, merangkumi beberapa pelaburan besar termasuk projek pembangunan kawasan pelabuhan dan logistik yang sedang dirancang.
Masrya pilihan paling logik.
Bijak, berpengalaman, dan faham dunia korporat. Dan paling penting, anak perempuan sulung Arden itu tahu bagaimana sebuah empayar perniagaan berfungsi.
“I think Marsya would be a great match for you," kata Adraz.
Hanze menjongket kening. "Why?"
"Cantik, berkarisma, well-educated..." Adraz berhenti sejenak sebelum menyambung. "She's also smart, confident and she knows how to handle herself."
Hanze hanya memandangnya tanpa riak.
"Sounds like you're the one who's interested."
Adraz terkekeh perlahan. "I'm just saying, sir. She seems perfect for you."
"I don't want her."
"What? Then, how..."
"I tak suka perempuan yang dominan dan keras kepala. I nak perempuan yang simple and...easygoing."
Adraz menjongket kening. "Someone who doesn't argue with you?"
"Someone who knows when to speak and when to stay quiet."
"Basically, you want someone who won't give you a headache."
"Exactly."
"Someone who'll just go along with whatever you say?"
Hanze mengangguk. "That would be ideal."
"Good luck finding someone like that."
Hanze tidak mengendahkan kata-kata berupa sindiran itu. Dia kembali menumpukan perhatian pada skrin MacBook di hadapannya.
"I don't need luck."
"Of course you don't."
Sebab I dah ada calon."
"Seriously? Who is she?"
"Later I tell you. You boleh keluar sekarang," ujar Hanze sambil terus berpura-pura sibuk menatap Mac Book.
Adraz mendengus sebal. Namun dia tidak membantah. "Jangan lupa dinner malam ni," ujarnya sebelum melangkah keluar.
Hanze menyandarkan tubuhnya setelah Adraz hilang di sebalik pintu.
Elara. Nama dan wajah gadis itu berlegar-legar dalam fikirannya.
Dia pernah bertemu anak bongsu Arden itu beberapa kali dalam majlis sosial.
Elara tidak seperti kakaknya. Gadis itu lebih santai, pendiam, dan tidak suka bercakap tentang perniagaan. Kehadirannya ke majlis itu mungkin hanya memenuhi tanggungjawab sebagai salah seorang ahli keluarga Arden.
Malah, ketika orang lain sibuk tentang saham, pelaburan, dan projek, Elara lebih banyak memerhatikan sekeliling atau bermain dengan telefonnya.
Dan ya, dia menganggap gadis seperti itu lebih mudah dikawal dan tidak banyak menuntut. Kurang berkarenah dan lebih penurut.
Paling penting, Elara bukan jenis perempuan yang akan cuba mencabar keputusan setiap kali dia membuka mulut.
Setidaknya, itu yang dia fikir setakat ini.
Share this novel
?♥️♥️♥️
finally... next novel yg ditunggu²...??