Bab 11. It's Happening

Romance Series 124437

Aku geleng-gelengkan kepala kepada idea yang bersilih ganti muncul di kotak minda aku. Tak..kalau aku cakap macam tu dia tidak akan setuju…aku pejam mata lagi mencari cara lain yang mana dia akan bersetuju dengan permintaan aku. Ya Allah…hanya satu..hanya dengan menyebut perkara ni…aku yakin dia akan setuju..

Setelah diam buat seketika mengumpul kekuatan, aku korek handphone yang ada dalam beg aku lalu mula menyentuh satu persatu nombor yang tertera di atas kertas yang mama bekalkan untuk aku sebelum ini.

“As..assalamualaikum…a..awak..” terhenti-henti mengatur kata-kata.

“Yes..? Ain?”” Suara Fareez di hujung talian.

“Sa..saya…..." aku geleng-gelengkan kepala sukar meneruskan kata-kata...

"I’ll sleep with you..” melepaskan ayat itu, aku telan liur.. automatik pejam mata. Dia senyap buat seketika…aku yakin dia terkejut kerana sedari tadi ada hembusan nafas kecil di hujung talian.

“What..??” baru kini dia bersuara.

“I said I will sleep with you…”

“In one condition…marry me..”

***

Beberapa jam sebelumnya..

“Astghafirullah hal azim…makcik! Sampai hati mak cik buat Ain macam ni…harta peninggalan ibu dan abah itulah satu-satunya yang Ain ada..kenapa makcik serahkan kepada Tuan Bakar?.” aku terduduk ke lantai disaat mak cik Ramlah menyampaikan berita mengenai harta peninggalan itu sudah menjadi milik orang lain. Mak cik Ramlah yang ketika ini duduk bersilang kaki di bucu katilnya hanya mendongak enggan memberi muka.

“Mak cik…” aku menggapai jemarinya meminta belas ehsan namun di tepisnya dengan kasar. Saat ini air mata aku tumpah berderai seperti air hujan.

“Jangan buat Ain macam ni makcik..” aku merayu di kakinya namun tidak diendahkan tanpa belas kasihan.

“Eh, kau dengar sini Ain..ini semua sebab mak bapak kau berhutang kepada Tuan Bakar tu RM100 ribu sebelum meninggal dunia. Tanah dan rumah kamu tu sebagai ganti jika gagal melunaskan hutang. Kau ingat, kesenangan kau selama ni hasil dari titik peluh mak bapak kau? Tidak sama sekali ya Ain. Itu duit Tuan Bakar orang kaya kampung ni! Eih, kau patut bersyukur, sebab kau tidak perlu bayar hutang tu..kau faham?!” jelingnya sekilas lalu mendongak kembali.

“Haah? A…Ain tidak pernah tahu ibu dan abah berhutang begitu banyak kepada sesiapa sebelum ni…”

“Sebab masa tu kau masih budak lagi…mana kau tahu apa-apa!” jerkahnya.

“Mak cik…” aku genggam tangannya meminta penjelasan.
“Kenapa selama ni Ain tidak diberitahu? Selama ni makcik hanya cakap tunggu masa yang sesuai untuk tanah dan rumah tu dipindah milik..”

“Hari inilah mak cik beritahu, faham!?” Kata mak cik seraya merenung aku tajam di bawahnya.

“Ka..kalau macam tu, mak cik patut beritahu Ain soal RM100 ribu tu sebelum serahkan tanah dan rumah tu kepada Tuan Bakar…Ain boleh tolong bayarkan..” sekali sekala aku lap air mata yang jatuh ke pipi dengan jari-jemari.

“Bayarkan? Bila? Sekarang ni?? Dah-dah….jangan nak peningkan kepala mak cik….makcik dah penat uruskan sana sini hutang mak bapak kamu tu.Sekarang ni tanah tu pun dah makcik serahkan kepada Tuan bakar…dan lagi satu makcik nak ingatkan…selain tanah dan rumah kamu tu sebagai cagaran, kamu tu..diri kamu tu sebagai cagaran kepada hutang-hutang tu!” ketika itu juga mak cik Ramlah lemparkan beberapa helaian kertas ke tubuh aku. Aku ambil sekeping-sekeping..dan mula membaca...

“Ya Allah …” ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, aku menerima perkhabaran pahit yang kedua ini pula. Seperti mimpi ngeri, tangan aku terketar-ketar membaca satu persatu isi-isi penting dalam surat itu

“Apa semua ni mak cik…?” aku seka air mata yang dari tadi jatuh malah yang kini makin lebat dengan tangan.

“Dah baca kan surat tu? Yee..kamu tu sekali adalah cagaran untuk melunaskan hutang piutang mak bapak kamu..kamu ingat harga tanah dan rumah tu cukup untuk lunaskan hutang??” ya Allah… lemah lutut aku ketika ini. Mengigil hati kerana terlalu sedih dan pedih di ulu hati. Aku automatik menggeleng-gelengkan kepala tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku.

“Kau jangan rosakkan majlis kau ni dengan mata kau yang bengkak-bengkak tu…!” herdik mak cik lagi seraya berdiri kasar.

“Hah..? Majlis…?” terkejut, aku seraya berdiri sama.

“Majlis apa ni mak cik?” aku bulat mata bertanya. Jangan-jangan…? Ya Allah…

“Ya majlis nikah kamu Ain…jadi kurang-kurangkanlah menangis tu..terima je semua ni adalah ketentuan hidup kamu..”

“Ya Allah…mak cik!” Jeritan aku memenuhi ruang bilik kerana terkejut besar.

“Kamu jangan malukan makcik Ain…majlis ni sudah seminggu makcik dan Tuan Bakar aturkan!” sejurus itu makcik Ramlah tinggalkan aku terpinga seorang diri di bilik itu. Ya Allah…! Rasa ingin menjerit sekuat hati dengan takdir yang bakal berlaku.

maaf semua..chapter ni memang pendek...malam nanti sy sambung ye. dah jam 1, sy ada kerja urgent yang nak disiapkan..huhuhu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience