PAKSA KAWIN?

Romance Completed 62866

“Bunga dah besarlah daddy , takkan lah benda macam ni pun papa dan mama nak tentukan. Dah lapuk lah daddy. Orang dulu bolehlah terima. Sekarang takkan nak kena arrange married ni lagi. Too cliche ! Bentakku. Yelah ingatkan zaman 2022 ni dah tak ada nak aturkan perkahwinan ni lagi. Tak sangka yang aku sendiri alami benda ini.

“Mommy dan daddy pun dulu your grandparents yang aturkan perkahwinan kami. Alhamdulilah masih utuh sampai sekarang kan ? Bahagia juga kami ni bunga.” Ujar mommy memujuk aku yang memang nampak ketidakpuasan hati itu

“Itu mommy dan daddy. But not me. Please la , biarlah bunga sendiri yang aturkan hidup bunga please.”

“Dengarlah cakap kami bunga , kami nak yang terbaik juga untuk kamu.”

Aku merenung sayu muka kedua dua ibu bapa aku. Sebak rasanya bila tidak diberikan pilihan untuk menentukan hidup sendiri.

“ Bagi bunga masa , nanti bunga bagitahu keputusan bunga. Jangan terlalu berharap” Ujarku sambil mencapai kunci dan mula membawa diri ke pantai berdekatan. Sementalah pantai ini tak pernah mati , berani lah aku mengambil angin jam 10 malam begini
Kedengaran Whatsapp Messege masuk ke telefon aku
Luth – U tengah buat apa ? ada kawan i bagitahu dia nampak u dekat pantai bulan? Bunga buat apa kat situ ? hish dia ni.

Me – i ambil angin sekejap je ni. Takde apelah. Sekejap lagi kul 11 i baliklah. Nak tenteramkan otak ni jap. Jem! Hahaha

Luth – Tunggu i sampai. nak belanja mcd. 10 min sampai

Me- takpayah la sekejap lagi i nak balik dah ni.

Sekejapan je aku melihat kelibat luth.

“Dia ni kan , kan i dah cakap , takpayah datang. Hish” potpetpotpet mulutku setelah luthfi duduk disebelahku sambil menjinjit dua bag mcd ditangannya

“Alah , biarlah. Apa salahnya kalau i teman pun. Kita ni nak teman dia melayan jiwa lara , tapi kena marah pulak. Siapa yang buat u marah sangat malam ni ?” tanya Luth tidak sabar

“My parents ! dorang nak jodohkan i dengan anak kawan dorang. I dah 28 dah kot. Boleh buat keputusan sendiri. Melampau lah..”

Luth yang dari tadi tersenyum , terdiam beberapa saat.

“ Mungkin dorang nak yang terbaik untuk u. Mana tahu ni soulmate you till jannah. Haa , mana tahu kan ?” Ujar luth

“Lepastu macam mana ? i kena ikut jela parents i macam ni ?” Rengusku

“ Tak rugi pun u kalau dengar cakap ibu bapa ni. Kalau i ada kat tempat u , i ikut je. Mungkin itu yang terbaik kan? Takkan la parents u pilih calon menantu yang datang dari mana mana kan ? mesti dorang dah fikir habis habisan untuk u.”

“Hamboi , i suruh u sebelahkan i bukan parents i. U ni kan” Aku mula mencapai lengannya untuk dicubit. Ish geram !

“No sakit sakit , jangan la buat i. Kesian i. Nanti i sakit , kena cari u juga menyampahlah.” Usik Luth

“Ape ? u menyampah ? ok lepasni kalau sakit jangan cari i dekat hospital. I malas nak layan u dah lepasni” Rajukku. Yelah , boleh cakap menyampah dengan aku. Mamat ni sungguhlah.

“ alolo comelnya Dr bunga indah adora ni kalau merajuk. I guraulah. Ish ! Mana boleh cari doktor lain. I dah serasi dah dengan doktor ni dari azali. U akan jadi doktor i sampai bila bila ok.”

“ Ha tahu pun takut. Hahaha. Eh dahla jom balik. Dah jam berapa dah ni. Alamak dah 1230. Jomlah balik. I dahla shif pagi esok , masak masak. Jom jom.”
Aku seakan terlupa permintaan mommy dan daddy selama dua minggu ini kerana kesibukkan kerja. Menjadi doktor bedah bukanlah mudah. Sentiasa ada pesakit kecemasan yang memerlukan perhatian.

“ Macam mana bunga , setuju tak dengan kami ?” Tanya papa seusai kami makan malam. Setiap ahad aku memang akan meluangkan masa dengan keluarga tanpa diganggu dengan kerja. But gosh , terlupa terus permintaan papa dan mama.

“Entahlah pa , kalau bunga menolak nanti orang kata bunga anak derhaka. Ikutlah, bunga serahkan semua dekat daddy dan mommy. Tapi daddy dengan mommy kena ikut syarat bunga” Tegasku

“Apa syaratnya ?” Ujar daddy tidak sabar

“ Bunga taknak terlibat dengan sebarang perancangan majlis. Wedding plan mommy dan daddy uruskan. Bunga memang tak ada masa untuk benda benda macam ni. Dan lagi satu , kalau jadi penceraian diantara kami, jangan salahkan bunga. Tu sahaja”
Terdiam seketika mereka berdua. Nak terima atau tidak kita tunggu sahaja

“Ok baik, mommy dan daddy akan uruskan semua. Mommy dan daddy bukan nya tak sayangkan bunga , tapi kami taknak pertalian baik kami dengan keluarga Uncle Hafiz habis macam tu sahaja. Bunga je anak perempuan yang mama dan papa ada.”

Aku mengeluh nipis. Nampaknya memang tak ada pilihan. Sementalah aku anak bongsu perempuan yang ada. Abang aku empat orang masing masing dah mempunyai keluarga.

Tinggalkan komen korang ya! Diharap novel kedua ni menepati citarasa pembaca! In sha allah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience