Bab 1. We meet again!

Romance Series 124500

Langkah kakinya diatur cepat menuju ke kotak parkir yang tersedia untuk pekerja di hotel itu. Dari jauh kunci automatik dihalakan untuk membuka pintu kereta. Sempat dia mendongak ke atas langit.

Ya Allah...sudah jam berapa sekarang? Aku berjanji akan jemput dia tepat jam 1 tengah hari..tapi sekarang ni? Ya Allah...! Rasanya aku dah lambat! Begitulah hatinya bermonolog. Jam tangannya dijeling sekejap. Dari riak itu jelas dia sangat bimbang.

Setelah gear dimasukkan, kereta itu laju dipandu menuju ke destinasi yang dituju. Sementara fokus kepada pemanduan, sempat tangannya mengorek handphone di dalam beg yang diletakkan di sebelah kerusi pemandu. Walau dalam kelam-kabut, jarinya masih berjaya mencari nama yang ingin dihubungi.

"Hello...assalamualaikum Dina..." baharu memulakan perbualan, dia menarik handphone itu jauh dari telinganya kembali. Nyata perbuatan itu disebabkan panggilan tadi hanya masuk ke peti mail suara.

"Erh..takpelah..kena saman naya pula aku.." gumamnya kecil sedar dengan perbuatannya menghubungi Dina boleh mengakibatkan kemalangan bahkan boleh disaman oleh pihak berkuasa.

Setelah 45 minit memandu, dia sampai ke Kuala Lumpur International Airport. 'Alhamdulillah...Akhirnya sampai juga sepuluh minit sebelum ketibaan. Patut Dina berterima kasih ni pada aku sebab tolong dia.' Getus hatinya tersenyum sendiri sedikit bangga. Kerana Dina kawan baiknya, dia terpaksa mengabaikan sekejap makan tengah hari yang menjadi rutin hari-harinya.

Setelah 20 minit menanti dengan sepanduk nama tertera jelas dengan warna merah hitam, dia duduk sekejap di tepi dinding.

Sepatutnya dia dah sampai...Getusnya. Penat dan lapar menunggu, dia membeli jus mangga kegemaran di salah satu kedai lalu kembali ke ruang ketibaan itu semula. Dia menyedut sedikit demi sedikit jus mangga di genggaman kiri.

Sama dengan tindakan orang lain, dia mengangkat tinggi sepanduk itu. Tidak lama menanti, muncul seseorang seperti yang digambarkan oleh Dina. Berbaju biru tua berkolar, dipadankan dengan trouser hitam dan bertopi. Lagaknya seperti seorang artis!

Haah..rasanya dialah orangnya! dia riang gembira kerana berjaya menemui orang yang dimaksudkan. Namun setelah diamati tepat ke wajah pemuda itu. Riaknya berubah kaget. Dia terundur dua kali ke belakang. Sepanduk ditangan turun dengan sendirinya tanpa dia sedar.

Pantas dia pusingkan badan ke belakang. Segera dia menghubungi Dina.

"Assalamualaikum..Dina!"

"Haa Ain..apa dia? Apa dia?" suara Dina kehairanan.

"Abang kau Henry, betul-betul ke yang berbaju biru tua dan berseluar hitam?" Ain menyoal kepastian.

"Betullah.. itu abang aku..!"

"Ohhhhh...." Panjang perkataan itu dilepaskan. Ain mula tidak sedap hati.

"Kenapa kau tanya?"

"Oh..tak..aku tanya je..saja je..." jawab Ain bersahaja kedengaran dalam talian. Namun realitinya dia sedang mengetap bibir risau akan sesuatu.

"Hi..." tepat Ain mematikan talian, kedengaran suara menyapa dari belakang. Automatik itu matanya dipejam rapat seketika. Sempat dia lepaskan nafas berat dan membetulkan tudung sebelum memusingkan tubuh kepada suara itu.

"Ha...hai..." jawabnya gugup namun cuba dikawal sedaya upaya.

Mata mereka bertemu antara satu sama lain. Terpempan sekejap pemuda itu. Begitu juga Ain. Di benak mereka tiada siapa yang mengetahui apa sebenarnya yang difikirkan mereka.

"I'm Henry...sorry I saw my name on this.." katanya memegang sekejap sepanduk di tangan Ain. Ain mengangguk-angguk kerana sudah mengenali pemuda itu lebih awal tadi.

"Saya Ain...kawan Dina..Dina minta tolong saya jemput awak..." ujar Ain pula. Tidak habis-habis dia mengetap bibirnya. Seperti ada sesuatu yang menganggu fikirannya.

"Ohh...it's okay..may you take the lead?" ujarnya mempelawa Ain memandunya ke parkir kereta. Ain lebih laju dihadapan manakala pemuda itu membuntutinya dari belakang. Setelah menaiki kenderaan Ain masih mengunci mulut.

Berkecamuk fikirannya ketika ini. Fareez Henry? So maksudnya abang Henry yang dimaksudkan Dina selama ni adalah Fareez Henry? Ya Allah!

Jangan dia cam aku! Tapi dulu..aku belum pakai tudung lagi...rasanya dia tak kenal dan tak cam aku dah. Ain di sudut hati yang dalam, dia berdoa agar lelaki itu tidak mengenalinya. Sesekali dia mencuri pandang pemuda yang berada di tempat duduk belakang dalam diam. Bersahaja dan tenang pemuda itu melihat diluar tingkap kereta.

"Ermmm...saya rasa kamu sangat familiar dengan seseorang...kita pernah berjumpa ke sebelum ni?" tanya pemuda itu kepada Ain. Bahasa melayunya pelat di telinga Ain. Fuh~ Memang sah dia...

"Tak!" cepat Ain menjawab. Dia lirikkan senyuman paksa.

"Ohh..." pemuda itu diam semula.

Dalam diam Ain menghela nafas lega kerana pemuda itu tidak meneruskan persoalannya.

"Erh...nak saya hantarkan ke mana?" tanya Ain gugup. Dia masih berusaha bertenang namun tetap tersurat dengan nada suaranya. Aku failed! Agaknya begitulah didalam hatinya.

"Ohh..tolong hantarkan saya ke hotel Sangrii La...saya stay sana sehari dua..." Apabila nama hotel itu disebut, wajah Ain berubah pucat seperti hilang darah.

Hotel tu ke..? Ya Allah...ini kebetulan ke atau dia....? Tidak habis-habis hati Ain berteka teki soal hati pemuda itu. Ah..ini kebetulan aje. Bisiknya kecil. Dia tepis perasaan negatifnya dengan cuba berfikiran positif.

Sebaik memarkirkan kenderaan, lelaki itu turun namun menahan Ain semula dari menggerakkan kereta.

"Cik Ain...boleh tolong kejap angkat handycam ni? Tangan saya dah full..." pinta pemuda itu memohon. Isk! Tadi elok pun dia jinjing benda tu. Takkan sekarang dah full tangan? Sempat dia curiga dengan tindakan pemuda itu.

Menelusuri laluan ke bilik hotel itu mengingatkan kembali peristiwa 5 tahun lepas namun cepat-cepat Ain hilangkan ingatan tentang itu. Dia nampak biasa sahaja...kenapa pula aku yang lebih-lebih? Keluh Ain sendirian.

Kaki mereka telahpun menapak di luar pintu hotel. Kad diimbas, automatik pintu itu terbuka dengan sendirinya. Setelah pemuda itu masuk, Ain turut sama masuk dengan niat hanya ingin meletakkan handycam itu di atas katil.

Alhamdulillah..lepas ni dah free..sempat lagi lunch hour! Getus hatinya gembira dan dalam masa yang sama berasa selamat.

"So saya balik du...." Ketika pintu baru separuh ditarik, daun pintu itu ditahan oleh tangan seseorang dari belakangnya.

"It's nice to see you again Afeera..." kepala Ain automatik dipusing ke arah suara itu. Dia kaget melihat Henry tersenyum sinis hanya beberapa inchi darinya.

"Lebih tepat, Ain Afeera...nice to see you again.." buntang mata Ain tatkala namanya disebut penuh oleh Henry.

Apa sebenarnya yang berlaku 5 tahun lepas?

Please rate and support me! ^-^!

Share this novel

Indah Nabiah Kanun
2022-02-19 21:26:01 

update plezz, best ceritanya

Indah Nabiah Kanun
2022-02-08 22:11:21 

tq update dear wlupun tk sihat, smoga cepat sembuh, amin ..

halijah
2022-02-05 12:35:19 

dah habis ke ceritanya.tapi mcm tergantung.nila nak update next episode.seronok baca ceritanya.interesting.sedap.ckp sedap nanti kata mcm kmnn pula.hehe.


NovelPlus Premium

The best ads free experience